Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Akhirnya

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang buat kali terakhir, saya menaip entri ni di MegaLab :) pejam celik, pejam celik, akhirnya saya dah berjaya habiskan pengajian saya dalam bidang ni. jauh di lubk hati, moga-moga, saya dapat sambung belajar lagi. kalau tak dapat laksanakan Plan A, saya buat Plan B :D nak balik ni, ada banyak aral yang melintang. banyak benda yang tak dapat dilaksanakan dengan baik. runtunnya hati, hanya Allah yang tahu. kalau nak berbicara pasal ujian, saya yakin, ramai lagi yang rasa ujian lebih perit berbanding saya. perjalanan setiap hamba, takkan sama, ya, mungkin sukar untuk saya sambung belajar lagi. tapi tu cita-cita saya. insyaAllah, saya cuba untuk laksanakan dan capai cita-cita tu. hidup, perlu berbaik sangka. berbaik sangka dengan Allah. :) emm. tahun akhir ni, aralnya lain sedikit. tesis dengan cara tesis. praktikal pun sama. nak balik pun sama. same goes with assignment. ya. pelbagai ragam dalam satu masa, susah yang saya rasa.

Sentuhanmu

Terpana aku pada sentuhan keramatmu Mengheret aku mentafsir memori silammu Dulu ku ragu apa terbungkam di benakmu Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu Surut dedarku pada usapan manteramu Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu Keakuran pada tunjuk dan titah arahanmu Oh ayah Tak pernah ku tanya Ke mana tumpahnya keringatmu Oh ayah Tak pernah ku hitung Berapa banyak kerutan di dahimu Yang ku pinta Hanyalah kemahuan hatiku Yang sedaya ayah laksanakan Kau pendorong bukanlah pendesak Apalagi memaksa diriku Aku terlorong bukan terdesak Apalagi rasa terdera Tak terkuis dugaan menduga Apalagi takdir yang menerpa Aku mengharap bukan menolak Apalagi cuba melupa Lestari kasihmu tanpa batasan Sempadan waktu yang memisahkan Abadi hingga ke hujung usia akhirat masa Sentuhanmu amat bermakna

Elephant a.k.a Gajah

sumber gambar pygmy Borneo Tempat asal dan taksonomi Sehingga ke hari ini, dari mana datangnya gajah di Borneo masih menjadi tanda tanya. Adakah ia muncul setelah terevolusi atau ia merupakan hadiah dari Jawa yang dihantar ke Sulu sebagai hadiah? Kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi menyiasat hipotesis tersebut. antara ciri-ciri yang membezakan gajah Borneo dan gajah yang lain ialah ; saiz yang lebih kecil, telinga yang besar, gading yang lurus,  ekor yang panjang.  Sosio-ekologi Gajah merupakan spesis poligini. Poligini boleh mempunyai maksud yang sama seperti poligami. Kiranya, satu jantan, banyak betina. populasi ini mempunyai jumlah gajah betina yang lebih besar berbanding gajah jantan. Hal ini terjadi kerana gajah jantan lebih terdedah kepada jumlah kematian yang lebih tinggi kerana beberapa faktor. gajah jantan memerlukan metabolik yang tinggi bagi mencapai saiz jumlah badan yang besar, dan ini mengakibatkan haiwan ini mengalami tekanan dari segi

Luar Kotak?

luar kotak? apa yang luar kotak? saya nak rujuk kepada cara berFIKIR. kenapa mesti disempitkan pemikiran? entahlah. mungkin cara dididk sebegitu rupa. tak ramai orang boleh berfikir di luar kotak. jangan kita duduk dalam kotak, kita hanya pandai berfikir apa yang ada dalam kotak. tapi cuba berfikir apa yang ada di luar kotak. cara fikir ni harus diubah. supaya menjadi individu yang lebih kreatif. semua perkataan saya pun dalam kotak. tak reti nak hurai macam mana. pfft =.=''
cream mode :) berjalan di fb, dan nampak kawan share gambar ni. hehe. gambar ni, sir yang snap. our first paper for the final exam ^.~ paper ni, sir bagi kami 10 soalan dan masa menjawab, 2 jam. hehehe. masa awal-awal tu, boleh lagi relax. pukul 9.40, saya baru jawab soalan ketiga. duk congak dalam kepala. tak boleh jadi ni. should be, 5 questions for an hour. jawapan yang last, memang tulisan ntah pape. campur pulak kepala ting tong. for the whole night, i cant sleep. cuba lelapkan mata, tapi tak jugak pejam. degil! pasrah je time exam tu. okay. lagi ada 2 kertas yang berbaki. selamat ulangkaji. man jadda wa jada!
“Ya Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku”
Dengan  nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang ahamdulillah, bernafas lagi kita pada hari ni. pertama sekali, mintak sedekahkan al-fatihah buat bapa kepada teman perjuangan saya waktu di SHAMS dulu. al-fatihah. mesej tu,saya terima usai maghrib semalam. tapi, apakan daya, kebetulan masa tu tengah tdo. dapat mesej, terjaga kejap. tengok sekilas, dan fikir nak taip apa. maklumlah, minda separa sedar. yang tak sedar tu lebih menguasai. saya cuma bertanyakan bila. lepas tu saya dah takmampu nak reply. maafkan temanmu ini.  lumrah bagi kehidupan manusia. bila mana punya pertemuan, pasti bertemu perpisahan. tidak ada yang kekal di atas muka bumi ni, melainkan Dia, Allah yang Maha Esa. manakan mampu bagi hambaNya melawan hati yang ralat. kerana kita, hanya seorang hamba. hamba abdi yang terlalu kerdil. yang diciptakan untuk beribadat kepadaNya.  dalam hidup ni, kita rasa kehilangan tu, sebab apa er? sebab kita punya hati? mungkin. ya, sedangkan kita teringatkan orang yang ki

Salam Imtihan

bismillahirrahmanirrahim alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya. pejam celik, dah masuk bulan Jun. ya, saya bakal meninggalkan dunia prasiswazah ini. kelak, saya bakal merinduinya. terlintas dalam kepala, apa la yang Allah dah tentukan buat diri ni lepas ni. ya Rabbi. sekarang, dah masuk bulan peperiksaan. 3 kertas berbaki. <padahal, belum langsaikan satu kertas pn>  ^_^ rasa malas menyelubungi diri. ya, result yang lepas tak seberapa, dalam hati, rasa macam nak mengalah. tapi, bila hati cakap nak mengalah, rasa macam malas, tak nak buat apa-apa. muncul satu suara, berjuang berhabis-habisan. ya, ini merupakan peperiksaan terakhir. mudah-mudahan dengan usaha ini, harap natijah nya lebih baik berbanding sebelum ni. apapun, berusaha, dan tawakal. ya Rabbi. hamba takut. T.T bila berjauhan, rindunya pada keluarga. mungkin, kalau setiap hari berjumpa, takkan punya perasaan ni. saratnya rasa ni. hampir setahun tak jumpa d