Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

a new year begin

bismillah tahun baru, sudah 17 hari melepasi kita semua.. ya, dari perkiraan masihi, bukan hijrah.. jika dikira tahun hijrah, kita sudah berinjak ke bulan yang ke-3 iaitu rabiulawal.. azam tahun baru saya? masih ada azam yang lepas belum tertunai.. Allahu Robbi T.T  besar impian dalam hati, aku tak ingin merungut lagi tatkala umurku sudah mencecah angka 24.. ya, beberapa hari terakhir di tahun 2013, saya tekad, saya tak nak merungut lagi.. saya merancang, tapi perancangan Allah lebih baik.. awal tahun baru, berikan khabar yang menguji kematangan saya, menguji kesabaran saya.. tapi saya tersungkur.. di hari ke 17, saya set dalam minda, "kan dah cakap tak nak merungut"  apa yang pasti, saya bertambah tua.. dekat kepada kematian.. tapi hati sentiasa lalai dan leka.. ampunkan kesilapanku ya Tuhan..  tangan ni menari di atas papan pena sambil diiringi sedikit lagu buat halwa telinga.. tangis sebatang tamar.. esak diri makin deras.. sungguh, saya merindui Rasul

entri di awal tahun

bismillah dalam keghairahan yang lain menaip entri kepada Baginda, saya terpanggil untuk menaip bicara Qadha' dan qadar.. Allahumma solli'ala saiyidina Muhammad...ya Rasulullah, aku merinduimu.. kadang terfikir, kenapa tak dilahirkan pada zaman Baginda.. mudah2an, kita lebih terselamat.. kadang terfikir alangkah bertuahnya dapat bertemu baginda.. selingan di TV AlHijrah, slot Fattabiouni, sangat memberikesan pada diri.. alangkah bertuahnya jika baginda masih ada bersama kita.. tapi ketentuan yang telah ditulis buat kita, menetapkan kita akan dilahirkan pada akhir zaman.. ya Rasulullah, jauh benar kami umatmu.. jauh dari kebenaran.. kadang terfikir, mungkin baginda masih ada bersama, kita tak akan bertikam lidah, berbicara hal yang remeh.. contohnya kemaslahatan dalam fiqh sehingga kadang kita mewahabikan orang lain.. kadang kita umat sekarang lebih banyak menyerang dari menerang perkara sebenar..  beriman kepada Qadha' dan Qadar.. ada perkara yang saya ingi