Skip to main content

Posts

Ogos

Blog bersawang. Tuan rumah terlalu 'rajin'. 'Rajin' update blog. Hanya rajin baca blog orang. Membaca untuk berkongsi pengalaman. dan untuk semua lukisan kehidupan.  Ramadhan kali ni, Allah beri saya peluang untuk sambut bersama insan yang bernama suami. Lebih dikenali dengan teman untuk saya pot pet2. Kesian. Hopefully tak bernanah telinga dia :) dan juga, Allah beri saya peluang untuk berpuasa bersama si kecik di dalam perut. dan tak dapat berpuasa penuh. Kerana kadang kesihatan tidak mengizinkan. sehingga sekarang, masih tertanya aktiviti apa yang dilakukan si khalifah kecil ini.  Syawal pertama bersama suami di kampungnya. Balik jenguk tok di petang hari. Kerana kehidupan sudah berubah. Jujurnya, malam raya, tika takbir berkumandang, ada sebak dalam hati. Sedih? mungkin. Kerna kami selalu bersama dan punya aktiviti tahunan. Hehehe. Tapi jujurnya, sejak mengandung, lebih beremosi. Sangat senang sedih. Alahai. Ksian baby. Sorry.  to be continued

Appreciate

Bila mana saya pernah ditanya sebegini oleh anak saudara "Apa kita nak buat kalau orang tak hargai kita?'' Dia masih penuntut di sekolah rendah, tetapi soalan itu yang diajukan. Saya fikir, orang dewasa lebih memahami atau mengerti rasa tu. Ye la, kadang kadang, seseorang yang masih berumur seperti beliau, lebih memilih untuk tidak menghiraukan. Bukan maksud saya di sini, dia seorang yang berkecil hati.  Bila difikirkan balik, otak saya hanya fikir satu benda. Tak kira seseorang itu dah matang atau pun tidak, sebagai manusia normal atau pun dengan erti kata lain, fitrah manusia, ingin rasa dihargai. Mungkin expectation kita, selepas apa yang kita lakukan, kita berharap orang akan menghargai sesuatu yang kita sumbangkan. Mungkin walau sekadar penzahiran rasa kasih sayang.  Jawab saya, "Jangan terlalu bersedih bila kita tidak dihargai. Tapi, bersedihlah tika mana kita tidak menghargai diri sendiri." Dia mengangguk, mungkin faham di sebalik ...
Alhamdulillah,  Februari yang lepas, status diri ini telah bertukar. alhamdulillah, syukur pada Allah, kerana memudahkan segalanya, walaupun pada mulanya agak kelam kabut kerana waktu akad nikah jam 11 pagi. syukur sangat pada Allah, kerana mengurniakan keluarga yang banyak membantu.  alhamdulillah, atas kurniaan Allah, atas pasangan ini. jujurnya, " suami mu bukan malaikat, isterimu bkan bidadari". bila dah masuk alam perkahwinan, ayat tu dah boleh difahami, takpe la even sedikit. dalam perkahwinan, saya suka ingat ayat Prof. Muhaya, "dont expect". tapi alhamdulillah, suami banyak membantu. dan kalau ada masalah, talk to each other. terima kasih encik suami, saya banyak sangat bebel sebelum tido. bedtime story. i think he's doing good in kitchen better than me.. hehehe.. alhamdulillah, di atas kurniaan Allah kepada saya, si kecik yang sedang membesar dalam rahim ni. moga dia membesar menjadi hamba Allah yang soleh dan sihat tubuh badan. sekarang, s...

Tahun Baru

umur saya dah meningkat, kepada 26 tahun.. still, itu hanya angka.. :) tahun ni, mungkin banyak benda yang akan jadi.. inshaAllah, lagi sebulan, status saya akan bertukar. mohon doakan hamba yang kerdil ini. saya masih berdoa dan tetap akan berdoa. kerana ada masanya, manusia itu penat mendengar. jadi kepada Tuhan saya meluahkan segalanya. dia cakap, kenapa rajin benar menangis masa berdoa. jawapan nya, ketabahan ini, kekuatan ini, saya minta dari Dia. bercerita kepada manusia sebanyak mana pun, mereka tak akan faham. atau mungkin orang akan cakap, sabarlah.  pernah satu hari, sepupu hantar mesej. dia bertanya, apa yang saya buat untuk keluar dari rasa itu. saya jawab, berdoa. itu sahaja. entahla, selepas pusing belakang, saya rasa bersyukur, sebab masih mampu meneruskan hari hari macam biasa. cuma kadang jujurnya pelajaran saya agak tersangkut. jalan siswazah ini sudah punya duri, ditambah lagi dengan duri emosi. makin saya lemah. ya, saya akui saya pernah buat silap. seola...

Bilik Ini

bilik ni, dihuni hanya dua jantina.. lelaki dan perempuan. tempat kami menelaah kajian kami.. memerah otak yang dah tak berapa muda sangat ni.. cuba jugak hadam jurnal yang terpapar pada skrin.. kadang, muka serius.. kadang senyum sorang sorang.. mungkin itulah dunia kami sekarang..  kadang kami tersangkut dengan idea kami sendiri.. tersangkut dengan buah fikiran untuk intepret data yang tak seberapa.. paksa jugak otak untuk cari kat ana lubang keluar.. lubang keluar kepada persoalan yang muncul..  manusia ini, kadang, datang juga rasa jemu.. rasa putus asa.. iye.. mengharapkan result dapat lain, tapi lain hasilnya.. digodam semua metod.. mungkin untuk memuaskan hati sendiri.. dalam otak, jangan cakap.. macam benda bercampur gaul.. agaknya kalau makanan, dah boleh jadi basi..  macam macam gaya.. menghadap jurnal.. menghadap powerpoint.. gigih jgak buat slide.. isi borang tu borang ni nak pergi conference.. hadap microsoft word.. try jugak taip ilmu yang diced...

Andai

Andai manusia itu tau Bukan mudah untuk menjaga hati manusia Andai manusia itu tau Bukan mudah nak kekalkan sebuah rasa cinta Andai manusia itu tau Hati itu berbolak balik sifatnya Andai manusia itu tau Tiada manusia yang inginkan kegagalan Andai manusia itu tau Sekiranya air mata itu tumpah.. itu sudah cara terakhir untuk hilangkan segala rasa Andai manusia itu tau Tiada seorang pun perempuan yang ingin berdamping banyak lelaki sebelum kahwin Andai manusia itu tau Cinta yang pergi itu bukan manis rasanya Andai manusia itu tau Apa yang dirasa sekeping hati itu bukan mudah Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang Andai bisa ku kembali hapus semua pedih Andai mungkin aku bisa Kembali pulang segalanya Tapi hidup takkan bisa Meski berair mata
Alhamdulillah, pagi 19 September 2016, secara official, saya dah dapat kakak. dengan sekal lafaz, abang dah jadi suami orang. walaupun awal pagi tu, masa saya tengah berkemas di dapur, tengok abang ulang alik. dia mintak painkiller. mungkin sebab penyakit batu karang. last2 baba bawak abang pergi klinik, inject. pengantin pakai baju melayu putih, bersampin, kena inject. tapi alhammdulillah, he managed well. time akad nikah pun dia boleh control sakit. next, we are waiting for 26 September :) petang Sabtu, kami ke hospital. ziarah saudara. diagnosed leukimia. dah tahap yang teruk. dan dia pun baru tau dia sakit. masa lawat dia, rasa macam tak sanggup. sebab teringat masa dia sihat. betul la. kalau Allah nak ambik kesihatan, sekejap je. it just like, hargai apa yang kita ada. moga Allah beri yang terbaik untuk saudara tu. teringat pada Ma ngan Ateh yang dah pergi. ralat nye rasa hati.