Skip to main content
bismillahirrahmanirrahim

apa khabar hati? apa khabar rindu? jangan main assalamualaikum cinta, waalaikumsalam rindu, sudah la.. ^.~

cepatnya masa berlalu.. awal mei dah menyapa.. pejam celik, nanti sampai pertengahan, pastu jumpa penghujung. pastu, masuk bulan jun. hehe. hidup. isi dengan kesibukan, masa berlalu pun tak sedar.

pagi semalam, saya online. bukak fb. dan tengok status beliau. kenapa dengan akhbar berkenaan? isu apa?

saya terkejut dengan gambar berkenaan. apa yang nak ditunjuk? membuka aib? nak menunjukkan siapa bakal pemimpin? begitu ke caranya? apa yang dibuatnya? saya memikirkan si cilik. sya memikirkan mereka yang masih di bangku sekolah. apa yang bakal jadi pada pemikiran mereka? ini bakal pemimpin aku atau apa yang orang tu tengah buat?

dunia sekarang, dunia teknologi. segalanya terletak pada hujung jari. kalau di google nya apa mereka buat tu? apa nak jawab? cukup lah kepincangan yang dah ditunjukan pada sekeliling mereka. ingat akhbar lucah? ini bukan mimpi! ini realiti! dulu masa kecik, saya pun baca akhbar. budak-budak zaman sekarang pun sama. bezanya, dulu dalam akhbar, tiada sedemikian rupa! tapi sekarang? apa jadik?

cukuplah dengan keruntuhan nilai murni yang ada pada masyarakat. cukuplah! bergenang air mata mengingatkan mereka yang sedang membesar. mereka tak tahu apa-apa. kalaulah perbuatan tu diikut, apa yang jadi? ditebuk tupai? tu yang dimahukan? lantas bila mereka membesar, nak kawen?

saya hairan, kenapa mereka yang menyiarkan, tak dapat berfikir dengan waras. kenapa? tak takut azab Allah? kita hidup hanya sementara. kenapa mesti berkelakuan seperti dunia tiada penghujungnya? fikirlah kanak-kanak yang sedang membesar. tolonglah fikirkan manusia lain.

manusia takkan sedar kalau Allah tak beri peringatan. takkan sedar.

Ya Allah, berikan kami petunjukMu. selamatkanlah umat Nabi Muhammad.

Comments

Popular posts from this blog

Pelik Tapi Benar

Dunia hari ini yang pelik. Yang dekat tidak diambil pusing. Atau mungkin diambil pusing. Cuma kurang. Mungkin mereka yang mengadu sakit di muka buku lebih diketahui berbanding dengan jasad yang berada di sekeliling yang pucat lesi. Ajaib sungguh dunia ini. Newsfeed di refresh berulang kali. Ajaib. Tapi jasad di sekeliling bosan bertanya soalan yang sama. Dunia teknologi ini kadang membuatkan orang take for granted

Ada masa

Ada masa ada ketika, terasa seakan ingin berhenti. Kadang terfikir adakah doaku sudah dimakbulkan? Buku appoinment yang belum habis lagi membuatkan sedikit serabut otak ini. Ya. Kali ini aku diuji bertubi tubi. Melihatkan dua orang putera ini, air mata tak payah mintak menitis. Confirm jatuh sendiri. Andai ummi pergi dulu, andai doa ummi yang dulu dulu dimakbulkan Tuhan, jaga diri kalian. Percayalah sepenat mana ummi jaga kalian, segarang mana ummi marah kalian, maaf kan ummi. Kerana ummi tak pernah jadi yang terbaik buat kalian. Cuma ummi harap ada sedikit kebajikan dan kebaikan yang ummi lakukan moga menjadi timbangan di neraca mizan. Ummi sayang Faqih dan Fateh

kejam ke?

bila mula mula berpuasa hari tu, saya terima mesej dari dia.. respon: x reply hari ramadhan ke berapa ntah, terima lagi... respon: lagi sekali x reply bila syawal menjelma, sekali lagi mesej itu diterima... respon: x reply jugak kejam ke saya? hehehehhee...