Skip to main content

Kesilapan

# pfft # < ni mungkin antara bunyi yang keluar tika kita melakukakn kesilapan > ~.^

ramai orang belajar dari kesilapan. sama seperti saya. hehehe. tiap-tiap hari saya belajar dari kesilapan. kesilapan salah ambik darah kambing? kesilapan tika memandu? hehehe. tersenyum seorang bila mengingatkan moment2 tu. 

salah silap, lumrah dalam kehidupan. ya., mungkin kita akan bazirkan banyak masa, banyak tenaga, dan bazirkan benda2 lain. hanya kerana kesilpan yang kita lakukan. tapi, wajarkah kita sumpah diri sendiri? 

emm. terlupa, dalam banyak kesilapan yang dilakukan, kesilapan terbesar pabila meletakkan Allah bukan pada tempatnya. ya, mungkin namaNya tidak pernah terlintas di hati. kadang-kadang terfikir sendiri, solat yang dikerjakan, adakah ia hanya sekadar menunaikan satu kewajipan ataupun niat di hati mendekatkan diri dengan Khaliq? sebenarnya, kesilapan melakukan sesuatu hanya kerana tidak meletakkan Allah di hati, boleh beri impak yang besar. sama seperti rezeki, bila kita tersilap mencatur urusan hidup, dan meletakkan Allah di tepi, kita lupa bahawa rezeki itu, Dia yang kurniakan. kesannya, kita seperti manusia yang hilang pedoman. 

bila mana kita sisihkan Dia dari hidup kita, kita lupa segalanya milik Dia. bila kehilangan, kita lupa untuk mengucapkan innalillahi wainna ilaihi roji'un. Allah telah berfirman, Dia akan uji manusia itu dengan ketakutan dan kehilangan, sama ada berbentuk nyawa, harta dan buah-buahan, maka ucaplah, Dari Allah kami datang, dan kepada Allah kami kembali. 

titik pangkalnya, buat sesuatu, niat kerana Allah dan apa pun yang berlaku, jangan pertikaikan apa yang Allah dah aturkan

Comments

Popular posts from this blog

Pelik Tapi Benar

Dunia hari ini yang pelik. Yang dekat tidak diambil pusing. Atau mungkin diambil pusing. Cuma kurang. Mungkin mereka yang mengadu sakit di muka buku lebih diketahui berbanding dengan jasad yang berada di sekeliling yang pucat lesi. Ajaib sungguh dunia ini. Newsfeed di refresh berulang kali. Ajaib. Tapi jasad di sekeliling bosan bertanya soalan yang sama. Dunia teknologi ini kadang membuatkan orang take for granted

Ada masa

Ada masa ada ketika, terasa seakan ingin berhenti. Kadang terfikir adakah doaku sudah dimakbulkan? Buku appoinment yang belum habis lagi membuatkan sedikit serabut otak ini. Ya. Kali ini aku diuji bertubi tubi. Melihatkan dua orang putera ini, air mata tak payah mintak menitis. Confirm jatuh sendiri. Andai ummi pergi dulu, andai doa ummi yang dulu dulu dimakbulkan Tuhan, jaga diri kalian. Percayalah sepenat mana ummi jaga kalian, segarang mana ummi marah kalian, maaf kan ummi. Kerana ummi tak pernah jadi yang terbaik buat kalian. Cuma ummi harap ada sedikit kebajikan dan kebaikan yang ummi lakukan moga menjadi timbangan di neraca mizan. Ummi sayang Faqih dan Fateh

kejam ke?

bila mula mula berpuasa hari tu, saya terima mesej dari dia.. respon: x reply hari ramadhan ke berapa ntah, terima lagi... respon: lagi sekali x reply bila syawal menjelma, sekali lagi mesej itu diterima... respon: x reply jugak kejam ke saya? hehehehhee...