AHLAN WASAHLAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Sunday, July 15, 2012

Kesilapan

# pfft # < ni mungkin antara bunyi yang keluar tika kita melakukakn kesilapan > ~.^

ramai orang belajar dari kesilapan. sama seperti saya. hehehe. tiap-tiap hari saya belajar dari kesilapan. kesilapan salah ambik darah kambing? kesilapan tika memandu? hehehe. tersenyum seorang bila mengingatkan moment2 tu. 

salah silap, lumrah dalam kehidupan. ya., mungkin kita akan bazirkan banyak masa, banyak tenaga, dan bazirkan benda2 lain. hanya kerana kesilpan yang kita lakukan. tapi, wajarkah kita sumpah diri sendiri? 

emm. terlupa, dalam banyak kesilapan yang dilakukan, kesilapan terbesar pabila meletakkan Allah bukan pada tempatnya. ya, mungkin namaNya tidak pernah terlintas di hati. kadang-kadang terfikir sendiri, solat yang dikerjakan, adakah ia hanya sekadar menunaikan satu kewajipan ataupun niat di hati mendekatkan diri dengan Khaliq? sebenarnya, kesilapan melakukan sesuatu hanya kerana tidak meletakkan Allah di hati, boleh beri impak yang besar. sama seperti rezeki, bila kita tersilap mencatur urusan hidup, dan meletakkan Allah di tepi, kita lupa bahawa rezeki itu, Dia yang kurniakan. kesannya, kita seperti manusia yang hilang pedoman. 

bila mana kita sisihkan Dia dari hidup kita, kita lupa segalanya milik Dia. bila kehilangan, kita lupa untuk mengucapkan innalillahi wainna ilaihi roji'un. Allah telah berfirman, Dia akan uji manusia itu dengan ketakutan dan kehilangan, sama ada berbentuk nyawa, harta dan buah-buahan, maka ucaplah, Dari Allah kami datang, dan kepada Allah kami kembali. 

titik pangkalnya, buat sesuatu, niat kerana Allah dan apa pun yang berlaku, jangan pertikaikan apa yang Allah dah aturkan

Friday, July 6, 2012

sekarang, masa memang pantas berlalu.

dah seminggu saya berada di rumah. alhamdulillah. home sweet home :)

seminggu di rumah, dan dah kena start praktikal. seolah, ia dunia baru bagi saya. saya cuba jugak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. kalau sebelum ni, saya bersama labmate, paling kurang, mereka masih 30 tahun ke bawah. tapi sekarang, saya berinteraksi dengan mereka yang jauh lebih berumur dengan saya. dan seharusnya, memang cara berinteraksi seakan rasa berlainan. ya, saya sedang belajar. sebelum ni, saya kurang berinteraksi dengan orang, tapi sekarang, nak tak nak, saya terpaksa belajar.

tempat praktikal sekarang, di pejabat veterinar. hari pertama saya jejakkan kaki di sana, saya timba pengalaman dari seorang pak cik. hm, kata-katanya, bukan omong kosong. ya, saya sedang belajar dari mereka yang makan lebih banyak garam dari saya.

hari kedua, saya bertatih lagi untuk memandu. ayah berada di sebelah, seolah-olah, pegawai jpj di sebelah saya. hehe. sebenarnya, memang dah lama saya tak bawak kereta. first attempt after a year, drive pergi rumah tok. dan kali kedua, drive ke tempat praktikal. <cuba atasi ketakutan> :)

syaaban bakal melabuhkan tirai lagi. insyaAllah, mudah-mudahan dipertemukan dengan Ramadhan. ku nantikan Ramadhan :)

ya Allah, andai keimanan ku berkurang, Kau tambahkanlah ia. andai aku leka dan lalai, ingatkanlah aku. mudah-mudahan, hati ini sentiasa tenang bersamaMu