AHLAN WASAHLAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Wednesday, February 12, 2014

Cerita dongeng

Ya Tuhan..
Aku hambaMu ini punya sebuah surat
BuatMu
Ya Tuhan...
Sesungguhnya Engkau lah sahabatku..yang tak mungkin meninggalkanku tika aku senang dan
susah.. Ya Tuhan,aku ingin bercerita padaMu

Ya Tuhan
Sebenarnya aku punya sebuah cerita dongeng..sebuah cerita di mana aku tinggal di dalamnya..cerita di mana aku reka..hanya kami berdua yang tahu
Dan Engkau juga tahu cerita dongeng ini..sebenarnya sudah banyak kali aku mngelak daripada mencipta cerita dongeng ini.. dan aku berdoa padaMu moga dua permata hatiku yakni adik perempuanku tidak pernah mereka cerita dongeng mereka sendiri.. ya Tuhan,harini aku tersedar akhirnya..tersedar aku punya kisah dongeng.. kadang aku merasa manis untuk berada di sebuah dunia khayalan.. kadang aku buntu sendiro

Cerita dongeng ini..biarlah aku dia dan Emgkau yang tahu mengenai ia.. mereka yang lain..biarkan mereka turut menumpang dalam cerita dongeng aku.. tapi mereka tak akan tahu cerita dongeng ni dalam masa terdekat

Ya Tuhan
Sudah sampai masanya nanti.. Kau kuatkanlah aku dan mereka.. untuk menerima hakikat bahawa ia hanya sebuah cerita dongeng

Saturday, February 1, 2014

satu haribulan dua

satu hari bulan dua
dua ribu empat belas

tangan ini seakan gatal untuk berbicara hal tawakal

hari tu, sorang ustaz tu tanya, dia cakap, ni soalan cepu emas.. apa maksud tawakal.. "berserah diri pada Allah", bisik saya dalam hati. kemudian ustaz mengutarakan ayat yang sama, berserah diri pada Allah. tapi, apa maksud berserah diri pada Allah? 

berserah diri pada Dia.. tapi berapa peratus kita serah diri pada Dia? kenapa bila ujian datang, kita lemah? masa tu kita perlu tanya balik, betul ke aku tawakal pada Dia? pernah tak dalam hidup kita, kita jadikan Allah itu BETUL-BETUL peneman kita? BETUL-BETUL.. berapa kali bila kita dapat sesuatu, tak kira ujian atau nikmat, kita bagitau dekat Allah dulu? sama macam kita bagitau teman baik kita? bila kita cemerlang, berapa kali, kita berkongsi dengan Dia? bila sakit, berapa kali dalam hati, cakap "Ya Allah, aku sakit", baru kita pergi jumpa doktor. berapa kali? bila ustaz tu cakap macam tu, kepala saya terhempap..dengan batu besar. ini tak, bila dapat keringan, berkongsi keriangan dengan yang lain.. bila dapat ujian, ppergi merengek dekat manusia lain.. ape la.. bila kau nak cari Tuhan?

"ustaz, hari tu, saya kerjakan dhuha.. hari pertama saya solat dhuha, saya accident.. hari kedua saya solat dhuha, anak saya dibuli di sekolah.. lepas tu saya terus berhenti solat dhuha.. seminggu selepas tu, saya solat dhuha lagi, saya ditimpa bencana lagi.. kenapa ustaz?''

pernah alami situasi di atas? pernh tertanya-tanya? ustaz tu masih belum jawab soalah saudari tu.. tapi ustaz jawab pada majlis yang kami hadir hari itu.. "semalam, ustaz tu bicara mengenai tawakal.. hari ni ustaz ni memberi satu soalan lain.. tapi tak lebih dan kurang, mengenai tawakal juga", saya bermonolog sendiri.. "mungkin pada dhuha itu, telah menyelamatkan saudari tu.. mungkin dia kemalangan, tapi mungkin kerana dhuha itu, kemalangan itu tidak meragut nyawanya.. mungkin pada dhuha itu, anak saudari itu dibuli..mungkin dhuha itu telah menyelamatkan dia dari bala yang lebih besar umpama anaknya diculik orang...", jawab si ustaz.. 

<belajar dan hayati benar-benar erti tawakal itu wahai hamba abdi>