AHLAN WASAHLAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Friday, March 8, 2013

dari majlis ilmu
19/1/2013
KFiqh

Penyampai:Prof Dr Muhaya

"Kita hanya boleh beri dari apa yang ada dalam jiwa kita"

"Orang kahwin, bukan untuk rasa BAHAGIA, tapi untuk membawa KEBAHAGIAAN.. "

"Dua benda yang kita boleh tamak"
* Pengampunan Allah*
*Ilmu*

"Siapa yang tak yakin pada diri, dia tak yakin pada Allah"

"Syarat-syarat bahagia"
*Kasih sayang tanpa syarat <unconditional love>
*MAafkan <forgiveness>
*jangan tamak, jangan kedekut <abundance>
*keharmonian <spiritual awareness>
*ketenangan

Ya Maris, ahlan.. ahlan...

alhamdulillah..dah masuk mac.. haa? dah mac? hai cik adik, pandai main kira buln je ke? masa terbuang tak kira ke?

ok.. stop mumble kat situ.. jom korek kata-kata dari mereka yang punya ilmu..

yang ni, via Ustaz Haslin masa beliau berkongsi ilmu di Surau al-Iman hari tu :)

"Jangan jadi manusia yang lalai dengan kerja dunia"

"Kerja yang kita buat hari ni berbeza-beza, cuma yang menyamakan adalah insan yang rajin menyumbang, bersedekah, di atas taqwa pada Allah"

"Berapa orang gaji beribu-ribu, tapi otak berjerebu"

"ingat, kekayaan jiwa, hanya Allah yang mampu beri"

"belajarlah dahulu sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin rumah tangga"

"Perkara pertama yang ditanya Allah ialah solat.. kenapa solat? sebab, solat tu syarat Islam"

"Cara hidup kita di dunia adalah bayangan hidup di akhirat"

"Jika ingin melihat masa depan, lihatlah masa muda hari ini"

"Sahabat-sahabat Nabi berjaya kerana kekuatan iman yang ada pada mereka"

"jangan takut dengan manusia, takut dengan Allah"

"Hai anak muda, jangan disangka matimu tua.. hai orang tua, jangan disangka kau tak mati-mati"

"Perihal jodoh

:: Jngan murahkan diri
:: Jangan cari jodoh di pasaraya

nak cari?
:: Bertaqwa pada Allah
:: Cari di majlis ilmu
:: Bangun malam, Allah akan beri nur pada wajah
:: Doa
:: Jangan minta pada manusia <mintak dengan Allah>


"Berkawan dengan semua orang, bersahabat dengan orang yang soleh"

"Jangan jadi seperti lilin, terangi orang lain, tai diri sendiri sirna"