Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Love

cinta kepada insan yang belum pernah saya temui, belum pernah saya sentuh, hanya lihat dari mesin scan. cinta kepada anak ini, anak yang ummi kandungi. Alhamdulillah. si kecik ummi sangat behave. tak terluah rasa syukur pada Tuhan. ummi cuma alami alahan yang sedikit, dan sedikit pening-pening.  yang ummi tau, anak ummi memang baik. tak tergambar perasaan. dialah peneman ummi ke mana-mana. awal gerakannya ummi rasa seawal 5 bulan. halus. seperti angin lalu. cuma sekarang, anak ummi dah membesar. agak aktif. agak kuat menendang. dialah peneman ummi bersembang. alhamdulillah. Tuhan bagi sayang untuk teman ummi. teman ummi bebel. ummi suka sangat bercakap dengan sayang. sayang, ummi excited sangat bila lalu dekat kedai jual barang baby. harini ummi dah beli dua pasang baju sayang. nanti kita sambung beli lagi. ummi dah tak berapa larat nak jalan. lain kali kita pergi beli lagi ye sayang.  Alhamdulillah, kehamilan ini walaupun ada sedikit alahan, tapi alhamdulillah, ummi tak bimba

Ogos

Blog bersawang. Tuan rumah terlalu 'rajin'. 'Rajin' update blog. Hanya rajin baca blog orang. Membaca untuk berkongsi pengalaman. dan untuk semua lukisan kehidupan.  Ramadhan kali ni, Allah beri saya peluang untuk sambut bersama insan yang bernama suami. Lebih dikenali dengan teman untuk saya pot pet2. Kesian. Hopefully tak bernanah telinga dia :) dan juga, Allah beri saya peluang untuk berpuasa bersama si kecik di dalam perut. dan tak dapat berpuasa penuh. Kerana kadang kesihatan tidak mengizinkan. sehingga sekarang, masih tertanya aktiviti apa yang dilakukan si khalifah kecil ini.  Syawal pertama bersama suami di kampungnya. Balik jenguk tok di petang hari. Kerana kehidupan sudah berubah. Jujurnya, malam raya, tika takbir berkumandang, ada sebak dalam hati. Sedih? mungkin. Kerna kami selalu bersama dan punya aktiviti tahunan. Hehehe. Tapi jujurnya, sejak mengandung, lebih beremosi. Sangat senang sedih. Alahai. Ksian baby. Sorry.  to be continued

Appreciate

Bila mana saya pernah ditanya sebegini oleh anak saudara "Apa kita nak buat kalau orang tak hargai kita?'' Dia masih penuntut di sekolah rendah, tetapi soalan itu yang diajukan. Saya fikir, orang dewasa lebih memahami atau mengerti rasa tu. Ye la, kadang kadang, seseorang yang masih berumur seperti beliau, lebih memilih untuk tidak menghiraukan. Bukan maksud saya di sini, dia seorang yang berkecil hati.  Bila difikirkan balik, otak saya hanya fikir satu benda. Tak kira seseorang itu dah matang atau pun tidak, sebagai manusia normal atau pun dengan erti kata lain, fitrah manusia, ingin rasa dihargai. Mungkin expectation kita, selepas apa yang kita lakukan, kita berharap orang akan menghargai sesuatu yang kita sumbangkan. Mungkin walau sekadar penzahiran rasa kasih sayang.  Jawab saya, "Jangan terlalu bersedih bila kita tidak dihargai. Tapi, bersedihlah tika mana kita tidak menghargai diri sendiri." Dia mengangguk, mungkin faham di sebalik
Alhamdulillah,  Februari yang lepas, status diri ini telah bertukar. alhamdulillah, syukur pada Allah, kerana memudahkan segalanya, walaupun pada mulanya agak kelam kabut kerana waktu akad nikah jam 11 pagi. syukur sangat pada Allah, kerana mengurniakan keluarga yang banyak membantu.  alhamdulillah, atas kurniaan Allah, atas pasangan ini. jujurnya, " suami mu bukan malaikat, isterimu bkan bidadari". bila dah masuk alam perkahwinan, ayat tu dah boleh difahami, takpe la even sedikit. dalam perkahwinan, saya suka ingat ayat Prof. Muhaya, "dont expect". tapi alhamdulillah, suami banyak membantu. dan kalau ada masalah, talk to each other. terima kasih encik suami, saya banyak sangat bebel sebelum tido. bedtime story. i think he's doing good in kitchen better than me.. hehehe.. alhamdulillah, di atas kurniaan Allah kepada saya, si kecik yang sedang membesar dalam rahim ni. moga dia membesar menjadi hamba Allah yang soleh dan sihat tubuh badan. sekarang, s

Tahun Baru

umur saya dah meningkat, kepada 26 tahun.. still, itu hanya angka.. :) tahun ni, mungkin banyak benda yang akan jadi.. inshaAllah, lagi sebulan, status saya akan bertukar. mohon doakan hamba yang kerdil ini. saya masih berdoa dan tetap akan berdoa. kerana ada masanya, manusia itu penat mendengar. jadi kepada Tuhan saya meluahkan segalanya. dia cakap, kenapa rajin benar menangis masa berdoa. jawapan nya, ketabahan ini, kekuatan ini, saya minta dari Dia. bercerita kepada manusia sebanyak mana pun, mereka tak akan faham. atau mungkin orang akan cakap, sabarlah.  pernah satu hari, sepupu hantar mesej. dia bertanya, apa yang saya buat untuk keluar dari rasa itu. saya jawab, berdoa. itu sahaja. entahla, selepas pusing belakang, saya rasa bersyukur, sebab masih mampu meneruskan hari hari macam biasa. cuma kadang jujurnya pelajaran saya agak tersangkut. jalan siswazah ini sudah punya duri, ditambah lagi dengan duri emosi. makin saya lemah. ya, saya akui saya pernah buat silap. seolah se