AHLAN WASAHLAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Sunday, May 15, 2016

Alhamdulillah, 

Februari yang lepas, status diri ini telah bertukar. alhamdulillah, syukur pada Allah, kerana memudahkan segalanya, walaupun pada mulanya agak kelam kabut kerana waktu akad nikah jam 11 pagi. syukur sangat pada Allah, kerana mengurniakan keluarga yang banyak membantu. 

alhamdulillah, atas kurniaan Allah, atas pasangan ini. jujurnya, " suami mu bukan malaikat, isterimu bkan bidadari". bila dah masuk alam perkahwinan, ayat tu dah boleh difahami, takpe la even sedikit. dalam perkahwinan, saya suka ingat ayat Prof. Muhaya, "dont expect". tapi alhamdulillah, suami banyak membantu. dan kalau ada masalah, talk to each other. terima kasih encik suami, saya banyak sangat bebel sebelum tido. bedtime story. i think he's doing good in kitchen better than me.. hehehe..

alhamdulillah, di atas kurniaan Allah kepada saya, si kecik yang sedang membesar dalam rahim ni. moga dia membesar menjadi hamba Allah yang soleh dan sihat tubuh badan. sekarang, saya memang suka cakap sorang2. bercakap dengan si kecik ni. dan alhamdulillah, terima kasih jugak encik suami bila keadaan kesihatan saya dah tak sama macam dulu :)