AHLAN WASAHLAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Tuesday, December 8, 2015

Bilik Ini

bilik ni, dihuni hanya dua jantina.. lelaki dan perempuan. tempat kami menelaah kajian kami.. memerah otak yang dah tak berapa muda sangat ni.. cuba jugak hadam jurnal yang terpapar pada skrin.. kadang, muka serius.. kadang senyum sorang sorang.. mungkin itulah dunia kami sekarang.. 

kadang kami tersangkut dengan idea kami sendiri.. tersangkut dengan buah fikiran untuk intepret data yang tak seberapa.. paksa jugak otak untuk cari kat ana lubang keluar.. lubang keluar kepada persoalan yang muncul.. 

manusia ini, kadang, datang juga rasa jemu.. rasa putus asa.. iye.. mengharapkan result dapat lain, tapi lain hasilnya.. digodam semua metod.. mungkin untuk memuaskan hati sendiri.. dalam otak, jangan cakap.. macam benda bercampur gaul.. agaknya kalau makanan, dah boleh jadi basi.. 

macam macam gaya.. menghadap jurnal.. menghadap powerpoint.. gigih jgak buat slide.. isi borang tu borang ni nak pergi conference.. hadap microsoft word.. try jugak taip ilmu yang dicedok sedikit untuk top up dalam proses menulis tesis.. tanda lab report.. macam macam lukisan yang ada.. macam macam label yang ada.. sampai satu tahap, normal la kalau ada distraction.. 

it was like.. arghh.. kalau motivasi tengah down, dalam hati "malasnya nak buat pape harini.. maka kadang kepala dilentokkan atas meja.. tangan merayap rayap di muka buku.. kadang tarik buku yang takde kene mengena dengan study.. kadang kadang ada la duk bersembang tak ingat dunia.. hahaha.. begitu la kami..