AHLAN WASAHLAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Friday, December 6, 2013

GIFT

When today is a gift.. thats y we call it as a present.. appreciate? Why shouldnt we?

The reality of life.. what do we have just called it as a gift.. gift dat u appreciate when u accept it.. gift dat u care with it.. but dont attach the gift in our heart.. just put them on our hand.. open yr hand.. put those gifts there.. what must be on our heart? The Giver.. our Creator.. The Most Merciful..

Our life just a gift.. our health..our wealth.. our smile.. the people surround us.. i praised to Allah.. He gave me those people who love me.. who cares bout me a lot..who helps me a lot.. then i realized.. they are just a gift from Creator..

Subhanallah

Sunday, November 17, 2013

wordless

just in construction..my proposl..having some reading..having some thought..having more jokes..

but for sure..tonite..making some review on cladonia.. ohhh..suddenly

gonna log out..focusing on my reading..

fi hifzillah..everybody :)

surat cinta wardah



rindu yang aku tanggung
rindu yang sarat menggunung
sungguh
andai aku mampu lempar ke lautan
sudah lama aku buang jauh-jauh

sayang
sayang yang aku rasa
andai mampu ak singkirkan
sudah lama aku biarkan ia di'ngap' ikan 'jaws'

tapi aku tau
aku mengerti
hadirnya perasaan ini
kerna sebuah fitrah
hadirnya rasa ini
bila mana
cinta aku masih belum penuh
pada Dia
dan pada rasulNya

cinta
jangan kau diami hati
melebihi cinta Ilahi 


AMANAH

bismillah...

sesuatu yang berat untuk dipikul.. 
amanah...

berat..tak semua orang boleh buat..tak semua orang mampu bertahan..sampai satu saat..kita akan diuji dengan ujian untuk menguji samada kita amanah atau tidak.. 

amanah.. ada orang hanya fikir..amanah adalah sesama manusia sahaja..amanah untuk menjaga harta..amanah untuk menjaga kebajikan orang lain..amanah untuk menjaga rahsia dan aib orang lain..tapi berapa ramai yang mampu amanah

kepalaku diketuk lagi

arghhh..amanah tidak hanya semena pada manusia sahaja..amanah pada diri? apa kau fikir ia tidak akan ditanya? amanah menjaga masa yang Allah berikan pada diri...ke mana kita luangkan masa kita..pada kebaikan..atau pada keburukan..amanah dalam menjaga pergaulan.. amanah dalam menjaga perasaan.. amanah menjaga perasaan..seakan satu tajuk yang enak untuk dirungkaikan..biarkan jariku keding kerana menari lagi..apa pun perasaan yang Allah berikn pada manusia..anggaplah ia satu amanah..sayang, cinta, benci, rindu..semua itu fitrah..fitrah yang perlu dijaga..fitrah yang diamanahkan oleh Dia..fitrah yang diuji..fitrah yang teruji..tatkala marah menghantui diri, sebesar luas mana lautan sabarmu.. pabila Dia hadirkan cinta pada insan.. adakah kau sedar bahawa ia satu amanah..amanah yang perlu dipelihara..ya..ia satu fitrah,..aku tak pernah menyangkal..di sebalik cinta..akan timbul rasa rindu.. itu cinta.. tapi sejauh mana kau pelihara.. peliharalah kesucian fitrah..jangan cemari fitrah..fitrah yang Allah kurniakan.. ingat..bilamana cinta kepada seoraang itu muncul..biarlah ia berlandaskan jalan agama..tidak dapat tidk..cuba untuk bawa ke syurga.. bukan ke neraka

saya bukan manusia sempurna..teguri saya bila saya tersilap..teguri saya bila saya terleka..pimpinlah saya ke menuju syurgaNya..menggapai redhaNya..jasa kalian amat dihargai..moga Allah membalasnya

sungguh manis ukhuwwah yang berlandaskan pada jalanNya..sungguh aku rindu :)

Wednesday, November 6, 2013

PERJALANAN

PUTERIKU SAYANG
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang
Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng Negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Friday, November 1, 2013

Salam jumaat... terengganu..kira weekend harini..masa untuk buat kerja kerja domestik..hihihi..

Dah siap bsuh bju..ingtkn boleh jmur di pagi hari...siapa sangka..hujan lebat..ya Allah..sabar je la...aku di balkoni..melihat renik hujan yang jatuh..si burung terbang mencari tempat perlindungan..anak kucing yang hampir lemas baru baru ini..galak miu miu seorang diri..seorang? Apa punya bahasa..kesian..mungkin kau lesejukan..sabar ye nak :)

Tak lama kemudian..aku lihat awan hitam mula berarak pergi..subhanallah..sungguh cantik aturan Tuhan.. sehingga aku trrdetik untuk menulis entri ini.. hujan akhirnya serik..awan masih menutupi langit..matahari belum memancarkan sinar..

Ibrah dari alam..tika kita pinta panas sepanjang hari..Dia hadirkan hujan..saat itu..hati terkesima..tanpa dipinta..hujan tadi beransur pergi..diri ini cuba mngambil iktibar..hikmah dalam kehidupan..

Saat kita inginkan ketenangan..Dia hadirkan ujian..tapi hati mana tak rawan bila dihadirkan ujian..ujian itu tarbiah..tarbiah sebuah kehidupan..tapi tanpa kita sedar..ujian itu berjaya kita lepasi..meski awan masih mendung..sekurangnya hujan sudah beransur pergi..sampai satu masa..matahari bakal mrnyinar kembali..

Ya Tuhan..sesungguhnya Kau timpakan ujian yang mampu bagi kami..cuma kami pinta..jangan Kau timpakan sesuatu yang tidak larat bagi kami..andai kami yang ditakdirkan untuk hadapi ujian itu..mohon Kau kuatkan iman kami..

Mudahan iman kami semakin jitu dan mendapat redhaMu

Thursday, October 24, 2013

Jutawan? Jutawan harta atau jutawan budi? "Moga kau kawen dengan jutawan"

Saat tu.. minda diketuk... jutawan?

Wang.. harta.. memang penting untuk hidup.. tapi saya pilih hidup dalam bersederhana.. bimbang wang akan memakan diri.. bimbang diri akan lebih cintakan dunia...

Sungguh aku bilang.. apa erti harta.. tika pinggan sesudah kau makan tidak mampu kau usung ke sinki... tika jari telunjukmu hanya tahu mengarah... memang.. aku akur.. penat melakukan kerja itu penat.. tapi percayalah.. letih yang kita rasa.. itu warna dalam hidup.. kerna aku.. selesa.. bersama perah peluh.. melakukan kerja kerja.. apakah kau tahu apa makna warna.. aku cuma mampu tersenyum.. biar diri tak dapat naek bmw 6series.. asal punya kenderaan yang mampu membawaku lbh dekat kpdNya...

Manisnya hidup.. bila berhempas tenaga..melakukan kerja bersama..tidak kekok..malah tidak beraksi bagai mem besar.. owh Tuhan.. izinkan aku hidup bersederhana...

Sungguh aku rindu..bergotong royong menguruskan walimah.gotong royong melapah daging bersama..

#apayangakurepekkanni#

Tuesday, October 22, 2013

bismillah...

masalah jugak diri ni..nila dah pc ni.. xtau nak taip apa.. apa masalah? tara masalah.. masalah nak tambah berat badan la.. macam mana nak gain weight ni...makan banyak lebih banyak daripada makan cket.. hahaha.. berbelit ayat..

human, mankind, what else should i use to represent manusia..? please, you are a mankind.. please again.. mid your words.. in cases of you have one special, or you seems too perfect,.. i doesnt mean you can condemn others.. not their physical.. get it? arghh.. panas..

dalam islam ajar kita hormat orang lain.. dalam masa sama kena hormat agama lain.. dalam masa sama, kerana kita cakap bahasa melayu betul, jangan kita kate mereka cakap berbelit-belit.. mind your words.. macam mana orang nak hormat agama kita kalau kita sendiri perlekehkan agama kita.. kita suka perbesarkan hal kecil.. tapi hal yang besar? jadilah da'ie.. jadilah.. berusahalah.. berusaha..

letakkan dunia di tangan mu bukan di hatimu..inshaAllah.. Dia akan kurniakan akhirat buatmu..

#merepek#

Saturday, October 12, 2013

versus and versus

assalamualaikum...

mana tuan rumah ni.. berhabuk betul...bersawang..entah berapa ekor sang labah-labah yang dia ternak..

maaf.. :D ni la yang dipanggil kemalasan melampau..

beberapa hari yang lepas, saya terima soalan dari sahabat..

"seorang wanita yang memakai tudung tetapi tidak mengerjakan solat vs seorang wanita yang solat tetapi tidak menutup aurat"

bila ditanya, hukum kepada kedua dua perintah dan dosa? wajib dan dosa besar jika meninggalkan..

a day later, saya dapat jawapan dari ustaz.. bukan ditanya direct soalan tu pada ustaz.. tapi dalam kuliah fardhu ain kitab munyatul musolli; idaman bagi orang-orang yang solat..

rumit? hm.. kalau sy bg jawapan, yg x bertudung tapi solat tu lebih baik dari yang bertudung tapi x solat, naye jugak dunia.. dan dia akan cakap.. xpela,, at least aku lebih baik dari yang bertudung tapi solat.. blup3.. kebingungan..

"solat tu boleh mencegah seseorang dari perbuatan jahat dan maksiat"

kita biasa dengar ayat tu.. tapi berapa ramai yang mampu untuk jadi begitu.. mampu untuk jadi manusia yang tinggalkan perbuatan jahat dan maksiat. kenapa tak mampu menjadi? titik utama.. anda mendirikan solat atau menunaikan solat.. pernah anda belek rukun.. syarat sah.. dan semua yang ada? hakikat hidup manusia.. akidah yang kena pasak dengan betul dulu..

sepatutnya orang yang solat tu la lagi mampu tutup aurat berbanding orang yang bertudung tapi tak solat..
tapi mungkin yang bertudung tu bertudung atau solat hanya kerana kebiasaan.. sesuatu yang dah jadi amalan dalam hidup..

saya pernah terbaca satu cerita pendek ni.. nukilan ustaz Pahrol.. 
lelaki A: aku bersyukur anak aku dah selamat masuk universiti...
lelaki B: apa yang kau rasa? 
lelaki A: aku rasa lega.. sebab aku dah tunaikan tanggungjawab yang dah diamanahkan... 

lelaki B: apa yang kau rasa saat dan ketika kau bersama kekasih?
lelaki A: aku berasa gembira..tenang.. kalau boleh aku tak nak lepaskan dia... 
lelaki B: apa rasa kalau tiba waktu berpisah?
lelaki A: aku rasa sedih.. kalau boleh...aku nak sentiasa ada di sisi aku.. aku berasa sangat senang seandai dia ada bersama.. 

apa kaitan cerita di atas? anda boleh kaitkan sediki antara menunaikan solat disebabkan tanggungjawab ataupun mendirikan solat kerana cinta kepadaNya..

smile and peace ^.^

bila status di muka buku berbunyi begini.. saya tau la awak baik..hubungan dengan Allah pun baik.. tapi kena baik jugak dengan manusia.. jangan kerek sangat...

"kadang saya terfikir.. kadang ada manusia yang yang tidak baik hubunganNya dengan Allah tapi baik dengan manusia akan lebih gemar dengar ayat sebegitu.. "

realiti hidup kita hari ini.. :D

Thursday, June 6, 2013

Solehah

Wardah tersungkur lesu. Berjuang di jalan solehah bukan mudah seperti yang disangka. Ujian hati yang menyapa seolah tahu, hati wardah belum seteguh karang. Ya,salah satu ujian untuk menguji hati, sudah cukup terbaik untuk menguji iman pada diri wardah. Ayat cinta islamik sudah cukup cekap untuk mengetuk hati itu berkecai. Istikharah. Perkataan itu yang dihadiahkan buat imannya yang lemah

"Kenapa kau jadi begini? Kenapa hati kau begitu rapuh?", tanya ana.

Wardah tertunduk.

Periksa hubungan dengan Allah. Tambah Ana lagi. Dia hanya maen kan perasaan kau dgn perkataan istikharah. Dia tak serius. Jauhi dia! Jauhi dia si pendusta setia!

Air mata yang bergenang,akhirnya tumpah. Tanpa dipinta. Dia tidak minta untuk dipermainkan. Dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan. Tangannya menggigil. Menahan perasaan di hati. Allah :( Jangan Kau ujiku sesuatu yang tidak mampu untuk ku tanggung.

Emosinya berkocak. Umpama lautan tika musim tengkujuh. Pada Allah dia pulangkan hati yang berkecai. Satu demi satu hatinya ditampal kembali. Bersama gam dhuha,taubat,tahajud dan mathurat. Benar. Hatinya yang berkecai cuba dicantum kembali. Untuk diserahkan kepadaNya. Untuk diisi cintaNya.

Keresahan dan kegelisahan,cukup kuat untuk menunjukkan hati itu belum benar benar sembuh. Wardah teresak sendiri. Hati yang dinodai cinta manusia melebihi cinta Rabbi. ya Tuhan,sungguh jalan solehah itu tidak mudah seperti yang disangka

Wardah tidak berputus asa. Dia tahu,ubat hati hanya milikNya. Didirikan sunat taubat lagi. Tika hamba lain lena diulit mimpi,air mata kekesalan tumpah. Dalam doa,dia mengadu segalanya.

Saturday, April 13, 2013

Berbuat baik bukan kerana ingin dibalas baik
Tapi kerana ingin berbuat baik

Jadi solehah bukan kerana mencari yg soleh
Tapi untuk menggapai redha Ilahi
Usah bersedih jika tiada sahabat di sisi
Asalkan Allah sentiasa di hati

Friday, March 8, 2013

dari majlis ilmu
19/1/2013
KFiqh

Penyampai:Prof Dr Muhaya

"Kita hanya boleh beri dari apa yang ada dalam jiwa kita"

"Orang kahwin, bukan untuk rasa BAHAGIA, tapi untuk membawa KEBAHAGIAAN.. "

"Dua benda yang kita boleh tamak"
* Pengampunan Allah*
*Ilmu*

"Siapa yang tak yakin pada diri, dia tak yakin pada Allah"

"Syarat-syarat bahagia"
*Kasih sayang tanpa syarat <unconditional love>
*MAafkan <forgiveness>
*jangan tamak, jangan kedekut <abundance>
*keharmonian <spiritual awareness>
*ketenangan

Ya Maris, ahlan.. ahlan...

alhamdulillah..dah masuk mac.. haa? dah mac? hai cik adik, pandai main kira buln je ke? masa terbuang tak kira ke?

ok.. stop mumble kat situ.. jom korek kata-kata dari mereka yang punya ilmu..

yang ni, via Ustaz Haslin masa beliau berkongsi ilmu di Surau al-Iman hari tu :)

"Jangan jadi manusia yang lalai dengan kerja dunia"

"Kerja yang kita buat hari ni berbeza-beza, cuma yang menyamakan adalah insan yang rajin menyumbang, bersedekah, di atas taqwa pada Allah"

"Berapa orang gaji beribu-ribu, tapi otak berjerebu"

"ingat, kekayaan jiwa, hanya Allah yang mampu beri"

"belajarlah dahulu sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin rumah tangga"

"Perkara pertama yang ditanya Allah ialah solat.. kenapa solat? sebab, solat tu syarat Islam"

"Cara hidup kita di dunia adalah bayangan hidup di akhirat"

"Jika ingin melihat masa depan, lihatlah masa muda hari ini"

"Sahabat-sahabat Nabi berjaya kerana kekuatan iman yang ada pada mereka"

"jangan takut dengan manusia, takut dengan Allah"

"Hai anak muda, jangan disangka matimu tua.. hai orang tua, jangan disangka kau tak mati-mati"

"Perihal jodoh

:: Jngan murahkan diri
:: Jangan cari jodoh di pasaraya

nak cari?
:: Bertaqwa pada Allah
:: Cari di majlis ilmu
:: Bangun malam, Allah akan beri nur pada wajah
:: Doa
:: Jangan minta pada manusia <mintak dengan Allah>


"Berkawan dengan semua orang, bersahabat dengan orang yang soleh"

"Jangan jadi seperti lilin, terangi orang lain, tai diri sendiri sirna"

Sunday, February 3, 2013

dah februari.. dah februari..

#azam yang dibina bape dah progress?

=.=''

Wednesday, January 9, 2013

ape la yang dibuat bila terperuk di rumah? 

jawabnya, habiskan barang dalam peti sejuk.. ^.^

ni sebab terliur tengok gambar masa kat kampus... balik umah, buat benda ni..

kek coklat beryogurt
second trial.. puding trifle...


3rd trial.. puding trifle...

gambar first tu, encik pavlove.. rasa dia, manis.. tapi sebab ada kiwi dan strawberi, plus dia mmg sejuk sbb keep in freezer, so, nyum3.., :) 
kek coklat tu plak, yogurt kurang.. hehehe.. hantam saja la.. pastu terliur tengok trifle.. first trial, macam ape dah trifle tu.. cair macam ape.. then, google, tgk u tube, jadi la macam gambar kedua tu.. nyum3... makan je.. rupa dia tak cantik, tapi rasa dia lagi best kalau nak dibandingkan dengan 3rd trial :)
3rd trial tu harap rupa dia je cantekk..  kekekeke.. dah..stop melalut :) 

Thursday, January 3, 2013

Rajin-rajinkan diri ?

Salam semua..

harini, terasa rajin tangan ni nak kemas bilik.. kesannya, abes la satu bilik tu.. tanpa disedari, encik resdung ni buat hal pulak dah.. sebenarnya, memang bersihkan sebab tahap sensitif hidung berada pada tahap maksimum dah ni.. hidung rasa macam susah nak bernafas, mata gatal, kat dahi pun rasa macam.... oh.. rasa macam nak menangis...stress tahap gaban.. rasa mcam tak nak cakap ngan sesape.. lepas kemas, rasa hidung ni makin teruk.. on komputer, online jap.. cari petua tradisional nak rawat resdung.. hari tu pernah terbeli rokok resdung tu kat giant.. siap bau lavender tu.. lepas maen asap tu, mak aih, try bukak kain rokok tu, tengok kesannya, tak yah cakap la.. mula-mula tu guna sebatang, tak bape menjadi.. sebab takut tengok api tu.. masa tu tak nampak sangat kesan dia.. then guna masa kali kedua, owh, terkedu.. hidung , rasa perit semacam.. ada benda putuh keluar dari hidung.. adik siap cakap, ada mende keluar dari hidung.. adakah kesan asap? entahla..bila bukak kain rokok tu, ada kuning-kuning... hari ni, takde rokok resdung, so cari cara homemade.. google, google, jumpa cara paling senang.. campurkan garam bukit dengan air suam.. bila sedut tu, rasa macam lemas dalam air masin.. serius.. teringat tertelan air masin masa kat pulau dulu kala :) 

petang ni, maen google lagi.. tapi untuk telinga..hari tu pernah dengar yang guna cotton bud tak baik untuk telinga.. nanti ear wax tu masuk dalam telinga.. hari tu terbaca artikel, doktor tu cakap, biar je, nanti ear wax tu akan kering, dia akan jadi debu, dan keluar sendiri.. saya pun sebenarnya tak suka maen korek telinga.. sakit..auchh! then, hari ni google lagi cari cara buang ear wax tu... guna baby oil, titis dalam telinga.. ada banyak cara, ada yang titis 2 3 hari, ada yang main ulang-ulang sehari... tak larat tangan ni nak menaip sume.. sila2 kan menggoogle.. hehehe.. tapi, ada alternatif lain,,... selain guna baby oil tu, boleh guna minyak zaitun.. 

tiba-tiba teringat kalam Allah, Al-Quran.. surah at-tin.. "demi buah tin dan buah zaitun" hari tu lepas mak ngan ayah balik mekah, me sapu banyak-banyak buah tin tu..tapi buah zaitun, tak pernah try.. ayah suka buat ulam.. dia letak sebotol depan dia, dan cakap kat saya, "belajar makan buah zaitun ni" saya pulak, hehe,, senyum, tak perlu kata apa apa...lepas tengok buah zaitun, rasa ingin tahu makin tinggi.. google lagi khasiat buah zaitun... sangat teruja tengok khasiat dia.. percayalah, apa yang disebut dalam al-Quran pasti ada hikmahnya.. jom cari mimnyak zaitun pulak :)

now, im prefer natural product dari barang kimia yang bagai.. bagus sapu lidah buaya kat muka, alang-alang dah banyak sangat aloe vera tu kat luar.. aloe vera pun bagus letak kat rambut, kulit.. cuma tu la, rajin dan malas je.. nak bagi bulu mata cantik pun boleh guna aloe vera...plus, sapu telur putih kat muka.. semalam pun rasa bengang, lepas basuh bilik air, tapi daki kat dinding tu tak tanggal..hari tu tertanya gak, apa yang buat dinding tu jadi macam tu..dah la kaler tiles tu hitam.. bukan sebab kotor ye, tapi memang tiles tu kaler hitam.. hitam kan menawan.. huh! konon.. bila kena sabun kaler putih, terang-terang nampak.. dah banyak kali sental dinding tu.. tapi penat cuba bahan kimia bagai, boleh ampus paru-paru ni.. semalam google lagi, cari cara nak bersihkan dinding tu.. haha.. last-last jumpa.. better guna cuka... daki kat dinding tu, sebab, bahan dari sabun mandi yang kita guna tu haa.. siap kat entri tu pesan, lepas bilik air dah bersih, guna wax kereta sapu kat dinging.. haha... mabeles sungguh... tak yah beli pencuci mangkuk tingkat... pastu try la google jugak kebaikan soda bikarbonat tu untuk tandas,.. kalau nak taip semua kat sini, dah macam buat research, siap kena letak citation bagai.. kalau tak, plagiarism namanye ^.^

*me: nafsu makan tak tertahan semenjak hujan ni..makan jek keje.. tak berisi jugak badan ni =.=''*

done, penat bebel.. 

adios ^_~

Wednesday, January 2, 2013

Tahun baru?

tahun baru dah menjelma? cuba melompat macam katak sekali.. toing3.. <sungguh takde kaitan> =.=''

tahun baru..yang mana lagi kita tekankan.. sambut awal muharam atau sambut tahun baru masihi.. <owh..cara saya bercakap macam la saya ni baik sangat kan..macam la hati tulus suci murni gitu> oh tidak! pernah tengok drma Islam PTk tak? petang2 tu, kat tv alhijrah.. ni dialog tebek..

   tebek: bapak tebek bilang, usah lihat pada orang yang memperkatakannya, tapi, lihat apa yang diucapkannya.. 

ada satu lagi statement tebek permainkan cairo dan si mamat tu.. tebek cakap macam ni.. kalau belajar banyak-banyak, nanti banyak lupa.. kalau belajar sikit, nanti sikit lupa.. kalau jarang-jarang belajar, jarang lupa.. ohh.. si mamat dan cairo akhirnya terpedaya.. 

try la tengok cerita ni.. in sha Allah, ada la dapat sedikit sebanyak nilai moral berbanding tengok cerita indon tv9 yang zoom muka pelakon tu untuk beberapa minit.. fuh... =.='' bagus tukar channel.. 

berbalik pada sambutan tahun baru, kalian ucap selamat tahun 2013? bagusla kalau macam tu.. raikan tahun baru yekk... tapi satu lagi soalan.. kalian sambut awal muharam? dah berapa tahun hijrah ek? 1434 la cik adik... dah tua dah.. baca doa awal tahun tak? baca doa akhir tahun tak? *manusia mampu berusaha dan selebihnya, tawakal pada Allah* sebelum masuk awal tahun baru, kita mintak Allah jauhkan kita dari segala musibah, bala bencana...

dalam kita ghairah sangat layan tahun masihi ni, tapi terlupa tahun hijrah.. kalian tahu kan bila tarikh kalian dilahirkan bulan masihi? tapi kalian tahu tak berapa haribulan kalian dilahirkan dalam bulan islam? haa.. g cek.. 

tolong.. kita cakap, kita sayang Allah, sayang Nabi.. tolong, fikir sebentar, apa makna sayang tu dalam diri kita... tolong sangat-sangat... kita tahu ungkapa saya cinta awak, dalam bahasa inggeris pun kita tahu.. i love u.. wo ai ni..aishiteru.. saranghae.. amboi.. terer kau.. cuma, kalau suatu hari nanti, tiba-tiba ada mat saleh datang, tanya apa maksud syahadah, nak sebut dalam bahasa melayu? kalau dia paham, kira okay.. kalau tak paham bahasa melayu, konfem cakap bahasa inggeris.. tapi, cuba fikir sejenak... apa ungkapan syahadah dalam bahasa inggeris... 

<wahai hati, bertukarlah engkau menjadi hati emas.. kelak rasa bersyukur dengan apa sahaja situasi yang Allah takdirkan.. jadilah kau hati emas, meletakkan Penciptamu melebihi segala-galanya>

azam saya tahun baru? wahai diri, tolonglah menuntut ilmu al-Quran lagi... tolonglah!!!