Skip to main content

Rajin-rajinkan diri ?

Salam semua..

harini, terasa rajin tangan ni nak kemas bilik.. kesannya, abes la satu bilik tu.. tanpa disedari, encik resdung ni buat hal pulak dah.. sebenarnya, memang bersihkan sebab tahap sensitif hidung berada pada tahap maksimum dah ni.. hidung rasa macam susah nak bernafas, mata gatal, kat dahi pun rasa macam.... oh.. rasa macam nak menangis...stress tahap gaban.. rasa mcam tak nak cakap ngan sesape.. lepas kemas, rasa hidung ni makin teruk.. on komputer, online jap.. cari petua tradisional nak rawat resdung.. hari tu pernah terbeli rokok resdung tu kat giant.. siap bau lavender tu.. lepas maen asap tu, mak aih, try bukak kain rokok tu, tengok kesannya, tak yah cakap la.. mula-mula tu guna sebatang, tak bape menjadi.. sebab takut tengok api tu.. masa tu tak nampak sangat kesan dia.. then guna masa kali kedua, owh, terkedu.. hidung , rasa perit semacam.. ada benda putuh keluar dari hidung.. adik siap cakap, ada mende keluar dari hidung.. adakah kesan asap? entahla..bila bukak kain rokok tu, ada kuning-kuning... hari ni, takde rokok resdung, so cari cara homemade.. google, google, jumpa cara paling senang.. campurkan garam bukit dengan air suam.. bila sedut tu, rasa macam lemas dalam air masin.. serius.. teringat tertelan air masin masa kat pulau dulu kala :) 

petang ni, maen google lagi.. tapi untuk telinga..hari tu pernah dengar yang guna cotton bud tak baik untuk telinga.. nanti ear wax tu masuk dalam telinga.. hari tu terbaca artikel, doktor tu cakap, biar je, nanti ear wax tu akan kering, dia akan jadi debu, dan keluar sendiri.. saya pun sebenarnya tak suka maen korek telinga.. sakit..auchh! then, hari ni google lagi cari cara buang ear wax tu... guna baby oil, titis dalam telinga.. ada banyak cara, ada yang titis 2 3 hari, ada yang main ulang-ulang sehari... tak larat tangan ni nak menaip sume.. sila2 kan menggoogle.. hehehe.. tapi, ada alternatif lain,,... selain guna baby oil tu, boleh guna minyak zaitun.. 

tiba-tiba teringat kalam Allah, Al-Quran.. surah at-tin.. "demi buah tin dan buah zaitun" hari tu lepas mak ngan ayah balik mekah, me sapu banyak-banyak buah tin tu..tapi buah zaitun, tak pernah try.. ayah suka buat ulam.. dia letak sebotol depan dia, dan cakap kat saya, "belajar makan buah zaitun ni" saya pulak, hehe,, senyum, tak perlu kata apa apa...lepas tengok buah zaitun, rasa ingin tahu makin tinggi.. google lagi khasiat buah zaitun... sangat teruja tengok khasiat dia.. percayalah, apa yang disebut dalam al-Quran pasti ada hikmahnya.. jom cari mimnyak zaitun pulak :)

now, im prefer natural product dari barang kimia yang bagai.. bagus sapu lidah buaya kat muka, alang-alang dah banyak sangat aloe vera tu kat luar.. aloe vera pun bagus letak kat rambut, kulit.. cuma tu la, rajin dan malas je.. nak bagi bulu mata cantik pun boleh guna aloe vera...plus, sapu telur putih kat muka.. semalam pun rasa bengang, lepas basuh bilik air, tapi daki kat dinding tu tak tanggal..hari tu tertanya gak, apa yang buat dinding tu jadi macam tu..dah la kaler tiles tu hitam.. bukan sebab kotor ye, tapi memang tiles tu kaler hitam.. hitam kan menawan.. huh! konon.. bila kena sabun kaler putih, terang-terang nampak.. dah banyak kali sental dinding tu.. tapi penat cuba bahan kimia bagai, boleh ampus paru-paru ni.. semalam google lagi, cari cara nak bersihkan dinding tu.. haha.. last-last jumpa.. better guna cuka... daki kat dinding tu, sebab, bahan dari sabun mandi yang kita guna tu haa.. siap kat entri tu pesan, lepas bilik air dah bersih, guna wax kereta sapu kat dinging.. haha... mabeles sungguh... tak yah beli pencuci mangkuk tingkat... pastu try la google jugak kebaikan soda bikarbonat tu untuk tandas,.. kalau nak taip semua kat sini, dah macam buat research, siap kena letak citation bagai.. kalau tak, plagiarism namanye ^.^

*me: nafsu makan tak tertahan semenjak hujan ni..makan jek keje.. tak berisi jugak badan ni =.=''*

done, penat bebel.. 

adios ^_~

Comments

  1. mekkkkkkkkkk........

    mak aiiii..panjangnya pos..heheh.

    ear wax kunun..taik telinga bha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uit..balik tanah tumpah kelahiran dh kan.. xyh nk bha2 sgt la.. wek :P biar la ear wax pn.. hahaha..jeles la tu

      Delete
  2. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...

Solehah

Wardah tersungkur lesu. Berjuang di jalan solehah bukan mudah seperti yang disangka. Ujian hati yang menyapa seolah tahu, hati wardah belum seteguh karang. Ya,salah satu ujian untuk menguji hati, sudah cukup terbaik untuk menguji iman pada diri wardah. Ayat cinta islamik sudah cukup cekap untuk mengetuk hati itu berkecai. Istikharah. Perkataan itu yang dihadiahkan buat imannya yang lemah "Kenapa kau jadi begini? Kenapa hati kau begitu rapuh?", tanya ana. Wardah tertunduk. Periksa hubungan dengan Allah. Tambah Ana lagi. Dia hanya maen kan perasaan kau dgn perkataan istikharah. Dia tak serius. Jauhi dia! Jauhi dia si pendusta setia! Air mata yang bergenang,akhirnya tumpah. Tanpa dipinta. Dia tidak minta untuk dipermainkan. Dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan. Tangannya menggigil. Menahan perasaan di hati. Allah :( Jangan Kau ujiku sesuatu yang tidak mampu untuk ku tanggung. Emosinya berkocak. Umpama lautan tika musim tengkujuh. Pada Allah dia pulan...