Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

The word for today is IKHLAS

salam buat semua dah sebulan blog ni x dibebel. nak kate sibuk, jawabnya, menyibukkan diri :D last week, teman adik ambik result PMR.. debaran tu terasa seolah kita yang sit exam tu :) #hahaha..klise# cikgu dia pulak buat suspen je.. serius.. kita pulak yang cuak.. berbalik pada ikhlas.. cuba kita fikir balik, selama ni kita berbuat sesuatu kerana apa.. kalau berbuat sesuatu hanya inginkan keredhaan manusia, baik kita buangkan ke tepi.. betulkan niat, buat sesuatu kerana Allah dan ikhlas.. #contohnya la, 1) kalau kita mesej wish birthday kawan tiap tiap tahun, tapi kawan langsung tak reply.. apa kita rasa? # kita mungkin dah set dalam kepala, lepas ni aku dah tak nak wish kat dia lagi.. dia langsung tak ingat kat aku.. # #dari sini, cuba muhasabah balik, kita wish sebab nak gembirakan kawan atau ape.. pedulikan dia nak reply ke tak nak.. busy memanjang ke tak.. sayang kredit ke ape.. biarkan.. * yang penting hati kita gembira sebab kita dah wish doa dekat kawan-kawan kita*

Kenapa hamba diuji?

petang kan beransur pergi.. di permulaan jumaat bagi tahun baru ni, minda diketuk lagi.. ya, Alhamdulillah, masih waras.. walaupun tangan rasa seakan nak kepal penumbuk.. patah sebatang gigi pun jadi la.. amboi, taiko nampak! hahaha +klise!+ kenapa saya diuji? sebab, bila saya tak diuji, saya lupa nak sebut nama Dia, ya, Allah Taala.. bila gelak ketawa, dalam hati, xde pun Dia.. bila enjoy tak ingat dunia, lagi la tak ingat Dia.. double triple... huhuhu... ya Tuhan, terima kasih untuk ujian ini...  sesungguhnya Kau Maha Mengetahui atas sesuatu...

fasa baru

diri ini bakal memasuki fasa baru..ye, dunia prasiswazah telah berjaya ditamatkan..alhamdulillah, syukur.. walaupun kadang-kadang, ada badai yang melanda, tak mengapa, itu hanya sebuah perencah kehidupan.. dan akan datang, fasa baru bakal bermula,.. ya, apa yang bakal terjadi di masa hadapan.. seeloknya, bersyukur dengan setiap hela nafas ini... 1433 bakal pergi.. 2102 hanya tinggal sebulan lagi.. perbezaan di antara tahun ini, 1410 dan 1990... satu tu, bakal mencecah 24 tahun lagi beberapa hari.. sedangkan satu tu, bakal mencecah 23 tahun untuk sebulan lagi... <tua dah> ^.^
yang tersimpan rapi itu lebih diidami.. nur pada wajahnya, membuatkan mata tidak betah memandang diiringi bersama mata hati ya, indahnya wanita itu pabila berhijab hijab, cara hidup kita ^.^
terlalu ramai yang mencari harta..  tapi lupa pada pemberi harta... lupa untuk infaq... lupa untuk sedekah..  tak mengapa, waima tak punya wang,  masih punya kudrat yang mampu disedekahkan... sekalipun hanya sebuah senyuman,,, sudah bersyukurkah diri ini pada hari ini? ramai manusia yang bersabar tapi kurangnya mereka yang bersyukur nikmat, andai hilang barulah terkesima ya, kita lupa ucapkan Alhamdulillah tapi percayalah,  hati lebih dan terlebih ralat pabila lidah sudah tidak mampu mengucapkan Alhamdulillah manusia takkan pernah belajar menghargai sehiggalah tika ia pergi  ~muhasabah untuk diri ini ~ ^.^
melihat hanya menggunakan mata kasar,  mungkin kelemahan yang akan terpamer.. melihat menggunakan mata hati, mungkin potensi individu itu dapat dicungkil  ^.~
musim haji menjengah kembali Ya Tuhan, moga aku adalah seorang hamba yang bakal beribadat di rumahMu arghh ralat nya rasa hati bonda dan ayahanda bakal berangkat tidak lama lagi mudah-mudahan mereka selamat sampai dan selamat pulang moga mereka mendapat haji yang mabrur insyaAllah, kami akan sentiasa titipkan doa buat bonda dan ayahanda moga mereka dapat mengerjakan ibadah dengan sebaiknya Ya Tuhanku, Kau kurniakanlah kepada mereka kesihatan yang baik bagi melakukan ibadah ya Tuhanku, Kau rahmatilah mereka Kau ampunilah dosa mereka sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
andai punya cinta di hati biarla ia semulia cinta Fatimah dan Ali kerna diri ini perlukan redha Ilahi moga kita brsama di syurga, bukan hanya duniawi

salam jumaat

salam jumaat buat semua... wah..lamanye x berblogging..bersawan tahap ape dah ni.. heheheh okey, sekarang, latihan industri pn dah abes..alhamdulillah... banyak input yang dapat dari sana... latest news? duk umah goyang kaki.. hehehehe.. dan mengenai filem Rasulullah dihina, sejauh mana kita cakna dengan hal ni? tepuk dada, tanya iman

Kesilapan

# pfft # < ni mungkin antara bunyi yang keluar tika kita melakukakn kesilapan > ~.^ ramai orang belajar dari kesilapan. sama seperti saya. hehehe. tiap-tiap hari saya belajar dari kesilapan. kesilapan salah ambik darah kambing? kesilapan tika memandu? hehehe. tersenyum seorang bila mengingatkan moment2 tu.  salah silap, lumrah dalam kehidupan. ya., mungkin kita akan bazirkan banyak masa, banyak tenaga, dan bazirkan benda2 lain. hanya kerana kesilpan yang kita lakukan. tapi, wajarkah kita sumpah diri sendiri?  emm. terlupa, dalam banyak kesilapan yang dilakukan, kesilapan terbesar pabila meletakkan Allah bukan pada tempatnya. ya, mungkin namaNya tidak pernah terlintas di hati. kadang-kadang terfikir sendiri, solat yang dikerjakan, adakah ia hanya sekadar menunaikan satu kewajipan ataupun niat di hati mendekatkan diri dengan Khaliq? sebenarnya, kesilapan melakukan sesuatu hanya kerana tidak meletakkan Allah di hati, boleh beri impak yang besar. sama seperti rezeki, bila
sekarang, masa memang pantas berlalu. dah seminggu saya berada di rumah. alhamdulillah. home sweet home :) seminggu di rumah, dan dah kena start praktikal. seolah, ia dunia baru bagi saya. saya cuba jugak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. kalau sebelum ni, saya bersama labmate, paling kurang, mereka masih 30 tahun ke bawah. tapi sekarang, saya berinteraksi dengan mereka yang jauh lebih berumur dengan saya. dan seharusnya, memang cara berinteraksi seakan rasa berlainan. ya, saya sedang belajar. sebelum ni, saya kurang berinteraksi dengan orang, tapi sekarang, nak tak nak, saya terpaksa belajar. tempat praktikal sekarang, di pejabat veterinar. hari pertama saya jejakkan kaki di sana, saya timba pengalaman dari seorang pak cik. hm, kata-katanya, bukan omong kosong. ya, saya sedang belajar dari mereka yang makan lebih banyak garam dari saya. hari kedua, saya bertatih lagi untuk memandu. ayah berada di sebelah, seolah-olah, pegawai jpj di sebelah saya. hehe. sebenarnya, mema

Akhirnya

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang buat kali terakhir, saya menaip entri ni di MegaLab :) pejam celik, pejam celik, akhirnya saya dah berjaya habiskan pengajian saya dalam bidang ni. jauh di lubk hati, moga-moga, saya dapat sambung belajar lagi. kalau tak dapat laksanakan Plan A, saya buat Plan B :D nak balik ni, ada banyak aral yang melintang. banyak benda yang tak dapat dilaksanakan dengan baik. runtunnya hati, hanya Allah yang tahu. kalau nak berbicara pasal ujian, saya yakin, ramai lagi yang rasa ujian lebih perit berbanding saya. perjalanan setiap hamba, takkan sama, ya, mungkin sukar untuk saya sambung belajar lagi. tapi tu cita-cita saya. insyaAllah, saya cuba untuk laksanakan dan capai cita-cita tu. hidup, perlu berbaik sangka. berbaik sangka dengan Allah. :) emm. tahun akhir ni, aralnya lain sedikit. tesis dengan cara tesis. praktikal pun sama. nak balik pun sama. same goes with assignment. ya. pelbagai ragam dalam satu masa, susah yang saya rasa.

Sentuhanmu

Terpana aku pada sentuhan keramatmu Mengheret aku mentafsir memori silammu Dulu ku ragu apa terbungkam di benakmu Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu Surut dedarku pada usapan manteramu Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu Keakuran pada tunjuk dan titah arahanmu Oh ayah Tak pernah ku tanya Ke mana tumpahnya keringatmu Oh ayah Tak pernah ku hitung Berapa banyak kerutan di dahimu Yang ku pinta Hanyalah kemahuan hatiku Yang sedaya ayah laksanakan Kau pendorong bukanlah pendesak Apalagi memaksa diriku Aku terlorong bukan terdesak Apalagi rasa terdera Tak terkuis dugaan menduga Apalagi takdir yang menerpa Aku mengharap bukan menolak Apalagi cuba melupa Lestari kasihmu tanpa batasan Sempadan waktu yang memisahkan Abadi hingga ke hujung usia akhirat masa Sentuhanmu amat bermakna

Elephant a.k.a Gajah

sumber gambar pygmy Borneo Tempat asal dan taksonomi Sehingga ke hari ini, dari mana datangnya gajah di Borneo masih menjadi tanda tanya. Adakah ia muncul setelah terevolusi atau ia merupakan hadiah dari Jawa yang dihantar ke Sulu sebagai hadiah? Kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi menyiasat hipotesis tersebut. antara ciri-ciri yang membezakan gajah Borneo dan gajah yang lain ialah ; saiz yang lebih kecil, telinga yang besar, gading yang lurus,  ekor yang panjang.  Sosio-ekologi Gajah merupakan spesis poligini. Poligini boleh mempunyai maksud yang sama seperti poligami. Kiranya, satu jantan, banyak betina. populasi ini mempunyai jumlah gajah betina yang lebih besar berbanding gajah jantan. Hal ini terjadi kerana gajah jantan lebih terdedah kepada jumlah kematian yang lebih tinggi kerana beberapa faktor. gajah jantan memerlukan metabolik yang tinggi bagi mencapai saiz jumlah badan yang besar, dan ini mengakibatkan haiwan ini mengalami tekanan dari segi

Luar Kotak?

luar kotak? apa yang luar kotak? saya nak rujuk kepada cara berFIKIR. kenapa mesti disempitkan pemikiran? entahlah. mungkin cara dididk sebegitu rupa. tak ramai orang boleh berfikir di luar kotak. jangan kita duduk dalam kotak, kita hanya pandai berfikir apa yang ada dalam kotak. tapi cuba berfikir apa yang ada di luar kotak. cara fikir ni harus diubah. supaya menjadi individu yang lebih kreatif. semua perkataan saya pun dalam kotak. tak reti nak hurai macam mana. pfft =.=''
cream mode :) berjalan di fb, dan nampak kawan share gambar ni. hehe. gambar ni, sir yang snap. our first paper for the final exam ^.~ paper ni, sir bagi kami 10 soalan dan masa menjawab, 2 jam. hehehe. masa awal-awal tu, boleh lagi relax. pukul 9.40, saya baru jawab soalan ketiga. duk congak dalam kepala. tak boleh jadi ni. should be, 5 questions for an hour. jawapan yang last, memang tulisan ntah pape. campur pulak kepala ting tong. for the whole night, i cant sleep. cuba lelapkan mata, tapi tak jugak pejam. degil! pasrah je time exam tu. okay. lagi ada 2 kertas yang berbaki. selamat ulangkaji. man jadda wa jada!
“Ya Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku”
Dengan  nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang ahamdulillah, bernafas lagi kita pada hari ni. pertama sekali, mintak sedekahkan al-fatihah buat bapa kepada teman perjuangan saya waktu di SHAMS dulu. al-fatihah. mesej tu,saya terima usai maghrib semalam. tapi, apakan daya, kebetulan masa tu tengah tdo. dapat mesej, terjaga kejap. tengok sekilas, dan fikir nak taip apa. maklumlah, minda separa sedar. yang tak sedar tu lebih menguasai. saya cuma bertanyakan bila. lepas tu saya dah takmampu nak reply. maafkan temanmu ini.  lumrah bagi kehidupan manusia. bila mana punya pertemuan, pasti bertemu perpisahan. tidak ada yang kekal di atas muka bumi ni, melainkan Dia, Allah yang Maha Esa. manakan mampu bagi hambaNya melawan hati yang ralat. kerana kita, hanya seorang hamba. hamba abdi yang terlalu kerdil. yang diciptakan untuk beribadat kepadaNya.  dalam hidup ni, kita rasa kehilangan tu, sebab apa er? sebab kita punya hati? mungkin. ya, sedangkan kita teringatkan orang yang ki

Salam Imtihan

bismillahirrahmanirrahim alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya. pejam celik, dah masuk bulan Jun. ya, saya bakal meninggalkan dunia prasiswazah ini. kelak, saya bakal merinduinya. terlintas dalam kepala, apa la yang Allah dah tentukan buat diri ni lepas ni. ya Rabbi. sekarang, dah masuk bulan peperiksaan. 3 kertas berbaki. <padahal, belum langsaikan satu kertas pn>  ^_^ rasa malas menyelubungi diri. ya, result yang lepas tak seberapa, dalam hati, rasa macam nak mengalah. tapi, bila hati cakap nak mengalah, rasa macam malas, tak nak buat apa-apa. muncul satu suara, berjuang berhabis-habisan. ya, ini merupakan peperiksaan terakhir. mudah-mudahan dengan usaha ini, harap natijah nya lebih baik berbanding sebelum ni. apapun, berusaha, dan tawakal. ya Rabbi. hamba takut. T.T bila berjauhan, rindunya pada keluarga. mungkin, kalau setiap hari berjumpa, takkan punya perasaan ni. saratnya rasa ni. hampir setahun tak jumpa d

Happy Anniversary

to my beloved mom and dad im wishing both of you happy 24th anniversary..it falls on today.. barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma fi khoir ^.^ may Allah bless both of you, mom and dad. with lots of love, im representing this entry on behalf of my siblings lots of gratitude, Fatma Dayana a.k.a. kakak <3
“ chemist used to hear this:element, compound, mixture sense of humour used to hear this:love Love is a compound elements that mixed up to form a compound of love are: ~affection ~bliss ~happiness ~jealous ~madness ~selfish ~self-detemination ~sacrification ~flirt ~irritation ~tears hehe. anything else? i wonder, what types of bond do the love has? is it single bond? double bond? triple bond? then how about the structure? what type of structure does it has? let me used chemdraw first ^.^ ” pfft. merepek. <bahana tengok status entah pape kat fb.hua3>
bila mana hendak marahkkan nyamuk seekor, habis satu kelambu dibakarnya <iklan ^.^ > itu hanya iklan semata-mata. jom, kita selami makna di sebalik surah al-waaqi'ah :) pasang kat telinga, tengok makna, selami. <better berseorangan, sunyi, dan hayati betol2. fokus itu penting> Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang

freedom?

alhamdulillah. dah banyak benda yang dah setel. 30 april, antar projek 2. hehehe. 6 jam kredit tu! tapi saya antar lambat. atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. hilang satu beban lepas antar projek.<mode:submission on project II> 18-19 hb baru ni, p tenom, untuk subjek etnobiologi. rajin la pulak nak main temuramah ni kan^.^ ape la dapat dari sana? moral cerita, nasib baik jantung tak boleh melompat keluar. kalau tak, dah lama mati sebab anjing yang suka buat hal  =.=''(mode:fieldwork on ethnobiology> balik dari tenom, kena buat slide untuk viva. hehe. last minute punye keje. maka, hari selasa yang ditunggu menjelma. pukul 11 dah kuar dari rumah. tunggu bas. dan naik bas. cuak tahap tinggi. tangan sejuk :) sempat la sembang dengan sir bila dah sampai kat kampus. sepatutnye present pukul 2.30 ptg. tapi coursemate abes awl. pukul 2.20. abes present pun pkul 2.40. hehehe. saya tak jadik hibernate. sebab, time present tu agak okay, walaupun tangan sejuk macam ai

puisi

aku lahir di tengah kekacauan manusia di kelilingku hauskan darah  tidak ada lagi kejujuran mereka percaya kepada berhala lebih daripada diri sendiri di Rom Maharaja Romawi menindas rakyatnya Di Parsi Maharaja Parsi paling bongkak buta tuli Di Mekah ramai sudah rosak akhlaknya kita perlukan seorang al-Amin manusia terpuji jujur setia tidak pernah berdusta akalnya tidak dirasuk arak kelakuannya tidak dirasuk syaitan dialah al-Amin ~Umayyah bin ash-Shalt~ saya tinggalkan Lata dan Uzza kerana saya seorang pahlawan yang sabar saya tidak beragama dengan agama Uzza dan kedua anaknya saya juga tidak percaya kedua berhala dari Bani Amru Hubal pun saya tidak suka walaupun ia merupakan agama sewaktu saya masih kecil saya menyembah Tuhan Maha Pemurah supaya Dia mengampunkan dosa saya yang banyak takutlah kamu kepada Allah peliharalah Dia bila kamu pelihara ini selamat dari binasa orang yang berbakti negerinya syurga orang yang

Kenapa

kenapa saya menaip? kenapa saya punya perjalanan di blogspot? kenapa saya punya perjalanan di tumblr? kenapa saya punya diari, Mr.Diary? supaya, saya boleh baca tulisan saya, supaya saya sentiasa muhasabah diri, supaya saya tengok dan belajar dari kisah silam, supaya saya belajar untuk tidak masuk ke lubang ular dan dipatuk buat kali kedua, supaya saya mengingatkan diri, bila mana tiada yang mahu mengingatkan saya, supaya saya dapat membebel sesuka hati, sesedap rasa, sesuai bicara ^.^ supaya saya boleh lepaskan tekanan, supaya saya boleh luahkan perasaan, kerna melalui satu ayat, satu perkataan, punya maksud tersirat, bila saya start menulis,? tika di bangku sekolah, darjah tiga, saya menconteng diari. pada mana ketika itu, ia hanya sebuah buku log <hehe.padahal saya dah start conteng sofa masa kecik> p/s:rahsia ^.~ bila mana saya tak nak orang lain dapat baca, saya tindih huruf tersebut, bahasa kat sini, kasi bertimpak-timpak jak :) dan last-last

coret-coret

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang segala puji bagiNya Tuhan yang mentadbir sekalian alam. sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan dan Dia lah yang mematikan. tika dunia tu terasa gelap gelita, ya, Dia masih bersama. semalam, saya terbaca artikel ustaz hasrizal mengenai cinta. hehehe. *ketuk minda* dalam kehidupan kita seharian, kita terbiasa melakukan perkara yang tak biasa. dan dari situ, terbitlah keterbiasaan. *banyak sangat dalam kepala yang tak terluah, tak mampu nak diluahkan,sampai hidup jadi kontang kanting, ayat berterabur sana sini* bila jalan-jalan, terpandanglah gambar model calvin klein.<..oopppsss> kenapa saya tak mampu nak mintak empunya kedai tu, turunkan gambar berkenaan.maaflah.kedai anda terletak pada bahagian depan.dan betol2 dekat dengan tangga.model anda,sangat terseksi.terseksi di pasaran.tak mustahil satu hari nanti,kedai lain pun buat gaya macam model tu buat. *istighfar* siesla, mmg aku boikot!keke.padahal memang tak beli pn.pfft
bismillahirrahmanirrahim apa khabar hati? apa khabar rindu? jangan main assalamualaikum cinta, waalaikumsalam rindu, sudah la.. ^.~ cepatnya masa berlalu.. awal mei dah menyapa.. pejam celik, nanti sampai pertengahan, pastu jumpa penghujung. pastu, masuk bulan jun. hehe. hidup. isi dengan kesibukan, masa berlalu pun tak sedar. pagi semalam, saya online. bukak fb. dan tengok status beliau. kenapa dengan akhbar berkenaan? isu apa? saya terkejut dengan gambar berkenaan. apa yang nak ditunjuk? membuka aib? nak menunjukkan siapa bakal pemimpin? begitu ke caranya? apa yang dibuatnya? saya memikirkan si cilik. sya memikirkan mereka yang masih di bangku sekolah. apa yang bakal jadi pada pemikiran mereka? ini bakal pemimpin aku atau apa yang orang tu tengah buat? dunia sekarang, dunia teknologi. segalanya terletak pada hujung jari. kalau di google nya apa mereka buat tu? apa nak jawab? cukup lah kepincangan yang dah ditunjukan pada sekeliling mereka. ingat akhbar lucah? ini bukan mimp
dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang hari ni, cuti...wink2 ^.~ alhamdulillah.. hari ni Tun M datang kat DC. tapi, saya pun tak pergi. hehehe. semalam, dalam jam 3 lebih waktu pagi, maka blackout la di sini. ingatkan kat kampus ada electric current. tapi kkat kampus pn xde. semalam, kiranya dah bercuti separuh hari. yela,. panas kot. pejabat yang tertutup, bagus duk kat luar. dan semalam, kira sunyi je la. sama la dengan kami. macam x produkif. sebab xde current. pkul 11 lbey, tgh hari baru ada. dan hari ni, pn sama. dalam pukul 12, tengah duk layan lappy, lampu terpadam. disusuli laptop. lalu, putaran kipas makin memperlahankan diri. lalu terhasillah, coco crunch!nyum3 <merepek> duk pikir, nak buat ape la ni..em..pikir, pikir. last2, saya tarik lagi buku HIJRAH tu. thumbs up! hari ni, dah masuk sejarah kelahiran Nabi hingga Nabi berumur 20 tahun. saya pun macam ter 'drag' sama dalam novel ni. macam memerhati dari jauh. ntah bape bab yang dibaca, c
hari tu, bila ada gempa bumi, dengan skala yang besar, boleh akibatkan tsunami. tapi, dengan izin Allah, Dia masih izinkan hambaNya bertaubat. percayalah. Dia masih berikan kita peluang untuk bertaubat. pernah dulu, ayah bawak kami adik beradik. dan duduk kat tepi pantai. masa tu, malam,. gelap. tapi kat tepi pantai, macam-macam gaya yang saya lihat. ya. saya hanya tengok dan pandang. tanpa ada reaksi. ayah bawak kami, jauh dari mereka. memang mereka takde. saya tengok ombak. bila dengar deru ombak tu, terasa tenang. subhanallah. "air ni, kita boleh bermain dengan dia. tapi, air ni, tentera Allah. Dia tak perlukan tentera lain. cukup ombak besar, mampu untuk buat segala-galanya musnah. ya. sekelip mata.", ayah. sampai sekarang, saya ingat ayat tu. bila saya tengok laut, saya teringatkan benda yang sama. ya. setenang air di lautan, ia mampu menggugah bumi yang ditanggung. angin sepoi-sepoi bahasa yang selalu kita nikmati juga askarNya. kita lupa, dunia ni, hanya pinjaman
satu pengumuman dibuat.. ya, saya tak salahkan pengumuman tersebut. tapi, tiba-tiba, satu cerita lain yang muncul di sebalik pengumuman tu. komunikasi di antara akhi dan ukhti ni, menimbulkan spekulasi. siapa yang dimaksudkan? sebenarnya, saya terasa. bila si ukhti sebut, si........ okay, isikan tempat tersebut. saya tak tunding jari pada orang lain. saya nak cakap kat sini, kalau benar orang tu adalah saya, moga Allah mengampunimu. 
kita tidak seperti umat yang dulu. ya, kita terlalu berlengah. berlengah dengan waktu. ya, kita selalu mengingatkan diri sendiri, argh.. lambat lagi mati. muda lagi belajar pun tak habis lagi kenapa dengan saya? em. kenapa dengan saya ya. belilah buku hijrah karangan abdul latip talib bermula dari kisah hadapan bermula dari pergerakan hijrah terima kasih sahabat kerana saya telah mengenali penulis tersebut terima kasih sahabat bila saya baca kisah-kisah yg ditulis tergambar di minda saya ya Rabbi takut, gerun permulaan cerita, mengisahkan Abu Jahal maaf, saya baru baca sket masih mencari masa yang betul-betul lapang supaya terkesan di hati percayalah, Islam yang ada pada diri kita hari ni telah disebarkan beribu tahun lamanya bukalah buku sejarah cubalah selami penderitaan yang dialami tak pun, dengar lagu Hamzah Asadullah kalau kita Islam, kita kena percaya, syurga dan neraka itu pasti dosa dan pahala itu pasti kita kena percaya, kita diciptakan oleh

copy paste 3

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah. 1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. 7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

copy paste 1

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.” Riwayat Abu Daud
bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah..sempat lagi mencoret.. jari ni terasa nk menari kat keyboard ni.. hehehe.. alhamdulillah.. dah habis test.. lagi tinggal satu, bulan 5 ni.. lepas tiga paper.. fuhhh..leganya...boleh tarik nafas sket.. sekarang, dah boleh tumpu untuk projek tahun akhir.. huhu.. stress.. tension.. <erk..bukankah sama je?> paper etno, ada la saya study.. wah.. tak sangka sir bagi msuk sekali dengan nama saintifik pokok ngn compound dia.. memang hebat la soalan sir ni. tabik ('',)\ hehehe.. okay la.. saya letak je apa yang mampu, apa yg saya ingat time sir yg sebelum ni mengajar.. <p/s:sir yang laen2 ni..> utk wildlife plak, hehe..not bad.. dan utk paper tadi, sebenarnya saya tak membaca habis pun.. ooopppsss.. kantoi.. sebab? otak dah tepu.. saya duk tengok undang2 tu banyak sangat... tambah pulak, sakit dna terpaksa makan ubat.. dapat paper je tadi, fuhh... lega..mostly, general question.. tak banyak berkait dengan nota.. sama la macam wildl
fieldtrip cancel..2 test done..1 test pending..will be settled by tomorrow.. P/S:pentarbiyahan dalam hidup seorang insan atau manusia adalah lumrah dan wajib ^.^
saya tak rasa dapat straight "A" tu dapat menjanjikan akhlak seseorang tu pun dah straight "A"..cultural shock adalah.FULLSTOP!
tiba-tiba, buat keje jahat.ada sekor lipas ni,masuk dalam plastik,dan saya pun ikat.<intentionally>.lepas beberapa jam, tengok keadaan dia.belum mati lagi?dia dah menunjukkan tanda-tanda stress.membuang najis.ini lah yang selama ni kami duk perhatikan pada haiwan-haiwan ni.biasanya serangga.bila duk pikir, kesian.lambat pulak dia mati kalau macam tu.kan dah menyeksa binatang namanya.cakap kat kawan, jaha plak aku.okayla.before stat study ni, bukak la balik ikatan tu.selamat la kuar wahai encik lipas.encik ke puan.ntahla.selamat bergembira.dah2.study2. p/s:otak tepu.tapi paksa jugak.wassalam
every time u feel like u cannot go on u feel so lost n dat u so alone all see is night and darkness all around u feel so helpless u cant see which way to go dont despair n never lose hope coz Allah is always by yourside inshaAllah, inshaAllah, inshaAllah u will find your way turn to Allah is never far away put your trust to Him oo Ya Allah guide my step dont let me go astray <dah...sampai sini je..x mampu nak menaip lagi> moga ketemu lagi

no entry

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dah tengah malam dah tika saya menaip entri ni....alhamdulillah, harini, beberapa kekusutan terlerai...subhanallah...alhamdulillah...Allahuakbar...subhanallah wa bihamdihi subhanallahil 'azim... dalam sibuk duk layan duniawi ni, alhamdulillah, masih sempat berbicara denganNya..ya...Dialah pencipta segala yang ada di langit dan di bumi. ralatnya saya sebagai hambaNya. Takde masa nak muhasabah diri sendiri. Tido pn, baca doa, terus terbang alam mimpi. Kadang-kadang, dalam tandas duk muhasah. Nasib baik ada masa. Kalau tak, macam bangkai la hidup ni. kita hidup atas dunia ni, atas tujuan apa ye? Sebagai seorang pelajar semata-mata? Ya. Kita boleh jadi pelajar semata. Tapi kita akan abaikan tanggungjawab yang lain. Masa tu, mungkin kita berjaya. "Wah, aku dapat 4 flat". " Wah, gempaknya result aku". Tapi, kita tak boleh lupa pada yang mentadbir bumi ni. Bukan kita yang tadbir bumi ni. Bukan manusia yang t
dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... tika dirimu perlukan teman untuk berbicaralah, dirikanlah solat... tika dirimu resah dan gelisah, alunkanlah kalamNya... tika dirimu berhajat akan sesuatu, dirikanlah solat hajat... tika dirimu hanyut dan perlukan keampunan darinya, hubungi talian solat taubat tika kau punya kegelisahan, dilema untuk memilih, kau punya solat istikharah... tika kau inginkan dilimpahkan rezeki yang berkat, kau punya solat Dhuha.... tika kau ingin memujiNya, kau punya solat sunat tasbih...... tanpa kau sedar, kau tenang tika berbicara denganNya tanpa kau sedar, Dia telah menjawab persoalanmu melalui kalamNya tanpa kau sedar, soalan soalan yang masih belum terjawab, masih punya jawapannya.. namun Dia mengajar supaya dikau bersabar.... cuba renungkan, Allah itu Maha Penyayang... Dia Maha Mengetahui atas sesuatu,.... berbaik sangkalah pada Allah, dan jangan sesekali berpaling dariNya... ~peringatan untuk diri