Skip to main content

Akhirnya

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

buat kali terakhir, saya menaip entri ni di MegaLab :)

pejam celik, pejam celik, akhirnya saya dah berjaya habiskan pengajian saya dalam bidang ni. jauh di lubk hati, moga-moga, saya dapat sambung belajar lagi. kalau tak dapat laksanakan Plan A, saya buat Plan B :D

nak balik ni, ada banyak aral yang melintang. banyak benda yang tak dapat dilaksanakan dengan baik. runtunnya hati, hanya Allah yang tahu. kalau nak berbicara pasal ujian, saya yakin, ramai lagi yang rasa ujian lebih perit berbanding saya. perjalanan setiap hamba, takkan sama, ya, mungkin sukar untuk saya sambung belajar lagi. tapi tu cita-cita saya. insyaAllah, saya cuba untuk laksanakan dan capai cita-cita tu. hidup, perlu berbaik sangka. berbaik sangka dengan Allah. :)

emm. tahun akhir ni, aralnya lain sedikit. tesis dengan cara tesis. praktikal pun sama. nak balik pun sama. same goes with assignment. ya. pelbagai ragam dalam satu masa, susah yang saya rasa. tanpa ujian ni, saya takkan belajar. alhamdulillah, Allah beri jugak saya ujian. walaupun sebenarnya saya rasa perit.

24 jun, dah berlalu. dan dah 2 tahun, saya bangun dari kenangan masa silam. single is a freedom :)

hari ni, saya cuba untuk selesaikan beberapa benda yang belum diselesaikan.hantar tesis. kemas lab. ambik gambar :) kemas barang. dan esok, saya akan berangkat pulang. setahun tak berjumpa keluarga.

lepas 3 tahun di Sabah, banyak benda yang saya belajar. pahit manis, takkan saya lupakan. dan buat kawan-kawan, terima kasih :)

<hehe.mulut saya, ada masa tak pandai berenti.membebel je keje dia.masa perpisahan bakal menyapa.entah bila kia kan berjumpa lagi.jaga diri kalian :) >

Comments

Popular posts from this blog

Pelik Tapi Benar

Dunia hari ini yang pelik. Yang dekat tidak diambil pusing. Atau mungkin diambil pusing. Cuma kurang. Mungkin mereka yang mengadu sakit di muka buku lebih diketahui berbanding dengan jasad yang berada di sekeliling yang pucat lesi. Ajaib sungguh dunia ini. Newsfeed di refresh berulang kali. Ajaib. Tapi jasad di sekeliling bosan bertanya soalan yang sama. Dunia teknologi ini kadang membuatkan orang take for granted

Ada masa

Ada masa ada ketika, terasa seakan ingin berhenti. Kadang terfikir adakah doaku sudah dimakbulkan? Buku appoinment yang belum habis lagi membuatkan sedikit serabut otak ini. Ya. Kali ini aku diuji bertubi tubi. Melihatkan dua orang putera ini, air mata tak payah mintak menitis. Confirm jatuh sendiri. Andai ummi pergi dulu, andai doa ummi yang dulu dulu dimakbulkan Tuhan, jaga diri kalian. Percayalah sepenat mana ummi jaga kalian, segarang mana ummi marah kalian, maaf kan ummi. Kerana ummi tak pernah jadi yang terbaik buat kalian. Cuma ummi harap ada sedikit kebajikan dan kebaikan yang ummi lakukan moga menjadi timbangan di neraca mizan. Ummi sayang Faqih dan Fateh

Appreciate

Bila mana saya pernah ditanya sebegini oleh anak saudara "Apa kita nak buat kalau orang tak hargai kita?'' Dia masih penuntut di sekolah rendah, tetapi soalan itu yang diajukan. Saya fikir, orang dewasa lebih memahami atau mengerti rasa tu. Ye la, kadang kadang, seseorang yang masih berumur seperti beliau, lebih memilih untuk tidak menghiraukan. Bukan maksud saya di sini, dia seorang yang berkecil hati.  Bila difikirkan balik, otak saya hanya fikir satu benda. Tak kira seseorang itu dah matang atau pun tidak, sebagai manusia normal atau pun dengan erti kata lain, fitrah manusia, ingin rasa dihargai. Mungkin expectation kita, selepas apa yang kita lakukan, kita berharap orang akan menghargai sesuatu yang kita sumbangkan. Mungkin walau sekadar penzahiran rasa kasih sayang.  Jawab saya, "Jangan terlalu bersedih bila kita tidak dihargai. Tapi, bersedihlah tika mana kita tidak menghargai diri sendiri." Dia mengangguk, mungkin faham di sebalik ...