Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang
ahamdulillah, bernafas lagi kita pada hari ni. pertama sekali, mintak sedekahkan al-fatihah buat bapa kepada teman perjuangan saya waktu di SHAMS dulu. al-fatihah. mesej tu,saya terima usai maghrib semalam. tapi, apakan daya, kebetulan masa tu tengah tdo. dapat mesej, terjaga kejap. tengok sekilas, dan fikir nak taip apa. maklumlah, minda separa sedar. yang tak sedar tu lebih menguasai. saya cuma bertanyakan bila. lepas tu saya dah takmampu nak reply. maafkan temanmu ini.
lumrah bagi kehidupan manusia. bila mana punya pertemuan, pasti bertemu perpisahan. tidak ada yang kekal di atas muka bumi ni, melainkan Dia, Allah yang Maha Esa. manakan mampu bagi hambaNya melawan hati yang ralat. kerana kita, hanya seorang hamba. hamba abdi yang terlalu kerdil. yang diciptakan untuk beribadat kepadaNya.
dalam hidup ni, kita rasa kehilangan tu, sebab apa er? sebab kita punya hati? mungkin. ya, sedangkan kita teringatkan orang yang kita benci, orang yang dicintai, memng confirm la kita ingat. hati ni terdetik untuk menulis entri ni, bila mana seorang sahabat saya share post di wall saya. maaf. tak mampu saya membebel panjang di sana. saya tolong bebel di sini ya, cik munirah :)
Allah telah berfirman :
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Surotul Baqarah: 155-156
ayat ni, selalu bermain dalam kepala. alhamdulillah, berkat belajar I'dadi dulu. tipu la kalau saya tak rasa kehilangan. tak rasa lemah. tipu je semua tu. <dan sekarang, saya duk mengira hari, 2 tahun yang berjaya saya tempuh> hehe.out of topic. mula-mula sekali, saya nak cakap, kalau kita buat sesuatu, biarlah kerana Allah. andai perhubungan antara manusia yang dibina tu tersasar, tajdid balik niat. ikhlas kerana Allah. insyaAllah, lepas tu, apa pun rasa yang datang dalam diri, kita takkan rasa berseorangan. hidup biar berpaksikan iman dan taqwa. ^_~ kalau nak kata dekat saya, "argh, boleh lah awak cakap besar, tak kena batang hidung sendiri" hehehe. saya pernah kehilangan, tapi mungkin ceritara kita berbeza, dan cara untuk mengendalikan pun berbeza. bila paksi utama dalam hidup, iman dan taqwa, insyaAllah, cara untuk kita kelola masalah tu, tak segila orang yang gila.
pernah saya baca, ada orang bertanya pada UAI, ustaz, macam mana kita nk ubat hati selepas berpisah? ustaz jawab macam ni. "kalu selipar kita hilang pun kita ingat, apatah lagi orang yang kita sayang" hehe. lebih kurang macam tu la ayat ustaz. ada betul ka tarak? jawab ustaz, berzikir, ingat Allah sokmo :) ya, dengan mengingati Allah, hati kan lebih tenang. kalau fikirkan solusi secara logik, beli je la kan selipar baru, masalah pun selesai. tapi,agak-agak, kita ingat ke tak selipar lama kita? paling sikit pun, mesti kita akan ingat.
sama la macam manusia, ada orang, cari cinta pengganti. tu normal hidup manusia spesis homo sapien ni. cuma bezanya, kalau tinggalkan cinta sebelum nikah, insyaAllah, dapat cinta selepas nikah. "tinggalkan yang haram, nescaya kamu akan dapat yang halal" kita bina diri kita dulu. tarbiyah diri. cara penyelesaian dengan mencari pengganti yang baru, bukan sebaik-baik penyelesaian. bukan, kita berkemungkinan akan hadapi masalah yang sama. sampai bila kita nak masuk lubang ular dan dipatuk dua kali? sampai mati? mungkin dengan cara admire, tu lebih baik. tu bagi pendapat saya. insyaAllah, penggantinya, Allah akan ganti dengan cinta selepas nikah. tu yang lebih manis.
buat masa sekarang, perbetulkan niat.Lillahi Taala. pastu dekatkan diri dengan Dia. saya perlu akur kat sini, sepanjang masa perubatan hati tu, sedikit sebanyak hati masih rasa ralat. baca al-Quran. hayati, dan fahamkan. panjang tu surat cinta dari Dia. hehe. manusia pun takkan buat surat cinta setebal tu. cintaNya Dia pada hamba. cari kawan yang boleh mengingatkan. kawan yang buat kita rasa terpesona dengan dunia, mungkin ramai. mengatasi masalah dengan hiburan. tapi saya tak rasa tu akan buat hati tenang. kunci ketenangan " 'ala bizikrillah, tatmainnal qulub " solat taubat, solat hajat, mintak Allah hilangkan rasa sedih. " Allahumma inni a'uzibika minal hammi wal hazan " insyaAllah, nanti lama-lama, awak akan tenang.
saya masih punya telinga untuk mendengar. maafla, dah lama tak update khabar dari kawan-kawan. maaf sangat-sangat. tanggungjawab pelajar tahun akhir, tak seperti tahun pertama dan kedua dulu. hinggakan tido pun saya dah tak mampu. jadual makan saya pun dah merapu. berat badan pun dah turun. hahaha. saya kurang toleransi bila jadual tido saya macam ni. kadang-kadang, rasa macam nak marah semua orang. saya cuba bagi jadual hidup ni teratur, mudah-mudahan dipermudahkan olehNya. feel free to share with me. insyaAllah, nanti saya habis, kita jumpa di kampung ye.
wassalam, salam sayang dari perantauan ^_~
Comments
Post a Comment