AHLAN WASAHLAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Tuesday, June 26, 2012

Akhirnya

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

buat kali terakhir, saya menaip entri ni di MegaLab :)

pejam celik, pejam celik, akhirnya saya dah berjaya habiskan pengajian saya dalam bidang ni. jauh di lubk hati, moga-moga, saya dapat sambung belajar lagi. kalau tak dapat laksanakan Plan A, saya buat Plan B :D

nak balik ni, ada banyak aral yang melintang. banyak benda yang tak dapat dilaksanakan dengan baik. runtunnya hati, hanya Allah yang tahu. kalau nak berbicara pasal ujian, saya yakin, ramai lagi yang rasa ujian lebih perit berbanding saya. perjalanan setiap hamba, takkan sama, ya, mungkin sukar untuk saya sambung belajar lagi. tapi tu cita-cita saya. insyaAllah, saya cuba untuk laksanakan dan capai cita-cita tu. hidup, perlu berbaik sangka. berbaik sangka dengan Allah. :)

emm. tahun akhir ni, aralnya lain sedikit. tesis dengan cara tesis. praktikal pun sama. nak balik pun sama. same goes with assignment. ya. pelbagai ragam dalam satu masa, susah yang saya rasa. tanpa ujian ni, saya takkan belajar. alhamdulillah, Allah beri jugak saya ujian. walaupun sebenarnya saya rasa perit.

24 jun, dah berlalu. dan dah 2 tahun, saya bangun dari kenangan masa silam. single is a freedom :)

hari ni, saya cuba untuk selesaikan beberapa benda yang belum diselesaikan.hantar tesis. kemas lab. ambik gambar :) kemas barang. dan esok, saya akan berangkat pulang. setahun tak berjumpa keluarga.

lepas 3 tahun di Sabah, banyak benda yang saya belajar. pahit manis, takkan saya lupakan. dan buat kawan-kawan, terima kasih :)

<hehe.mulut saya, ada masa tak pandai berenti.membebel je keje dia.masa perpisahan bakal menyapa.entah bila kia kan berjumpa lagi.jaga diri kalian :) >

Tuesday, June 12, 2012

Sentuhanmu

Terpana aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam di benakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuran pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah
Tak pernah ku tanya
Ke mana tumpahnya keringatmu
Oh ayah
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta
Hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
Apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
Apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhirat masa
Sentuhanmu amat bermakna

Monday, June 11, 2012

Elephant a.k.a Gajah



sumber gambar

pygmy Borneo

Tempat asal dan taksonomi

Sehingga ke hari ini, dari mana datangnya gajah di Borneo masih menjadi tanda tanya. Adakah ia muncul setelah terevolusi atau ia merupakan hadiah dari Jawa yang dihantar ke Sulu sebagai hadiah? Kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi menyiasat hipotesis tersebut. antara ciri-ciri yang membezakan gajah Borneo dan gajah yang lain ialah ; saiz yang lebih kecil, telinga yang besar, gading yang lurus,  ekor yang panjang. 

Sosio-ekologi

Gajah merupakan spesis poligini. Poligini boleh mempunyai maksud yang sama seperti poligami. Kiranya, satu jantan, banyak betina. populasi ini mempunyai jumlah gajah betina yang lebih besar berbanding gajah jantan. Hal ini terjadi kerana gajah jantan lebih terdedah kepada jumlah kematian yang lebih tinggi kerana beberapa faktor. gajah jantan memerlukan metabolik yang tinggi bagi mencapai saiz jumlah badan yang besar, dan ini mengakibatkan haiwan ini mengalami tekanan dari segi pemakanan dan penyakit. Antara faktor lain ialah, persaingan antara gajah jantan itu sendiri. 

Taburan

kebiasaanya, haiwan ini dijumpai pada kawasan yang bertanah rendah kerana ia memudahkan pergerakan haiwan tersebut. 




Luar Kotak?

luar kotak? apa yang luar kotak? saya nak rujuk kepada cara berFIKIR.

kenapa mesti disempitkan pemikiran? entahlah. mungkin cara dididk sebegitu rupa. tak ramai orang boleh berfikir di luar kotak. jangan kita duduk dalam kotak, kita hanya pandai berfikir apa yang ada dalam kotak. tapi cuba berfikir apa yang ada di luar kotak. cara fikir ni harus diubah. supaya menjadi individu yang lebih kreatif.

semua perkataan saya pun dalam kotak. tak reti nak hurai macam mana. pfft =.=''

Friday, June 8, 2012

cream mode :)

berjalan di fb, dan nampak kawan share gambar ni. hehe. gambar ni, sir yang snap. our first paper for the final exam ^.~

paper ni, sir bagi kami 10 soalan dan masa menjawab, 2 jam. hehehe. masa awal-awal tu, boleh lagi relax. pukul 9.40, saya baru jawab soalan ketiga. duk congak dalam kepala. tak boleh jadi ni. should be, 5 questions for an hour. jawapan yang last, memang tulisan ntah pape. campur pulak kepala ting tong. for the whole night, i cant sleep. cuba lelapkan mata, tapi tak jugak pejam. degil! pasrah je time exam tu. okay. lagi ada 2 kertas yang berbaki. selamat ulangkaji. man jadda wa jada!
“Ya Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku”
Dengan  nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

ahamdulillah, bernafas lagi kita pada hari ni. pertama sekali, mintak sedekahkan al-fatihah buat bapa kepada teman perjuangan saya waktu di SHAMS dulu. al-fatihah. mesej tu,saya terima usai maghrib semalam. tapi, apakan daya, kebetulan masa tu tengah tdo. dapat mesej, terjaga kejap. tengok sekilas, dan fikir nak taip apa. maklumlah, minda separa sedar. yang tak sedar tu lebih menguasai. saya cuma bertanyakan bila. lepas tu saya dah takmampu nak reply. maafkan temanmu ini. 

lumrah bagi kehidupan manusia. bila mana punya pertemuan, pasti bertemu perpisahan. tidak ada yang kekal di atas muka bumi ni, melainkan Dia, Allah yang Maha Esa. manakan mampu bagi hambaNya melawan hati yang ralat. kerana kita, hanya seorang hamba. hamba abdi yang terlalu kerdil. yang diciptakan untuk beribadat kepadaNya. 

dalam hidup ni, kita rasa kehilangan tu, sebab apa er? sebab kita punya hati? mungkin. ya, sedangkan kita teringatkan orang yang kita benci, orang yang dicintai, memng confirm la kita ingat. hati ni terdetik untuk menulis entri ni, bila mana seorang sahabat saya share post di wall saya. maaf. tak mampu saya membebel panjang di sana. saya tolong bebel di sini ya, cik munirah :)

Sunday, June 3, 2012

Salam Imtihan

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya.

pejam celik, dah masuk bulan Jun. ya, saya bakal meninggalkan dunia prasiswazah ini. kelak, saya bakal merinduinya. terlintas dalam kepala, apa la yang Allah dah tentukan buat diri ni lepas ni. ya Rabbi.

sekarang, dah masuk bulan peperiksaan. 3 kertas berbaki. <padahal, belum langsaikan satu kertas pn>  ^_^
rasa malas menyelubungi diri. ya, result yang lepas tak seberapa, dalam hati, rasa macam nak mengalah. tapi, bila hati cakap nak mengalah, rasa macam malas, tak nak buat apa-apa. muncul satu suara, berjuang berhabis-habisan.

ya, ini merupakan peperiksaan terakhir. mudah-mudahan dengan usaha ini, harap natijah nya lebih baik berbanding sebelum ni. apapun, berusaha, dan tawakal. ya Rabbi. hamba takut. T.T

bila berjauhan, rindunya pada keluarga. mungkin, kalau setiap hari berjumpa, takkan punya perasaan ni. saratnya rasa ni. hampir setahun tak jumpa dengan mereka. ya Allah. saya jumpa mereka dalam mimpi. tadi, mimpikan tok. rindunya hati ni.

wahai hati, bersabarlah. takkan kau kenal erti rindu jika tidak diselami penderitaan yang ditanggung.

salam imtihan buat semua. mudah-mudahan, semua kawan-kawan saya dapat keputusan yang cemerlang dan dapat konvo dengan gembira :)

<saya tak nak konvo.mungkin jatuh 20,21,22 hb 10. tapi raya haji jatuh 26 hb 10. keluarga semua semangat nak makan angin kat sini. tapi, result saya? result saya tak layak untuk dibanggakan. dilema>