AHLAN WASAHLAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Friday, October 29, 2010

MENJADI DIRIKU

tak seperti bintang di langit
tak seperti indah pelangi
kerna diriku bukanlah mereka
ku apa adanya

wajahku kan memang begini
sikapku jelas tak sempurna
ku akui ku bukanlah mereka
ku apa adanya

menjadi diriku dengan segala kekurangan
menjadi diriku atas kelebihanku

terimalah aku
seperti apa adanya
aku hanya insan biasa tak mungkin sempurna
tetap ku bangga atas apa yang ku punya
setiap waktu ku nikmati
anugerah hidup yang ku miliki

MUJAHADAH ITU

updating...yeay!! hehehehe..alhamdulillah...skrang tym utk update blog...kesibukan yang teramat + kepenatan yang ter'over' + beban yg tlalu berat + ujian yg talu mencabar kewibawaan. praise to Allah...because HE still with me..now on, i know, what i'm doing, will gve da effect on my own future. skrg, otak tgh pk dgn waras..ape yg blaku pd mse lpas dan kesediaan diri ini menghadapi apa yg bkal blaku pd masa dtg...krna ku rasakan apa yg dilakukan itu btul, makanya...ntahla...heh..merepek la...tnpa mngenali kaum Adam, mgkin akan tertipu dgn mereka pd msa hdapan..hohoho..kaum Adam...tlg la...jgn tukarkan wanita itu menjadi seburuk2 perhiasan....

mlm ni hti sedikit tenang..bukankah dengan mengingati Rabb mu itu, hati menjadi tenang?..tepuk dada, tny iman...hati still under 'perubatan' punye period...tym to delete all of da virus...MUJAHADAH!!!2 la jwpan utk cik fatma yep...

i jz read from iluvislam.com. something bout mujahadah...


3 tingkatan manusia dalam usaha memerangi nafsu
1. terus menyerah kalah
2.sedang dan sentiasa berperang
3.orang yang telah menang

i choose no. 2..hohoho..not 1...even rse tbeban di dunia, biarlah ringan di akhirat,...apakah bhasa sastera itu wahai pelajar biologi pemuliharaan?dunno..nnt tny proboscis monkey...

Prinsip asas dalam melawan hawa nafsu
1.menahan @ menyekat sumber kekuatannya
2.membebankan nafsu itu dengan ibadah
3.berdoa minta bantuan Allah utk menewaskannya

Langkah2 jalan mujahadah
1.belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya
2.membina kesedaran dan keazaman yang tngi
3.mempratikkan ilmu
4.terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya


well,,..tpuk dada tanya iman..bersama kita berhijrah...takbir.
Allahuakbar

Wednesday, October 20, 2010

PERKONGSIAN...

Kenikmatan Dalam Halal, Keazaban Dalam Haram
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : Lukhman Al-Yusufi
Editor: KAKLONG




Oleh: Lukhman Abd. Taib
www.DaieSiber.blogspot.com


Sepasang kekasih tanpa ikatan sah erat berpegangan tangan berjalan di tebingan sungai. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam di tebingan sungai, sambil membiarkan badan dipukul oleh angin sepoi-sepoi bahasa.


Setelah penat berjalan, mereka pun duduklah di gerai yang tersedia, berbual mesra saling tak tumpah seperti pasangan yang baru berkahwin (padahal mereka belum pun disatukan dalam ikatan yang halal). Bercanda, bergurau, bermanja. Sehinggakan minum pun satu gelas dua straw. Makan pula, saling menyuap.


Lebih mengejutkan dan menyedihkan, ibu bapa di rumah duduk tanpa sebarang rasa resah dan gelisah. Tidak kelihatan bimbang di wajah mereka apabila anak keluar berdua-duaan. Yalah, keluar di khalayak, apa nak dirisaukan? Namun, tanpa mereka ketahui, yang bersama anak mereka ialah syaitan yang akan merosakkan anak Adam.


Beginilah imej remaja berpacaran yang biasa kita temui di luar. Alangkah sedih dan pilu hati mengenangkan remaja yang telah diracuni pemikiran dan dikaburi pandangan mereka tentang cinta. Bagi mereka, cinta itu satu jalan ke arah perkahwinan.


Padahal, di dalam Islam, perkahwinan itu jalan ke arah cinta.


Islam Membimbing Fitrah


Insan mana yang tidak ingin mengasihi pasangannya dan dikasihi oleh pasangannya? Percayalah, tiada satu insan pun di dalam dunia ini yang bersifat sedemikian, melainkan mereka yang kecewa dengan ketentuan Allah SWT. Firman Allah SWT: “Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan …” (Surah Aal ‘Imran ayat 14)


Firman Allah SWT lagi: “Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum ayat 21)


Namun, jika fitrah ini dibiarkan tanpa bimbingan, maka fitrah itu bertukar menjadi fitnah yang membunuh. Kata Sayyid Qutb:

“Dari sudut yang lain zina merupakan satu pembunuhan kepada masyarakat kerana kemudahan memuaskan nafsu syahwat melalui zina menjadikan kehidupan secara suami isteri merupakan perkara sekunder bukannya perkara yang perlu, dan menjadikan keluarga suatu tanggungjawab yang tidak mustahak, sedangkan keluarga merupakan tapak semaian yang baik bagi anak-anak yang kecil, di mana fitrah dan didikan mereka tidak akan sihat dan betul melainkan apabila mereka dibelakan di sana.” (Sayyid Qutb, Fi Zilal Al-Quran)


Atas dasar membimbing fitrah berkasih sayang, maka Rasulullah SAW telah menyediakan suatu resipi yang bukan sahaja memberi ketenangan dan kedamaian, malah mendatangkan keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT dalam melunasi fitrah tersebut.


Pada suatu ketika, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang sahabat. Sahabat itu berkata kepada baginda: “Kami memiliki seorang gadis yang yatim. Dua orang pemuda dating melamarnya. Yang satu kaya, manakala yang satu lagi miskin. Kami menginginkan pemuda yang kaya, tetapi dia mahukan yang miskin.”


Jawab Rasulullah SAW: “Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyintai kecuali menikah.” (Hadith direkodkan oleh As-Suyuti)


Sadd Az-Zarai’


Malangnya, adat kebiasaan masyarakat menjadikan jalan pernikahan itu suatu yang sukar digapai buat para remaja. Lebih memburukkan keadaan, musuh-musuh Islam mengambil kesempatan ini membawa remaja kepada suatu jalan yang zahirnya membawa kemudahan namun secara senyap membinasakan, iaitu bercinta sebelum berkahwin.


Aksi-aksi berpegangan tangan sambil keluar berdua-duaan dipertontonkan kepada golongan remaja. Jalan ceritanya pula menggambarkan keindahan dan kenikmatan perasaan cinta itu yang berakhir dengan perkahwinan beberapa tahun setelah menjalin perhubungan. Kerana langkah ini lebih realistik, maka tidak hairanlah kebanyakan remaja menjadi mangsa kekejian jalan yang ditempuh.


Alangkah indahnya Islam, memelihara nyawa dan keturunan manusia tanpa menghalang fitrah daripada dilunasi, dengan menyediakan sadd az-zarai’ (menutup jalan-jalan kejahatan). Sebab itu, berbeza dengan larangan-larangan yang lain, Allah SWT melarang manusia bukan setakat berzina, tetapi juga mendekati zina.


Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Isra’ ayat 32)
Sayyid Qutb berkata:


“Al-Quran memberi amaran jangan mendekati perbuatan zina. Ini merupakan penekanan supaya menjauhi perbuatan itu, kerana perbuatan zina itu didorongkan oleh keinginan nafsu yang kuat, justeru itu menjauhi dari mendekati itu adalah lebih selamat. Perbuatan mendekati sebab-sebab yang membawa kepada zina itu tidak memberi jaminan yang selamat. Justeru itulah Islam menyekat jalan zina dengan menjauhi sebab-sebab yang mendorong ke arahnya untuk menjaga supaya seseorang itu tidak terjerumus ke dalamnya.” (Sayyid Qutb, Fi Zilal Al-Quran)


Berdalilkan firman ini, para ulama sepakat berpendapat bahawa apa-apa yang membawa kepada zina itu haram sepertimana haramnya zina. Tidak terkecuali, budaya couple yang kian menular dalam golongan remaja.


Allah memerintahkan kita supaya menjaga dan menundukkan pandangan, kerana matalah punca besar berlakunya perbuatan zina. Pepatah Melayu sering mengatakan: “Dari mata turun ke hati.” Demikian juga digambarkan di dalam syair Arab:


“Bermula dengan pandangan,
diikuti dengan senyuman,
kemudian disambut dengan salam,
membuat temu janji, dan akhirnya mengadakan pertemuan.”



Demikian juga, Islam menggariskan beberapa garis panduan dalam kita bermuamalah (berurusan) dengan mereka yang berlawanan jantina, seperti menutup aurat, menundukkan pandangan, menjauhi percakapan lagha, dan bersolek secara berlebih-lebihan. Semua ini bertujuan menutup jalan yang boleh membawa kepada zina.


Tiada Kenikmatan dalam Kemaksiatan


Dikisahkan, suatu ketika al-Imam as-Syafi’i (wafat 204 H) menghadapi masalah buruknya hafalan. Beliau pergi menemui gurunya Waki’ bin Jarrah (wafat 197 H) untuk meminta nasihatnya. Nasihat Waki’ telah terakam di dalam puisi al-Imam as-Syafi’i:


“Aku telah mengadu kepada Waki’ mengenai buruknya hafalanku
Dia membimbingku agar meninggalkan segala maksiat
Dia memberitahuku bahawa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak memberi petunjuk kepada pelaku maksiat.” (Al-Alusi, Ruh Al-Ma’ani)



Apabila difikir kembali, barulah al-Imam as-Syafi’i mengetahui, hafalannya menjadi kurang baik setelah dia terlihat betis seorang wanita yang kainnya terangkat kerana angin yang bertiup.


Jelas sekali, tiada sebarang kenikmatan yang dikecapi kerana berbuat maksiat. Maksiat hanya menyebabkan hati senantiasa gundah gulana, hidup terasa kurang barakah, dan sukar untuk memahami pelajaran (sebagai seorang pelajar). Hafalan al-Imam as-Syafi’i menjadi buruk hanya kerana perbuatan yang tidak disengajakan, maka sudah pasti lebih buruk untuk kita yang sengaja melakukannya.


Mungkin ada yang tidak sanggup untuk meruntuhkan sebuah cinta ‘haram’ yang telah terjalin. Namun, adakah anda menginginkan cinta anda membawa kepada kecelakaan? Meninggalkan maksiat bukanlah semudah melakukan ketaatan, dan memerlukan kepada mujahadah.


Kata Al-Imam al-Ghazali (wafat 505 H):

“Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan ketaatan kerana mengerjakan ketaatan senang dilakukan oleh setiap orang, tetapi meninggalkan syahwat (maksiat) hanya dapat dilakukan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).


Oleh kerana itu, Rasulullah SAW bersabda: ‘Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.’” (Al-Ghazali, Bidayah al-Hidayah)

Wahai remaja, renungkanlah sabda Rasulullah SAW:


“"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah.” (Hadith direkodkan oleh al-Bukhari)


Sesungguhnya, dalam yang halal terdapat kenikmatan. Sebaliknya, dalam yang haram itu terdapat azab seksa.


FROM:http://www.murabbi.net/v1/articles.php?article_id=369

Portal Islam Murabbi Dot Net - Articles: Kasihnya Tuhan Pada Wanita

Portal Islam Murabbi Dot Net - Articles: Kasihnya Tuhan Pada Wanita

Portal Islam Murabbi Dot Net - Articles: Lelaki Dan Wanita Berpurdah

Portal Islam Murabbi Dot Net - Articles: Lelaki Dan Wanita Berpurdah

SONGS OF MY LIFE... :)

4 dis tym, lpekanlah ksedihan...jz read on a blog...jadikan la hatimu sebesar yg mngkin..bkn hanya sebesar cawan kopi...thnx kaq chik...da previous post, jz 4 sharing..agar kita kembali mengingati satu sama lain...kerna kita mudah terlupa...apa yang Allah uji pada kita, bersebab..tapi kadang2 mgkin kita yang pilih jalan 2 sendiri..or in other words..tersasar...istighfar balik..ingat..segalanya pasti kembali tenang..insyaAllah...

ujian yang dilalui..diselarikan dgn akal yang waras...kadang2 dengar lagu..ntuk memahami apa yang berlaku...i luv 2 hear many songs...now, listing tym! hehehe..segenggam tabah...lgu ni dpt mnguatkan diri ni..boost balik semngat..even ape pn yang kita lalui, ketengan bakal kita temui..hoho..'kehidupan'..memberitahu kita even stelah kabus berlalu, psti cerah kembali..now, 4 da person dat i luv..i luv 2 hear 'azimatt ibunda'..

menumpang di segenap ruang..
yang ada di lubuk berkasihan...
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu..
sehingga teramat asyik setiap saat saat di pangkuanmu..
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu..
setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan..
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan..
tertutup pintu syurga..
jika tiada keampunannya..
azimat ini ku tanam di lubuk hati yang dalam..
 
teach me to obey to my mom...betapa indahnya hidup bila dilahirkan di dunia ni...betapa indahnya kehidupan di dalam rahim ibu...luv ur mom..u only hve her in your life..no one can replace her place..i repeat! no one..no other person..'ibu'nyanyian ae man...for my dad, 'sentuhanmu'..here are some lyrics...

oh ayah x pernah ku tanya ke mana tumpahnya keringatmu..
oh ayah tak pernah hitung berapa banyak kerutan di dahimu..
yang ku pinta hanya lah kemahuan hatiku..
yang sedaya ayah laksanakan..
kau pendorong bukanlah pendesak..
apa lagi memaksa diriku..
aku terlorong bukan terdesak..
apalagi rasa terdera...

hoho..some songs taught u many things..to be a strong person...being urself...

jangan sdey2...hehehe:)

'UJIAN ADALAH TARBIYYAH DARI ALLAH'

Tuesday, October 19, 2010

AWAK TAU TAK??

awak,...
awak tau x yg sy ni ade skeping hati je..
awak..
awak jangan la usik hati saya..
awak...
awak tau tak saya rasa sedih sangat bila x dihiraukan..
awak,...
hati saya sakit...
sakit sangat..sampai buat saya x keruan...
awak...
saya sedang berubat hati saya..
awak,...
saya sedang menenangkan hati saya...

awak...
awak tau x apa yang bezakan saya dengan orang laen?
awak..
saya bersyukur sbb saya masih ada iman..kalau x, mgkin dh lma sy xde kt dunia ni..
nauzubillah..
awak..
saya selalu menangis..
teringatkan masa silam..
awak..
saya jahat..dalam hati saya, hanya ada awak..
xde pn untuk Tuhan saya...Allahu Rabbi...
awak...
maafkan saya untuk segalany...
sebab saya x mmpu untuk jadi yg terbaik..
awak..
andai satu hari nnti..
awak jumpa pengganti saya..
awak tolong la doakan agar hati saya tenang..
supaya saya boleh teruskan kehidupan demi orang lain..
awak...
doakan saya kuat..
awak..
awak tau tak....
saya bukan seperti sesetengah perempuan yang boleh melupakan segalanya dalam sekelip mata..
awak...
saya suka sangat kacau awk..
kalau boleh, saya xnk kacau awak lagi...
tapi awak, kenangan yang jadi igauan..
kalau lah saya hilang ingatan...
tapi kan awak..
saya xley hilang ingatan..
nanti saya x ingat sape mak saya..
sape ayah saya..
sape adik beradik saya..
nanti dieorang sedih...
saya xnak tengok dieorang sedih..

awak...
saya nak jadi anak yang solehah..
awak...
saya nak jadi hamba yang patuh pada Khaliq..
awak..
macam2 saya buat untuk lupakan awak..
saya sibukkan diri saya..
tapi kan awka..
saya penat...
penat sangat..
masuk2 kelas je cramp kaki...
awak..
saya buntu..
awak..
doakanlah biar hati saya tenang..


Sunday, October 10, 2010

Perigi Mencari Timba | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Perigi Mencari Timba | iluvislam.com + discover the beauty of islam

i'm not da perfect one

i'm not da perfect one...
Ya Allah, ampunilah segala kekhilafan yg telah aku lakukan...syawal dh abes..tp x dpat pose 6...sob3...sdeynye..ape nk jdik ni? azam..thun dpan try lagi...emm..sume orn x perfect..xde mnusia yg perfect..mlainkan Nabi Muhammad s.a.w...jd, iman akan ada naek dan turun..smntara ade naek dan turun 2, beringatla..ajal bila2 mse je...solat yg trutamanya..sembahyang la kmu sblum kamu di sembahyangkan....jgn pk solat 2 pkara ringan..boleyy didirikan sesuka hati..pilih mne2 wktu yg disukai....ape2 pn, sdey sgt ble tgk ade org x solat... x rse pape ek? x rse kkosongan...maaf la,,..aku akan tgur skali...bukan nk bjet baek sgt..tp aku menyelesaikan tugas aku...skali aku dh nsihat, dh slesai tugas aku...ssungguhnya, mmbenci mnggunakan hati itu adalah selemah2 iman..astaghfirullah...

i wanna make a change in my life..biarla mnjadi yang terbaik utk smua org...dan mngikut syarak yg telah ditetapkan...
ameenn.....

Friday, October 1, 2010

SALAM

salam..
gadis kecintaanku..
saat usiamu makin meningkat...
makin banyak ujian yang tiba...
dirimu menjadi tarikan mata2 ajnabi utk menatap kecantikanmu yg nyata...
ada juga yg berkeinginan menakluk rahsia dirimu yg tersembunyi..
mungkin ianya lebih istimewa...
oleh itu, bila tiba saat pntu hatimu diketuk tetamu cinta, jangan kau ketepikan Dia sbg pngantara....
minta pndgan dan bantuanNya..
dengan istikharah agar tetamu cintamu itu adalah pemilik anak kunci yang mampu mnjaga agamanya..
kau juga..
jagalah Dia di setiap wktu agar agar bersemi redhaNya...
jgn bputus asa..
lmbt atau cpat, usah ditanya...
ptunjuk bntuanNya psti akan tiba..

psanan ini shj yg mmpu ku titipkan buatmu, sayang....