Skip to main content
kita tidak seperti umat yang dulu.
ya, kita terlalu berlengah. berlengah dengan waktu.
ya, kita selalu mengingatkan diri sendiri, argh..
lambat lagi mati. muda lagi
belajar pun tak habis lagi

kenapa dengan saya?
em. kenapa dengan saya ya.

belilah buku hijrah
karangan abdul latip talib
bermula dari kisah hadapan
bermula dari pergerakan hijrah
terima kasih sahabat kerana
saya telah mengenali penulis tersebut
terima kasih sahabat

bila saya baca kisah-kisah yg ditulis
tergambar di minda saya
ya Rabbi
takut, gerun
permulaan cerita, mengisahkan Abu Jahal
maaf, saya baru baca sket
masih mencari masa yang betul-betul lapang
supaya terkesan di hati

percayalah, Islam yang ada pada diri kita hari ni
telah disebarkan beribu tahun lamanya
bukalah buku sejarah
cubalah selami penderitaan yang dialami
tak pun, dengar lagu Hamzah Asadullah

kalau kita Islam, kita kena percaya, syurga dan neraka itu pasti
dosa dan pahala itu pasti
kita kena percaya,
kita diciptakan oleh Dia supaya kita beribadat kepada Dia

kenapa saya menulis semua ni?
sebab saya dengar hanya takdir dan kepastian
bila dengar lagu hanya takdir
teringatkan saudara seislam yang lain
menegakkan kalimah Allah
rela syahid
asalkan agamaNya tertegak di Bumi

"tiada lagi yang bertanya
tiada lagi yang peduli
malam dan siang serupa 
tiada bulan tiada mentari

gelap gelita di sini
sama gelitanya hati
hidup hari ke sehari
esok yang indah umpama mimpi"

saya akur, saya bukan sebaik orang lain
diri sendiri pun tak betul
tapi ni peringatan buat diri
kalau ada orang lain baca
terpulang,

percayalah
saya masih muslimah, 
seorang perempuan yang menganut Islam itu seorang muslimah
bila mana saya dididik dan diajar dengan ajaran Islam
saya sedih bila agama tu makin hilang
makin pudar

percayalah
tika di akhirat nanti
tiada yang lain dapat tolong kita
tapi, amal kita
ya, amal kita

percayalah, 
Allah tu Maha Pemurah
Dia kurniakan pahala yang banyak bagi satu amal yang dibuat
tapi, bagi dosa?
kalau buat amal
Dia akan balas amal kita, 1 amal untuk 27 pahala
percayalah, pemurahNya Dia

Jangan!Jangan!Jangan!
Jangan buang agama kita ke tepi
maafla, kalau kata-kata saya menunjukkan saya hipokrit atau apa
tapi percayalah, Allah masih mengurniakan hati 
dan hingga ke tika ini, saya masih mengharapkan
cinta dari Allah

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...

Solehah

Wardah tersungkur lesu. Berjuang di jalan solehah bukan mudah seperti yang disangka. Ujian hati yang menyapa seolah tahu, hati wardah belum seteguh karang. Ya,salah satu ujian untuk menguji hati, sudah cukup terbaik untuk menguji iman pada diri wardah. Ayat cinta islamik sudah cukup cekap untuk mengetuk hati itu berkecai. Istikharah. Perkataan itu yang dihadiahkan buat imannya yang lemah "Kenapa kau jadi begini? Kenapa hati kau begitu rapuh?", tanya ana. Wardah tertunduk. Periksa hubungan dengan Allah. Tambah Ana lagi. Dia hanya maen kan perasaan kau dgn perkataan istikharah. Dia tak serius. Jauhi dia! Jauhi dia si pendusta setia! Air mata yang bergenang,akhirnya tumpah. Tanpa dipinta. Dia tidak minta untuk dipermainkan. Dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan. Tangannya menggigil. Menahan perasaan di hati. Allah :( Jangan Kau ujiku sesuatu yang tidak mampu untuk ku tanggung. Emosinya berkocak. Umpama lautan tika musim tengkujuh. Pada Allah dia pulan...