Skip to main content
hari tu, bila ada gempa bumi, dengan skala yang besar, boleh akibatkan tsunami. tapi, dengan izin Allah, Dia masih izinkan hambaNya bertaubat. percayalah. Dia masih berikan kita peluang untuk bertaubat. pernah dulu, ayah bawak kami adik beradik. dan duduk kat tepi pantai. masa tu, malam,. gelap. tapi kat tepi pantai, macam-macam gaya yang saya lihat. ya. saya hanya tengok dan pandang. tanpa ada reaksi. ayah bawak kami, jauh dari mereka. memang mereka takde. saya tengok ombak. bila dengar deru ombak tu, terasa tenang. subhanallah.

"air ni, kita boleh bermain dengan dia. tapi, air ni, tentera Allah. Dia tak perlukan tentera lain. cukup ombak besar, mampu untuk buat segala-galanya musnah. ya. sekelip mata.", ayah.

sampai sekarang, saya ingat ayat tu. bila saya tengok laut, saya teringatkan benda yang sama. ya. setenang air di lautan, ia mampu menggugah bumi yang ditanggung. angin sepoi-sepoi bahasa yang selalu kita nikmati juga askarNya.

kita lupa, dunia ni, hanya pinjaman dan jambatan. untuk kita raih keredhaan. cukuplah perkara yang melalaikan.  cukuplah. walaupun manusia itu sentiasa lupa, tapi, kita perlu muhasabah. setinggi langit yang dijunjung, punya tarikh luputnya.

~peringatan buat diri sendiri~

Comments

Popular posts from this blog

Pelik Tapi Benar

Dunia hari ini yang pelik. Yang dekat tidak diambil pusing. Atau mungkin diambil pusing. Cuma kurang. Mungkin mereka yang mengadu sakit di muka buku lebih diketahui berbanding dengan jasad yang berada di sekeliling yang pucat lesi. Ajaib sungguh dunia ini. Newsfeed di refresh berulang kali. Ajaib. Tapi jasad di sekeliling bosan bertanya soalan yang sama. Dunia teknologi ini kadang membuatkan orang take for granted

Ada masa

Ada masa ada ketika, terasa seakan ingin berhenti. Kadang terfikir adakah doaku sudah dimakbulkan? Buku appoinment yang belum habis lagi membuatkan sedikit serabut otak ini. Ya. Kali ini aku diuji bertubi tubi. Melihatkan dua orang putera ini, air mata tak payah mintak menitis. Confirm jatuh sendiri. Andai ummi pergi dulu, andai doa ummi yang dulu dulu dimakbulkan Tuhan, jaga diri kalian. Percayalah sepenat mana ummi jaga kalian, segarang mana ummi marah kalian, maaf kan ummi. Kerana ummi tak pernah jadi yang terbaik buat kalian. Cuma ummi harap ada sedikit kebajikan dan kebaikan yang ummi lakukan moga menjadi timbangan di neraca mizan. Ummi sayang Faqih dan Fateh

Appreciate

Bila mana saya pernah ditanya sebegini oleh anak saudara "Apa kita nak buat kalau orang tak hargai kita?'' Dia masih penuntut di sekolah rendah, tetapi soalan itu yang diajukan. Saya fikir, orang dewasa lebih memahami atau mengerti rasa tu. Ye la, kadang kadang, seseorang yang masih berumur seperti beliau, lebih memilih untuk tidak menghiraukan. Bukan maksud saya di sini, dia seorang yang berkecil hati.  Bila difikirkan balik, otak saya hanya fikir satu benda. Tak kira seseorang itu dah matang atau pun tidak, sebagai manusia normal atau pun dengan erti kata lain, fitrah manusia, ingin rasa dihargai. Mungkin expectation kita, selepas apa yang kita lakukan, kita berharap orang akan menghargai sesuatu yang kita sumbangkan. Mungkin walau sekadar penzahiran rasa kasih sayang.  Jawab saya, "Jangan terlalu bersedih bila kita tidak dihargai. Tapi, bersedihlah tika mana kita tidak menghargai diri sendiri." Dia mengangguk, mungkin faham di sebalik ...