Skip to main content

coret-coret

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

segala puji bagiNya Tuhan yang mentadbir sekalian alam. sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan dan Dia lah yang mematikan.

tika dunia tu terasa gelap gelita, ya, Dia masih bersama. semalam, saya terbaca artikel ustaz hasrizal mengenai cinta. hehehe. *ketuk minda* dalam kehidupan kita seharian, kita terbiasa melakukan perkara yang tak biasa. dan dari situ, terbitlah keterbiasaan. *banyak sangat dalam kepala yang tak terluah, tak mampu nak diluahkan,sampai hidup jadi kontang kanting, ayat berterabur sana sini* bila jalan-jalan, terpandanglah gambar model calvin klein.<..oopppsss> kenapa saya tak mampu nak mintak empunya kedai tu, turunkan gambar berkenaan.maaflah.kedai anda terletak pada bahagian depan.dan betol2 dekat dengan tangga.model anda,sangat terseksi.terseksi di pasaran.tak mustahil satu hari nanti,kedai lain pun buat gaya macam model tu buat. *istighfar* siesla, mmg aku boikot!keke.padahal memang tak beli pn.pffttt ~bila sesuatu yang tak biasa menjadi kebiasaan~

malam ni, saya jadik kaunselor.kaunselor kepada ceritera cinta.kekeke.takpela.jadik pendengar tu baik.selalu sangat duk buat loyar buruk.cik hazami dha x sabar nk kenyek saya sbb terlalu loyar buruk.maaf ye, mie :) senyum selalu, stress2 xnk :D bila mendengar ceritera cinta,kesian pun ada.hehe.macam la tak pernah terkena batang hidung sendiri. *saya tak nak jumpa atau terjumpa boye darat+boye tembaga* menyiksakan hidup. sekian.

alhamdulillah, saya dah berjaya habiskan buku HIJRAH.memang terbaik. *thumbs up* tulisan encik abdul latip memang buat saya terpegun. seolah-olah,saya turut bersama melihat dari jauh.banyak situasi yang menyayat hati.bila mana terbaca kisah Yasir dan sekeluarga, disiksa, dibakar, ya Rabbi. betapa mereka genggam bara api untuk tegakkan dan membenarkan yang hak dan meninggalkan yang batil.tika mana seorang lagi hamba disiksa, dibutakan matanya, kerana menegakkan kalimah, LAILAHAILLALLAH.hal yang sama terjadi kepada Bilal bin Rabah. mereka disiksa dengan kejam.oleh mereka yang tidak punya hati perut. siapa mereka? Abu Jahal? kenapa mereka disiksa?hanya kerana hamba-hamba ini menyembah Allah Taala dan membenarkan apa yang dibawa oleh baginda Rasulullah. mereka enggan untuk kembali menyembah latta dan uzza.

pelbagai cubaan untuk bunuh Rasulullah oleh mereka-mereka ini.kesanggupan mereka, hanya kerana lata dan uzza.berhala-berhala mereka yang terletak pada kaabah.itulah yang mereka sembah.dan mereka turut memilih berhala yang hendak disembah.

kadang-kadang, mode insaf tu datang.kadang-kadang hilang balik.saya, manusia biasa. di mana iman itu boleh naik dan turun.saya cuma berharap boleh kecap husnul khatimah.nanti rajin, saya update yang lain, yang lebih bermanfaat.

wallahua'lam.wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Pelik Tapi Benar

Dunia hari ini yang pelik. Yang dekat tidak diambil pusing. Atau mungkin diambil pusing. Cuma kurang. Mungkin mereka yang mengadu sakit di muka buku lebih diketahui berbanding dengan jasad yang berada di sekeliling yang pucat lesi. Ajaib sungguh dunia ini. Newsfeed di refresh berulang kali. Ajaib. Tapi jasad di sekeliling bosan bertanya soalan yang sama. Dunia teknologi ini kadang membuatkan orang take for granted

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Ada masa

Ada masa ada ketika, terasa seakan ingin berhenti. Kadang terfikir adakah doaku sudah dimakbulkan? Buku appoinment yang belum habis lagi membuatkan sedikit serabut otak ini. Ya. Kali ini aku diuji bertubi tubi. Melihatkan dua orang putera ini, air mata tak payah mintak menitis. Confirm jatuh sendiri. Andai ummi pergi dulu, andai doa ummi yang dulu dulu dimakbulkan Tuhan, jaga diri kalian. Percayalah sepenat mana ummi jaga kalian, segarang mana ummi marah kalian, maaf kan ummi. Kerana ummi tak pernah jadi yang terbaik buat kalian. Cuma ummi harap ada sedikit kebajikan dan kebaikan yang ummi lakukan moga menjadi timbangan di neraca mizan. Ummi sayang Faqih dan Fateh