Skip to main content

Kenapa

kenapa saya menaip?
kenapa saya punya perjalanan di blogspot?
kenapa saya punya perjalanan di tumblr?
kenapa saya punya diari, Mr.Diary?

supaya,
saya boleh baca tulisan saya,
supaya saya sentiasa muhasabah diri,
supaya saya tengok dan belajar dari kisah silam,
supaya saya belajar untuk tidak masuk ke lubang ular dan dipatuk buat kali kedua,
supaya saya mengingatkan diri,
bila mana tiada yang mahu mengingatkan saya,

supaya saya dapat membebel sesuka hati,
sesedap rasa, sesuai bicara ^.^
supaya saya boleh lepaskan tekanan,
supaya saya boleh luahkan perasaan,
kerna melalui satu ayat, satu perkataan, punya maksud tersirat,

bila saya start menulis,?
tika di bangku sekolah,
darjah tiga,
saya menconteng diari.
pada mana ketika itu,
ia hanya sebuah buku log
<hehe.padahal saya dah start conteng sofa masa kecik>
p/s:rahsia ^.~

bila mana saya tak nak orang lain dapat baca,
saya tindih huruf tersebut,
bahasa kat sini,
kasi bertimpak-timpak jak :)
dan last-last, saya sendiri tak boleh baca :)
hehehe
lucu

kadang-kadang, tulisan tu buat saya menangis
tulisan tu buat saya ketawa
dalam kepala, argh, naif nya aku dulu

ya, saya sednag membesar,
dan sedang mengutip pengalaman
meneruskan perjalanan yang punya sisa baki

wassalam :)

Comments

Popular posts from this blog

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...

Solehah

Wardah tersungkur lesu. Berjuang di jalan solehah bukan mudah seperti yang disangka. Ujian hati yang menyapa seolah tahu, hati wardah belum seteguh karang. Ya,salah satu ujian untuk menguji hati, sudah cukup terbaik untuk menguji iman pada diri wardah. Ayat cinta islamik sudah cukup cekap untuk mengetuk hati itu berkecai. Istikharah. Perkataan itu yang dihadiahkan buat imannya yang lemah "Kenapa kau jadi begini? Kenapa hati kau begitu rapuh?", tanya ana. Wardah tertunduk. Periksa hubungan dengan Allah. Tambah Ana lagi. Dia hanya maen kan perasaan kau dgn perkataan istikharah. Dia tak serius. Jauhi dia! Jauhi dia si pendusta setia! Air mata yang bergenang,akhirnya tumpah. Tanpa dipinta. Dia tidak minta untuk dipermainkan. Dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan. Tangannya menggigil. Menahan perasaan di hati. Allah :( Jangan Kau ujiku sesuatu yang tidak mampu untuk ku tanggung. Emosinya berkocak. Umpama lautan tika musim tengkujuh. Pada Allah dia pulan...