Skip to main content

PERJALANAN

PUTERIKU SAYANG
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang
Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng Negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman



EPILOG

Bermulanya buku catatan baru.. in sha Allah sudah edisi ke-25.. in sha Allah.. buku penulisan yang lepas sudah banyak cacat celanya.. khilaf aku sebagai seorang manusia.. kali ni aku berusaha.. dengan secubit garam yang telah aku bayar dengan harga ujian.. aku melangkah untuk edisi ini.. mudah mudahan edisi ini tidak punya cinta sia-sia.. mudah mudahan andai edisi ini punya coretan cinta kepada insane.. moga ia tidak melebihi dari cinta Sang Rabbi.. aku punya harapan.. moga anugerah itu aku terima bersama golongan yang menerimanya dengan tangan kanan..bukan tangan kiri..
Aku.. hamba yang ingin menggapai redha Ilahi..
<batasi cinta dengan CINTA>

#1Muharam1435#



PROLOG

Luahan

Luahan hati ini cuba aku terjemah
Menjadi sebuah tulisan
Meski peluh renik menitis dari dahi
Tidak mengapa
Selagi punya dakwat untuk penaku menari
Aku biarkan ianya menari
Meski aku hanya punya sekeping kertas glossy
Dakwat yang terpendam di dalam sebatang pen
Hanyalah dakwat gel hitam
Sungguh
Aku akui
Sekali dipercik air
Maka hilanglah coretan
Penaku hanya penat menari
Tanpa untung yang mengiringi
Tapi edisi kali ini
Aku belajar dari sebuah budi
Mungkin aku perlukan sekeping pelikan
Di belakang kertas glossy
Mungkin coretan itu bakal mengotori meja aku sendiri
Tidak mengapa
Cuma
Aku perlukan tenaga yang lebih
Semoga penaku dapat menari dengan rancak sekali
Semoga tenaga yang dihasilkan dapat meninggalkan bekas pada kertas glossy
Mungkin aku cuma perlu menekapnya kembali
Tolong teguri aku
Pabila dakwat di kertas ku hilang kembali
Terima kasih dari hati

Resipi Hidup

adakah kau tahu apa kandungan bagi resipi hidup?
Live to the fullest
hidup sepenuh penuhnya?
apa yang penuh?
air kah?
^.^
Buat apa yang kau gemari
tinggalkan apa yang kau benci
tapi
kau harus ingat
mesti berpaksikan agama!
Berilah
jangan memberi untuk menerima
kelak kau akan kecewa
percayalah
sungguh tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah

kau masih kecewa?
bersabarlah

Allah kan ada ^.~

Jodoh

Jodoh
Kerapkali kau ditanya mengenai ia
"bila nak menikah?"
dalam hati
"sampai seru la"
garu kepala yang tak gatal
Sungguh
jangan ditanya rahsia Tuhan
aku langsung tidak tahu mengenainya
lambat atau cepat
ia akan sampai
apa kata kita tukar soalan
"bila kau nak mati?''

hahaha..
jawapan kepada soalan tu wajib
mana-mana manusia akan jumpa

=)

Hati Yang Kelam

bismillah
mudah mudahan renik basah itu tidak menitis
pernahkau kau dengar perumpamaan 
"orang mencuri takkan mencuri di rumah yang runtuh"?
satu kata yang perlu diamati sedikit ayatnya untuk mendalami maknanya
umpama syaitan takkan mengganggu seorang hamba di sisi Dia yang sudah tewas

Lagu puteriku sayang menghiasi malam
tika kau harap sinar iman
kau perlu bayarnya dengan pahitnya ujian
tika kita menunding jari pada mereka
mereka yang melakukan dosa
tanpa merasakan apa-apa
tanpa kita sedari kita menghina
mengherdik
kau mahu herdik sepuasnya?
teruskan..
cuma sampai satu saat
cuba kau muhasabah diri
dan berdoa kepada Dia 
moga Dia selamatkan imanmu
dari perkara yang kau herdikkan tu

apa kau tahu harga sebuah iman?
apa kau tahu harga mereka yang ingin berubah?
berubah kembali pada jalanNya?
apa kau fikir mereka pinta?
ya..
mungkin mereka inginkan kebebasan
tapi mungkin mereka terkesan dengan suasana sekeliling?
mungkin kau dididik dengan penuh keimanan
sedangkan mereka?

apa kau tahu
hati mereka yang berbuat dosa
kau tahu apa yang mereka sesalkan?
mereka sesalkan hati yang kering
mereka sesalkan hati yang sudah mati
hati yang sudah tidak merasa apa-apa
tika mereka meninggalkan suruhan
tika mereka mengerjakan larangan
apa kau tahu apa mereka rasakan?

kadang
kita perlu bimbing mereka kembali
kadang
kita perlu berdoa paling kurang sekali
untuk mereka
sekurangnya
kita berusaha
kita menolong
kadang
kita mengambil sebuah pengajaran
walaupun tidak banyak
lumrah hidup
kadang kita tidak tahu
mungkin sekarang kita berada di atas
esok?
masih ada jaminan kita berada di atas?

mudah mudahan
taat kita berdoa
"wahai Tuhan pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku sentiasa pada 
agamaMu"
mudah mudahan 
kemanisan doa itu dapat kita rasai

O_O























Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...

Solehah

Wardah tersungkur lesu. Berjuang di jalan solehah bukan mudah seperti yang disangka. Ujian hati yang menyapa seolah tahu, hati wardah belum seteguh karang. Ya,salah satu ujian untuk menguji hati, sudah cukup terbaik untuk menguji iman pada diri wardah. Ayat cinta islamik sudah cukup cekap untuk mengetuk hati itu berkecai. Istikharah. Perkataan itu yang dihadiahkan buat imannya yang lemah "Kenapa kau jadi begini? Kenapa hati kau begitu rapuh?", tanya ana. Wardah tertunduk. Periksa hubungan dengan Allah. Tambah Ana lagi. Dia hanya maen kan perasaan kau dgn perkataan istikharah. Dia tak serius. Jauhi dia! Jauhi dia si pendusta setia! Air mata yang bergenang,akhirnya tumpah. Tanpa dipinta. Dia tidak minta untuk dipermainkan. Dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan. Tangannya menggigil. Menahan perasaan di hati. Allah :( Jangan Kau ujiku sesuatu yang tidak mampu untuk ku tanggung. Emosinya berkocak. Umpama lautan tika musim tengkujuh. Pada Allah dia pulan...