Skip to main content

Solehah

Wardah tersungkur lesu. Berjuang di jalan solehah bukan mudah seperti yang disangka. Ujian hati yang menyapa seolah tahu, hati wardah belum seteguh karang. Ya,salah satu ujian untuk menguji hati, sudah cukup terbaik untuk menguji iman pada diri wardah. Ayat cinta islamik sudah cukup cekap untuk mengetuk hati itu berkecai. Istikharah. Perkataan itu yang dihadiahkan buat imannya yang lemah

"Kenapa kau jadi begini? Kenapa hati kau begitu rapuh?", tanya ana.

Wardah tertunduk.

Periksa hubungan dengan Allah. Tambah Ana lagi. Dia hanya maen kan perasaan kau dgn perkataan istikharah. Dia tak serius. Jauhi dia! Jauhi dia si pendusta setia!

Air mata yang bergenang,akhirnya tumpah. Tanpa dipinta. Dia tidak minta untuk dipermainkan. Dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan. Tangannya menggigil. Menahan perasaan di hati. Allah :( Jangan Kau ujiku sesuatu yang tidak mampu untuk ku tanggung.

Emosinya berkocak. Umpama lautan tika musim tengkujuh. Pada Allah dia pulangkan hati yang berkecai. Satu demi satu hatinya ditampal kembali. Bersama gam dhuha,taubat,tahajud dan mathurat. Benar. Hatinya yang berkecai cuba dicantum kembali. Untuk diserahkan kepadaNya. Untuk diisi cintaNya.

Keresahan dan kegelisahan,cukup kuat untuk menunjukkan hati itu belum benar benar sembuh. Wardah teresak sendiri. Hati yang dinodai cinta manusia melebihi cinta Rabbi. ya Tuhan,sungguh jalan solehah itu tidak mudah seperti yang disangka

Wardah tidak berputus asa. Dia tahu,ubat hati hanya milikNya. Didirikan sunat taubat lagi. Tika hamba lain lena diulit mimpi,air mata kekesalan tumpah. Dalam doa,dia mengadu segalanya.

Comments

  1. fisrt cerpen ker??nice keep it up..rindu gilak sama anda!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu ko jugak. Hahaha. Xde keje. Mengarang la. Dah bhabuk blog ni. Nanti aku smbung lg crpen ni

      Delete
  2. berjinak2 dengan cerpen, satu pencapaian yang bagus utk dikongsi..lebih santai dan menarik

    hehe, akak karang la lgi klau xde keje, ending cerpen kasi mantopp gitu, thumb up ^______^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..idea seterusnya belum kunjung tiba

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...