Skip to main content

Tahun Baru

umur saya dah meningkat, kepada 26 tahun.. still, itu hanya angka.. :)
tahun ni, mungkin banyak benda yang akan jadi.. inshaAllah, lagi sebulan, status saya akan bertukar. mohon doakan hamba yang kerdil ini. saya masih berdoa dan tetap akan berdoa. kerana ada masanya, manusia itu penat mendengar. jadi kepada Tuhan saya meluahkan segalanya. dia cakap, kenapa rajin benar menangis masa berdoa. jawapan nya, ketabahan ini, kekuatan ini, saya minta dari Dia. bercerita kepada manusia sebanyak mana pun, mereka tak akan faham. atau mungkin orang akan cakap, sabarlah. 

pernah satu hari, sepupu hantar mesej. dia bertanya, apa yang saya buat untuk keluar dari rasa itu. saya jawab, berdoa. itu sahaja. entahla, selepas pusing belakang, saya rasa bersyukur, sebab masih mampu meneruskan hari hari macam biasa. cuma kadang jujurnya pelajaran saya agak tersangkut. jalan siswazah ini sudah punya duri, ditambah lagi dengan duri emosi. makin saya lemah. ya, saya akui saya pernah buat silap. seolah setahun lepas, semuanya macam sampah. tapi tahun ni, saya cuba untuk pasang azam balik. untuk bangun lepas apa jadi. dan cuba tidak hiraukan apa yang berlaku di sekeliling. moga tahun ni saya dapat viva. itu azam saya. cukuplah perjalanan master ni untuk 3 tahun. doakan saya.

untuk majlis tahun depan, saya masih dalam persiapan. doorgift, kad kahwin dan hantaran, inshaAllah semua nya dilakukan sendiri. 

tahun baru, kurangkan mengeluh, dekatkan diri dengan Tuhan

Stay Fit, Dayana 

Comments

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...

Pelik Tapi Benar

Dunia hari ini yang pelik. Yang dekat tidak diambil pusing. Atau mungkin diambil pusing. Cuma kurang. Mungkin mereka yang mengadu sakit di muka buku lebih diketahui berbanding dengan jasad yang berada di sekeliling yang pucat lesi. Ajaib sungguh dunia ini. Newsfeed di refresh berulang kali. Ajaib. Tapi jasad di sekeliling bosan bertanya soalan yang sama. Dunia teknologi ini kadang membuatkan orang take for granted