Skip to main content

satu haribulan dua

satu hari bulan dua
dua ribu empat belas

tangan ini seakan gatal untuk berbicara hal tawakal

hari tu, sorang ustaz tu tanya, dia cakap, ni soalan cepu emas.. apa maksud tawakal.. "berserah diri pada Allah", bisik saya dalam hati. kemudian ustaz mengutarakan ayat yang sama, berserah diri pada Allah. tapi, apa maksud berserah diri pada Allah? 

berserah diri pada Dia.. tapi berapa peratus kita serah diri pada Dia? kenapa bila ujian datang, kita lemah? masa tu kita perlu tanya balik, betul ke aku tawakal pada Dia? pernah tak dalam hidup kita, kita jadikan Allah itu BETUL-BETUL peneman kita? BETUL-BETUL.. berapa kali bila kita dapat sesuatu, tak kira ujian atau nikmat, kita bagitau dekat Allah dulu? sama macam kita bagitau teman baik kita? bila kita cemerlang, berapa kali, kita berkongsi dengan Dia? bila sakit, berapa kali dalam hati, cakap "Ya Allah, aku sakit", baru kita pergi jumpa doktor. berapa kali? bila ustaz tu cakap macam tu, kepala saya terhempap..dengan batu besar. ini tak, bila dapat keringan, berkongsi keriangan dengan yang lain.. bila dapat ujian, ppergi merengek dekat manusia lain.. ape la.. bila kau nak cari Tuhan?

"ustaz, hari tu, saya kerjakan dhuha.. hari pertama saya solat dhuha, saya accident.. hari kedua saya solat dhuha, anak saya dibuli di sekolah.. lepas tu saya terus berhenti solat dhuha.. seminggu selepas tu, saya solat dhuha lagi, saya ditimpa bencana lagi.. kenapa ustaz?''

pernah alami situasi di atas? pernh tertanya-tanya? ustaz tu masih belum jawab soalah saudari tu.. tapi ustaz jawab pada majlis yang kami hadir hari itu.. "semalam, ustaz tu bicara mengenai tawakal.. hari ni ustaz ni memberi satu soalan lain.. tapi tak lebih dan kurang, mengenai tawakal juga", saya bermonolog sendiri.. "mungkin pada dhuha itu, telah menyelamatkan saudari tu.. mungkin dia kemalangan, tapi mungkin kerana dhuha itu, kemalangan itu tidak meragut nyawanya.. mungkin pada dhuha itu, anak saudari itu dibuli..mungkin dhuha itu telah menyelamatkan dia dari bala yang lebih besar umpama anaknya diculik orang...", jawab si ustaz.. 

<belajar dan hayati benar-benar erti tawakal itu wahai hamba abdi>



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelik Tapi Benar

Dunia hari ini yang pelik. Yang dekat tidak diambil pusing. Atau mungkin diambil pusing. Cuma kurang. Mungkin mereka yang mengadu sakit di muka buku lebih diketahui berbanding dengan jasad yang berada di sekeliling yang pucat lesi. Ajaib sungguh dunia ini. Newsfeed di refresh berulang kali. Ajaib. Tapi jasad di sekeliling bosan bertanya soalan yang sama. Dunia teknologi ini kadang membuatkan orang take for granted

Ada masa

Ada masa ada ketika, terasa seakan ingin berhenti. Kadang terfikir adakah doaku sudah dimakbulkan? Buku appoinment yang belum habis lagi membuatkan sedikit serabut otak ini. Ya. Kali ini aku diuji bertubi tubi. Melihatkan dua orang putera ini, air mata tak payah mintak menitis. Confirm jatuh sendiri. Andai ummi pergi dulu, andai doa ummi yang dulu dulu dimakbulkan Tuhan, jaga diri kalian. Percayalah sepenat mana ummi jaga kalian, segarang mana ummi marah kalian, maaf kan ummi. Kerana ummi tak pernah jadi yang terbaik buat kalian. Cuma ummi harap ada sedikit kebajikan dan kebaikan yang ummi lakukan moga menjadi timbangan di neraca mizan. Ummi sayang Faqih dan Fateh

Appreciate

Bila mana saya pernah ditanya sebegini oleh anak saudara "Apa kita nak buat kalau orang tak hargai kita?'' Dia masih penuntut di sekolah rendah, tetapi soalan itu yang diajukan. Saya fikir, orang dewasa lebih memahami atau mengerti rasa tu. Ye la, kadang kadang, seseorang yang masih berumur seperti beliau, lebih memilih untuk tidak menghiraukan. Bukan maksud saya di sini, dia seorang yang berkecil hati.  Bila difikirkan balik, otak saya hanya fikir satu benda. Tak kira seseorang itu dah matang atau pun tidak, sebagai manusia normal atau pun dengan erti kata lain, fitrah manusia, ingin rasa dihargai. Mungkin expectation kita, selepas apa yang kita lakukan, kita berharap orang akan menghargai sesuatu yang kita sumbangkan. Mungkin walau sekadar penzahiran rasa kasih sayang.  Jawab saya, "Jangan terlalu bersedih bila kita tidak dihargai. Tapi, bersedihlah tika mana kita tidak menghargai diri sendiri." Dia mengangguk, mungkin faham di sebalik ...