Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Ogos

Blog bersawang. Tuan rumah terlalu 'rajin'. 'Rajin' update blog. Hanya rajin baca blog orang. Membaca untuk berkongsi pengalaman. dan untuk semua lukisan kehidupan.  Ramadhan kali ni, Allah beri saya peluang untuk sambut bersama insan yang bernama suami. Lebih dikenali dengan teman untuk saya pot pet2. Kesian. Hopefully tak bernanah telinga dia :) dan juga, Allah beri saya peluang untuk berpuasa bersama si kecik di dalam perut. dan tak dapat berpuasa penuh. Kerana kadang kesihatan tidak mengizinkan. sehingga sekarang, masih tertanya aktiviti apa yang dilakukan si khalifah kecil ini.  Syawal pertama bersama suami di kampungnya. Balik jenguk tok di petang hari. Kerana kehidupan sudah berubah. Jujurnya, malam raya, tika takbir berkumandang, ada sebak dalam hati. Sedih? mungkin. Kerna kami selalu bersama dan punya aktiviti tahunan. Hehehe. Tapi jujurnya, sejak mengandung, lebih beremosi. Sangat senang sedih. Alahai. Ksian baby. Sorry.  to be continued