gadis itu
wajahnya berona NUR IMAN
mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN
maruah diri dipagari dengan KESOPANAN
dialah puteri INDAH RUPAWAN
tika gadis lain sibuk menghias diri
dia hias NUR ILAHI di WAJAHNYA
tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERANYA
dia selesa bersama CINTANYA
tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA
dia tekun dengan BAIT kata TUHANNYA
tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA
dia tangisi KEHINAAN DIRi sebagai HAMBA
gadis itu seperti MAWAR BERDURI
indah DIPANDANG namun sukar DIPEGANG
mulianya kerana KETAQWAAN
cantiknya kerana AKHLAK MULIA
kerana itulah dikatakan...
GADIS IDAMAN
Comments
Post a Comment