Skip to main content

PENDAPAT MEREKA

assalamualaikum w.b.t.....
dengan ini, sy menyambung menulis...hehehhee...dh ptg2 ni...x elok tdo(walaupun kdg2 tertdo jgak)...hehehehe... waa....sy xley balik...walaupn adk beradik sy yg len bley gather kt umah...sdeynye...kwn sy duk maen perli2 sy...ckp nk mkn keropok la...grrrr~~~~~hri 2, tika kekalutan. maka sy p la mntak nshat mereka di sekeliling sy... nnt sy add yg len.... hri 2 sy tny kwn sy,...nor, mcm mne nk kuat dan nk sntiasa bermujahadah?
ni yg die rep dlm fb....
"yana, semoga awak sentiasaaaa sabar dan tabah. sebab saya tahu awak lebih kuat daripada apa yang awak rasa. saya akan berkongsi dengan awak apa yang saya fikir tentang awak. inshaAllah nanti post kat blog. tapi. jujurnya, saya pun berhadapan masalah sama. macam mana untuk terus dan sentiasa kuat. tak senang. saya pun tahu. dan, saya faham.

Allah sentiasa ada di sisi kita, sahabat. semoga awak berjaya, saya juga. ;)"

hehehehe...okay...ni yg die post dlm blog die...kn cik nor? sy dh mntak izin dgn die...
untuk yana.....


macam mana nak mulakan ye. Saya terpaksa berhenti sekejap dan bertanya. Apa maksud awak “macam mana nak kuatkan hati? macam mana nak mujahadah?” saya dapat soalan-soalan ini daripada yana? biar betul. 
saya senyum.
agaknya bila saya dah letak label “alim” pada awak, saya juga sudah meletakkan satu expectation. Agaknya. Maaf.  salah saya. tak patut begitu. 
Kita manusia biasa. Iman yang bukan seperti malaikat. Apatah lagi untuk disamakan dengan Nabi kita. Ma’sum itu bukan kita. Jadi, saya neutralkan hati saya dan bersedia berkongsi dengan awak. Sebagai seorang sahabat. Dan seorang lagi muslim. 
Saya selalu rasa. Bila sahaja saya lemah dan merasakan semuanya serba tidak kena dan semua dah jadi susah untuk dilaksana, Ini bermakna saya tergelincir, sedikit.  Dan saya percaya yang awak juga percaya, Allah sumber kekuatan kita. Ini untuk saya, awak dan mereka yang mahu percaya. Setiap kali jiwa resah, palingkanlah diri kepada Dia. ingat. sentiasa. ah, saya ni, memang tahap muka tak tahu malu dah. asyik berulang je dosa saya yang sama. saya bukan bangga membuka pekung di dada. bukan. cuma biar jelas di sini, bahawa saya juga sedang menasihati diri saya sendiri, dan tiada niat berceramah dan memberi tazkirah. bukan taraf saya. 
saya tak tahu apa yang membelenggu awak. apapun, jadilah kawan saya yang kuat. saya mendoakan, insya Allah. menjadi kuat dan tabah dan baik dan segalanya, is your call. no one else. bacalah sebanyak mana pun artikel islamik. biarlah sebanyak manapun motivation awak dapat daripada kata-kata, dan tulisan-tulisan, titik akhirnya = awak. nothing more. awak yang akan tempuhi segala-galanya, bukan mereka semua. macam mana nak mujahadah sentiasa? honest answer, saya tak tahu. iman yang berubah-ubah itu fitrah. fitrah. maknanya wajib kita alami. tak mungkin tahap iman awak selepas baru bergurau senda bersama kawan dalam kelas, dibandingkan dengan keadaan dan rasa hati bila baru sahaja sujud pada Tuhan, sama. tak mungkin. jadi, saya percaya. manusia tidak akan pernah dapat terlepas daripada berasa tidak kena dengan salah dan silap yang telah dilakukan, sebab fitrah kita adalah melakukan kesilapan, atau, kata mudahnya, kita tidak sempurna. 
saya tiada jawapan khusus untuk awak. maaf. cuma.

ingatlah Dia sentiasa ada. untuk segala-galanya. sumber kekuatan kita. nafas. nyawa kita. never give up on Allah so He doesn't give up on you. untuk apa jua rasa. bersalah, gembira, sedih, kecewa, semua itu kurnia. supaya di akhirnya, Dia yang kita cari.

maaf saya tak melambakkan hadis dan ayat al-quran di sini. saya tak berani untuk memandai mencari di mana-mana dan diberikan kepada awak. percayalah, saya tak berani. bukan tak teringin.

saya sudah sedaya upaya tidak menampakkan entry ini sebagai sekeping surat @ warkah. harap berjaya. =P.

all the best, Yana. and, wish me luck, too.

komen saya...nor, thanx..utk sgalanya...awk, umi ngn murnirah dh byk teman sy since shams...dh byk sgt tgk air mata sy...dh byk lending tlnga...trime kasih....moga Allah merahmati kalian.... :)

Comments

  1. tiba-tiba saya rasa alangkah bagu kalau kita boleh duduk bertentang meja. macam kelas 5a6 dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...

Solehah

Wardah tersungkur lesu. Berjuang di jalan solehah bukan mudah seperti yang disangka. Ujian hati yang menyapa seolah tahu, hati wardah belum seteguh karang. Ya,salah satu ujian untuk menguji hati, sudah cukup terbaik untuk menguji iman pada diri wardah. Ayat cinta islamik sudah cukup cekap untuk mengetuk hati itu berkecai. Istikharah. Perkataan itu yang dihadiahkan buat imannya yang lemah "Kenapa kau jadi begini? Kenapa hati kau begitu rapuh?", tanya ana. Wardah tertunduk. Periksa hubungan dengan Allah. Tambah Ana lagi. Dia hanya maen kan perasaan kau dgn perkataan istikharah. Dia tak serius. Jauhi dia! Jauhi dia si pendusta setia! Air mata yang bergenang,akhirnya tumpah. Tanpa dipinta. Dia tidak minta untuk dipermainkan. Dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan. Tangannya menggigil. Menahan perasaan di hati. Allah :( Jangan Kau ujiku sesuatu yang tidak mampu untuk ku tanggung. Emosinya berkocak. Umpama lautan tika musim tengkujuh. Pada Allah dia pulan...