sudah setahun segalanya berlalu terasa diri ini begitu kaku asyik diam membisu langkahku keras membatu di tepi jendela aku termangu mengapa diri begitu dungu? bukankah Tuhan telah menurunkan wahyu? mengapakah Al Quran dan Sunnah dibiarkan layu? segalanya dibiarkan mengikut kehendak nafsu? bagaimana dengan ibadatmu? adakah ia turut punah kerana nafsu? duhai hamba yang bakal pulang kepada Tuhan yang satu bertaubatlah dirimu!
..mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok..