sudah setahun segalanya berlalu
terasa diri ini begitu kaku
asyik diam membisu
langkahku keras membatu
di tepi jendela aku termangu
mengapa diri begitu dungu?
bukankah Tuhan telah menurunkan wahyu?
mengapakah Al Quran dan Sunnah dibiarkan layu?
segalanya dibiarkan mengikut kehendak nafsu?
bagaimana dengan ibadatmu?
adakah ia turut punah kerana nafsu?
duhai hamba yang bakal pulang kepada Tuhan yang satu
bertaubatlah dirimu!
indah bingkisan kata-kata ni. terima kasih :)
ReplyDeletenor, terima kasih untuk komen..hehe... :)
ReplyDelete