Skip to main content

versus and versus

assalamualaikum...

mana tuan rumah ni.. berhabuk betul...bersawang..entah berapa ekor sang labah-labah yang dia ternak..

maaf.. :D ni la yang dipanggil kemalasan melampau..

beberapa hari yang lepas, saya terima soalan dari sahabat..

"seorang wanita yang memakai tudung tetapi tidak mengerjakan solat vs seorang wanita yang solat tetapi tidak menutup aurat"

bila ditanya, hukum kepada kedua dua perintah dan dosa? wajib dan dosa besar jika meninggalkan..

a day later, saya dapat jawapan dari ustaz.. bukan ditanya direct soalan tu pada ustaz.. tapi dalam kuliah fardhu ain kitab munyatul musolli; idaman bagi orang-orang yang solat..

rumit? hm.. kalau sy bg jawapan, yg x bertudung tapi solat tu lebih baik dari yang bertudung tapi x solat, naye jugak dunia.. dan dia akan cakap.. xpela,, at least aku lebih baik dari yang bertudung tapi solat.. blup3.. kebingungan..

"solat tu boleh mencegah seseorang dari perbuatan jahat dan maksiat"

kita biasa dengar ayat tu.. tapi berapa ramai yang mampu untuk jadi begitu.. mampu untuk jadi manusia yang tinggalkan perbuatan jahat dan maksiat. kenapa tak mampu menjadi? titik utama.. anda mendirikan solat atau menunaikan solat.. pernah anda belek rukun.. syarat sah.. dan semua yang ada? hakikat hidup manusia.. akidah yang kena pasak dengan betul dulu..

sepatutnya orang yang solat tu la lagi mampu tutup aurat berbanding orang yang bertudung tapi tak solat..
tapi mungkin yang bertudung tu bertudung atau solat hanya kerana kebiasaan.. sesuatu yang dah jadi amalan dalam hidup..

saya pernah terbaca satu cerita pendek ni.. nukilan ustaz Pahrol.. 
lelaki A: aku bersyukur anak aku dah selamat masuk universiti...
lelaki B: apa yang kau rasa? 
lelaki A: aku rasa lega.. sebab aku dah tunaikan tanggungjawab yang dah diamanahkan... 

lelaki B: apa yang kau rasa saat dan ketika kau bersama kekasih?
lelaki A: aku berasa gembira..tenang.. kalau boleh aku tak nak lepaskan dia... 
lelaki B: apa rasa kalau tiba waktu berpisah?
lelaki A: aku rasa sedih.. kalau boleh...aku nak sentiasa ada di sisi aku.. aku berasa sangat senang seandai dia ada bersama.. 

apa kaitan cerita di atas? anda boleh kaitkan sediki antara menunaikan solat disebabkan tanggungjawab ataupun mendirikan solat kerana cinta kepadaNya..

smile and peace ^.^

bila status di muka buku berbunyi begini.. saya tau la awak baik..hubungan dengan Allah pun baik.. tapi kena baik jugak dengan manusia.. jangan kerek sangat...

"kadang saya terfikir.. kadang ada manusia yang yang tidak baik hubunganNya dengan Allah tapi baik dengan manusia akan lebih gemar dengar ayat sebegitu.. "

realiti hidup kita hari ini.. :D

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelik Tapi Benar

Dunia hari ini yang pelik. Yang dekat tidak diambil pusing. Atau mungkin diambil pusing. Cuma kurang. Mungkin mereka yang mengadu sakit di muka buku lebih diketahui berbanding dengan jasad yang berada di sekeliling yang pucat lesi. Ajaib sungguh dunia ini. Newsfeed di refresh berulang kali. Ajaib. Tapi jasad di sekeliling bosan bertanya soalan yang sama. Dunia teknologi ini kadang membuatkan orang take for granted

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Ada masa

Ada masa ada ketika, terasa seakan ingin berhenti. Kadang terfikir adakah doaku sudah dimakbulkan? Buku appoinment yang belum habis lagi membuatkan sedikit serabut otak ini. Ya. Kali ini aku diuji bertubi tubi. Melihatkan dua orang putera ini, air mata tak payah mintak menitis. Confirm jatuh sendiri. Andai ummi pergi dulu, andai doa ummi yang dulu dulu dimakbulkan Tuhan, jaga diri kalian. Percayalah sepenat mana ummi jaga kalian, segarang mana ummi marah kalian, maaf kan ummi. Kerana ummi tak pernah jadi yang terbaik buat kalian. Cuma ummi harap ada sedikit kebajikan dan kebaikan yang ummi lakukan moga menjadi timbangan di neraca mizan. Ummi sayang Faqih dan Fateh