bismillah tahun baru, sudah 17 hari melepasi kita semua.. ya, dari perkiraan masihi, bukan hijrah.. jika dikira tahun hijrah, kita sudah berinjak ke bulan yang ke-3 iaitu rabiulawal.. azam tahun baru saya? masih ada azam yang lepas belum tertunai.. Allahu Robbi T.T besar impian dalam hati, aku tak ingin merungut lagi tatkala umurku sudah mencecah angka 24.. ya, beberapa hari terakhir di tahun 2013, saya tekad, saya tak nak merungut lagi.. saya merancang, tapi perancangan Allah lebih baik.. awal tahun baru, berikan khabar yang menguji kematangan saya, menguji kesabaran saya.. tapi saya tersungkur.. di hari ke 17, saya set dalam minda, "kan dah cakap tak nak merungut" apa yang pasti, saya bertambah tua.. dekat kepada kematian.. tapi hati sentiasa lalai dan leka.. ampunkan kesilapanku ya Tuhan.. tangan ni menari di atas papan pena sambil diiringi sedikit lagu buat halwa telinga.. tangis sebatang tamar.. esak diri makin deras.. sungguh, saya merindui R...
..mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok..