Skip to main content

entri di awal tahun

bismillah

dalam keghairahan yang lain menaip entri kepada Baginda, saya terpanggil untuk menaip bicara Qadha' dan qadar.. Allahumma solli'ala saiyidina Muhammad...ya Rasulullah, aku merinduimu..

kadang terfikir, kenapa tak dilahirkan pada zaman Baginda.. mudah2an, kita lebih terselamat.. kadang terfikir alangkah bertuahnya dapat bertemu baginda.. selingan di TV AlHijrah, slot Fattabiouni, sangat memberikesan pada diri.. alangkah bertuahnya jika baginda masih ada bersama kita.. tapi ketentuan yang telah ditulis buat kita, menetapkan kita akan dilahirkan pada akhir zaman.. ya Rasulullah, jauh benar kami umatmu.. jauh dari kebenaran..

kadang terfikir, mungkin baginda masih ada bersama, kita tak akan bertikam lidah, berbicara hal yang remeh.. contohnya kemaslahatan dalam fiqh sehingga kadang kita mewahabikan orang lain.. kadang kita umat sekarang lebih banyak menyerang dari menerang perkara sebenar.. 

beriman kepada Qadha' dan Qadar.. ada perkara yang saya ingin utarakan di sini.. kerana ia menjentik sekeping hati ni.. subhanallah wa bihamdihi subhanallahhil 'azim.. 

sebagai orang islam, kita wajib beriman kepada 6 rukun iman.. mungkin rukun iman yang lain kita tak terlalu banyak mempersoalkan.. ya, mungkin kita boleh terima bulat2.. tetapi beriman kepada Qadha' dan Qadar adalah satu cabang yang sangat susah ditafsirkan.. tak pelik jika kita perlu beriman dengannya dan tak pelik segala yang terjadi adalah untuk mengujiiman kita.. kerana ia berkait dengan perjalanan hidup kita.. perjalanan di hadapan yang kita sendiri tak tau di mana titik akhirnya.. 

kadang kita mengimpikan sesuatu, tapi kita tak dapat.. ya, kita letakkan usaha, tetapi hasilnya tidak seberapa.. kadang kita letak terlalu banyak usaha tapi pulangannya lain dari apa yang kita impikan.. saat itu kita akan lemah.. kita akan kecewa.. dan saya tak terkecuali dari mereka.. selalu kecewa dengan apa yang saya tak dapat meski saya dah usaha... dan masa tu, iman kita teruji.. teruji dengan sebuah ujian.. adakah ujian itu melemahkan atau menguatkan kita sebagai hamba.. jika ujian itu mengembalikan kita ke jalan sebenar, alhamdulillah.. jika ujian itu mengalihkan kita dan kita tersasar, maka ia bukan satu benda yang baik.. 

ada orang, jatuh tergolek2 selepas diberi ujian.. kadang bukan mereka tidak beriman, cuma sabar tu lambat datang,. mungkin lepas 2 3 hari baru dapat recover.. baru waras.. ye, iman itu perlu dikorek.. kadang saya fikir, kenapa saya diuji hingga tahap ini.. apa yang telah saya lakukan? atau apa  saya tidak sekuat mereka sehingga diberi ujian bertubi2? atau ada sesuatu di hadapan untuk saya harungi bersama kekuatan hati setelah diberi ujian tersebut.. syukur, tahun lepas, sebuah buku menjadi salah satu penawar dalam hidup saya.. REclaim your heart written by sis Yasmin Mogahed.. tertarik dengan satu ayat dia dan bila saya diuji dan saya sasau, suka saya ulang ayat tu dalam hati.. segala apa yang ada pada dunia adalah pinjaman.. hadiah dari Tuhan.. kita ibarat kapal dan dunia itu ibarat lautan.. bila terlalu cintakan dunia, mungkin kapal akan tenggelam dalam lautan, dan zuppp,, karam :)

maaf, saya pun menaip dalam keadaan yang merapu.. note hilang..point lari merata2.. tak tersusun.. cuma boleh saya katakan di sini, beriman kepada Qadha' dan qadar tu adalah satu isu yang sangat susah untuk dirungkai.. mungkin ambik masa yang lama untuk kita faham.. menerima baik dan buruk segala apa yang terjadi adalah ketentuan.. setelah kita diberi amanah untuk berusaha, selebihnya kita tawakal.. ya, kita manusia dan berpegang pada ahli sunnah wal jamaah berpegang, usaha adalah pokok pangkalnya.. apa pun hasilnya, kita redha.. 

kenapa kita dilahirkan pada akhir zaman, Allah lebih Mengetahui.. mungkin fitnah meliar melata, tapi redha la.. segala benda yang jadi ada hikmahnya.. cuba belajar mendalami agama.. mungkin hasilnya tidak seberapa, tapi in sha Allah, Dia nilai usaha kita.. topik ni senang disebut tapi kalau terkena batang hidung sendiri, baru tau betapa perit.. cuma mereka yang betul2 beriman mereka akan sabar.. 

"sungguh ajaib perihal mukmin itu.. pabila diberi nikmat mereka bersyukur.. pabila diuji mereka sabar" 

kita? tepuk dada, tanya hati :)

Comments

Popular posts from this blog

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...

Solehah

Wardah tersungkur lesu. Berjuang di jalan solehah bukan mudah seperti yang disangka. Ujian hati yang menyapa seolah tahu, hati wardah belum seteguh karang. Ya,salah satu ujian untuk menguji hati, sudah cukup terbaik untuk menguji iman pada diri wardah. Ayat cinta islamik sudah cukup cekap untuk mengetuk hati itu berkecai. Istikharah. Perkataan itu yang dihadiahkan buat imannya yang lemah "Kenapa kau jadi begini? Kenapa hati kau begitu rapuh?", tanya ana. Wardah tertunduk. Periksa hubungan dengan Allah. Tambah Ana lagi. Dia hanya maen kan perasaan kau dgn perkataan istikharah. Dia tak serius. Jauhi dia! Jauhi dia si pendusta setia! Air mata yang bergenang,akhirnya tumpah. Tanpa dipinta. Dia tidak minta untuk dipermainkan. Dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan. Tangannya menggigil. Menahan perasaan di hati. Allah :( Jangan Kau ujiku sesuatu yang tidak mampu untuk ku tanggung. Emosinya berkocak. Umpama lautan tika musim tengkujuh. Pada Allah dia pulan...