Skip to main content

hamba dan Pencipta

hamba dan Pencipta.. Ustaz cakap, nak tunjuk rasa kasih pada Pencipta, kena buat banyak amalan sunat.. Kata ustaz, kalau yang fardhu tu memang dah satu kewajipan.. yela.. ibarat kita tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa.. tu memang dah kewajipan kita.. kalau nak tunjuk kita sayang pada orang tua, mungkin sekali sekala boleh benalnja mereka makan.. bawak pergi jalan-jalan.. dan cara nak tunjukkan cinta pada pencipta, kena la rajin buat ibadat sunat..

tapi nak buat ibadat sunat, susah.. payah.. tau tak? susah betul nak istiqamah.. contohnya lah, sebelum ambik wudhu' dah niat nk buat solat sunat rawatib.. tup3, solat fardhu je yang dikerjakan..lepas solat pikir, argh,, xpelah, esok blh buat smbhyg sunat lagi.. tapi.. buat yang sunat, jangan tinggalkan yang fardhu pulak.. tu umpama kita berhutang duit dengan seseorang, tapi bila bertandang ke rumah dia, boleh pulak kita bawak hamper ada buah yang besar gedabak.. get da point? mesti orang yg kita hutang dgn dia tu cakap, hutang xleh bayar, tapi bawak hadiah boleh pulak.. 

orang-orang kita, suka benor buat sembahyang sunat dhuha.. niat utamanya<ramai yang mcm ni> nak dpt rezeki lebih.. ustaz cakap, buat solat sunat dhuha tu sebab nak lahirkan rasa syukur pada Allah.. in sha Allah, yg murah rezeki tu akan datang dengan sendiri.. ustaz bagi perumpamaan, andai satu sendi yang bergerak, Allah caj seposen.. cuba fikir dalam satu minit, berapa banyak sendi yang bergerak? ok.. contohnya sehari kita jumlah yang perlu dibayar rm360, mampu ke tak kita nak bayar banyak tu hari2? sebab tu Allah tu Maha Pemurah.. Dia tak suruh kita bayar.. cuma Dia mintak kita bersyukur.. 

cara bersyukur? ucaplah alhamdulillah banyak kali.. tapi jangan ucap sahaja.. mesti ada perbuatan.. ye la, nikmat yang Allah bagi free, jangan la ambik remeh pulak.. buat la apa yang Dia suruh.. tinggal apa yang Dia larang.. moga kita mampu jadi insan yang soleh dan mampu mengajak yang lain kepada kebaikan..

<nota kaki:peringatan buat fatraz>

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelik Tapi Benar

Dunia hari ini yang pelik. Yang dekat tidak diambil pusing. Atau mungkin diambil pusing. Cuma kurang. Mungkin mereka yang mengadu sakit di muka buku lebih diketahui berbanding dengan jasad yang berada di sekeliling yang pucat lesi. Ajaib sungguh dunia ini. Newsfeed di refresh berulang kali. Ajaib. Tapi jasad di sekeliling bosan bertanya soalan yang sama. Dunia teknologi ini kadang membuatkan orang take for granted

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Ada masa

Ada masa ada ketika, terasa seakan ingin berhenti. Kadang terfikir adakah doaku sudah dimakbulkan? Buku appoinment yang belum habis lagi membuatkan sedikit serabut otak ini. Ya. Kali ini aku diuji bertubi tubi. Melihatkan dua orang putera ini, air mata tak payah mintak menitis. Confirm jatuh sendiri. Andai ummi pergi dulu, andai doa ummi yang dulu dulu dimakbulkan Tuhan, jaga diri kalian. Percayalah sepenat mana ummi jaga kalian, segarang mana ummi marah kalian, maaf kan ummi. Kerana ummi tak pernah jadi yang terbaik buat kalian. Cuma ummi harap ada sedikit kebajikan dan kebaikan yang ummi lakukan moga menjadi timbangan di neraca mizan. Ummi sayang Faqih dan Fateh