Skip to main content

Saat Dirimu Diuji


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

dari dulu dan sampai sekarang, ayat tu, saya baca, dengan harapan, apa pun yang jadi, saya mampu bangkit lepas jatuh. 

apa perasaan tika tu? sedih, geram, nak marah, rendah diri, hilang keyakinan, hilang semngat. masa tu, semua yang negatif datang serbu. rasa tu Tuhan yang tahu.

ingatlah, tatkala diuji, mungkin ujian itu sebagai kafarah dosamu.

ingatlah, tatkala diuji, mungkin banyak perkara yang kau perbetulkan. 

ingatlah, tatkala diuji, Tuhan rindu benar akan dirimu.

ingatlah tatkala diuji, kau memang punya banyak kelemahan. 

kalau tak diuji, jarang benar kita menangis sampai mengalir air mata. jarang benar hayati makna bacaan dalam solat. jarang benar meminta doa dengan penuh harapan. 

manusia lain hanya mampu menasihati, menasihati melalui logik akal. tapi, putus perhubungan, yang berkait rapat dengan hati, sangat susah untuk dikelola. sehari bersemangat. sehari seolah jatuh merudum. 

apa yang saya belajar?

*saya belajar untuk kurang bercerita.

*saya belajar untuk kurang percaya

*saya belajar untuk menerima jawapan daripada Allah lebih dari pandangan mata akal saya


Putus cinta, bukan umpama buang orang yang pernah muncul ibarat buang makanan yang lekat di celah gigi. bukan. mungkn hanya yang pernah merasa yang tahu bagaimana rasanya. cuma yakinlah, hanya Dia yang mampu menyembuhkan. please, jangan buat perkara bodoh. kalau tak lalu makan atau minum, please paksa minum air kosong segelas, atau ambik sedikit coklat, dan makan. please. 

saya, masih tak tahu apa yang tertulis. tapi bila mana rasa sangat ralat hati ni, saya baca doa di atas. moga Allah redha dengan kita hamba yang pernah buat silap. 

Comments

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...

Solehah

Wardah tersungkur lesu. Berjuang di jalan solehah bukan mudah seperti yang disangka. Ujian hati yang menyapa seolah tahu, hati wardah belum seteguh karang. Ya,salah satu ujian untuk menguji hati, sudah cukup terbaik untuk menguji iman pada diri wardah. Ayat cinta islamik sudah cukup cekap untuk mengetuk hati itu berkecai. Istikharah. Perkataan itu yang dihadiahkan buat imannya yang lemah "Kenapa kau jadi begini? Kenapa hati kau begitu rapuh?", tanya ana. Wardah tertunduk. Periksa hubungan dengan Allah. Tambah Ana lagi. Dia hanya maen kan perasaan kau dgn perkataan istikharah. Dia tak serius. Jauhi dia! Jauhi dia si pendusta setia! Air mata yang bergenang,akhirnya tumpah. Tanpa dipinta. Dia tidak minta untuk dipermainkan. Dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan. Tangannya menggigil. Menahan perasaan di hati. Allah :( Jangan Kau ujiku sesuatu yang tidak mampu untuk ku tanggung. Emosinya berkocak. Umpama lautan tika musim tengkujuh. Pada Allah dia pulan...