Fuh.. berhabuk teruk blog ummi last entry bulan september. what happened next? 18 hb november, ummi berada dalam makma. cuba siapkan saki baki kerja. tapi rencana Allah lebih baik. due date yang sepatutnya jatuh pada 15 Disember, tapi baby Faqih nak keluar awal. malam 19 hb November, air ketuban keluar, sedikit demi sedikit. pada jam 3 pagi. ummi bangun, dan kejut hubby, cakap air banyak keluar. dia panik. kelakar bila ingatkan balik. sampai tak tau nak grab apa. alhamdulillah, walaupun ummi baru pada minggu ke 36, ummi dah siapkan beg ummi dan beg faqih. maklum pada adik, nak pergi hospital, dia tolong ketuk pintu bilik ayah dan emak. ummi dan hubby jalan dulu pergi hospital. masuk dalam kereta, hubby pasang lampu emergency. dan syukur, rumah tak berapa jauh dari hospital. sampai, still boleh jalan, dan pergi bahagian kecemasan PRIBA. PRIBA ni bahagian bersalin ibu dan anak di HSNZ. sungguh rasa eksklusif. sampai je, nurse tolong amb...
..mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok..