Fuh.. berhabuk teruk blog ummi
last entry bulan september.
what happened next?
18 hb november, ummi berada dalam makma. cuba siapkan saki baki kerja. tapi rencana Allah lebih baik. due date yang sepatutnya jatuh pada 15 Disember, tapi baby Faqih nak keluar awal.
malam 19 hb November, air ketuban keluar, sedikit demi sedikit. pada jam 3 pagi. ummi bangun, dan kejut hubby, cakap air banyak keluar. dia panik. kelakar bila ingatkan balik. sampai tak tau nak grab apa.
alhamdulillah, walaupun ummi baru pada minggu ke 36, ummi dah siapkan beg ummi dan beg faqih. maklum pada adik, nak pergi hospital, dia tolong ketuk pintu bilik ayah dan emak. ummi dan hubby jalan dulu pergi hospital. masuk dalam kereta, hubby pasang lampu emergency. dan syukur, rumah tak berapa jauh dari hospital.
sampai, still boleh jalan, dan pergi bahagian kecemasan PRIBA. PRIBA ni bahagian bersalin ibu dan anak di HSNZ. sungguh rasa eksklusif. sampai je, nurse tolong ambikkan bacaan blood pressure, dan suhu badan. lepas tu tunggu atas bed sementara tunggu doc datang. banyak soalan kena tanya, bla3. doc 2 orang datang cek. dan ummi is takut bila doc cakap, in case jalan tak terbuka dalam masa 24 jam, akan kena induced. dalam hati doa, jangan la kena induced. masa kat emergency, merasa jugak kena cek pakai mulut itik tu. antara benda yang ibu mengandung takut, sebab sakit. ummi jumpa benda alah ni first time. siap tanya doc, ada apa2 saya boleh buat tak in case tak nak bagi sakit? doc jawab, just tahan nafas, relax, jangan keraskan badan. alhamdulillah, tak sakit. then, doc cek bukaan, 4 a.m baru 1cm.
dah habis kat bahagian kecemasan, ummi ditolak ke wad. sebelum masuk wad, kena masuk bilik prosedur dulu. kena pantau lagi. nurse pasang alat dekat perut. almost 20 minutes kot. masa tu macam ada contraction dah sket2. dan still boleh tahan. actually, ummi dah rasa benda ala2 contraction start weeks 13. tapi masa tu doc cakap tu hanya pergerakan baby. ok sambung part kat bilik prosedur, dah siap tu, nurse monitor, cakap dah ada contraction. dah siap, ummi boleh masuk wad. masuk wad, ummi kena makan antibiotik. doc bagi sebijik. sebab tkut ada infection sebab air ketuban dah keluar. makna ubat, then tunggu azan subuh, mandi, then solat. masa ni solat sambil duduk atas bed. rasa macam takut. menggigil. Tuhan je yang tau. masa tu pun takut mati. =.=" air kat bawah still flowing. banyak jugak. even dah lapik kain batik 2 helai, pakai pad, still basah bed.
then hubby cakap kena tunggu dekat wad 2nd class dulu sebab 1st class siang baru boleh transfer. around 7 tu dah rasa contraction every 5 minutes. tapi sekejap je. dalam 20 seconds. doc lain buat lawatan cek pagi, after that sarapan. lupa dah makan ape. hahaha. start 11 am, contraction tu still 20 seconds, tapi rasa dah makin kuat. gap sakit dalam 5 minit. nak dekat waktu zohor, stay on bed je. tak mampu dah nak bangun tercongok. setiap kali contraction, mintak adik tolong urutkan, sebab kebetulan time tu dia masuk. well, wad bsalin boleh 2 orang je masuk dalam satu masa. tunggu waktu zohor, ambik wudhuk, pakai telekung, then solat. sambil duk atas kerusi. masa ni contraction makin kuat. mula sakit bahagian pinggang hingga peha. rasa tulang macam kena squeeze. Tuhan je tau sakit tu. after solat, tukar turn adik dengan hubby. hubby masuk, mintak dia cari nurse nak painkiller. around 2.30pm nurse suruh pergi bilik prosedur. cek bukaan, dah 4 cm. masa ni nak tolak pergi labour room, tapi labor room penuh. kena tunggu. daam masa 2 jam tu, sakit yang amat. tapi sempat tertidur. huhu. pukul 4 cakap kat hubby tak tahan sangat dah. ak painkiller. datang la nurse 2 orang. nurse datang, dia tolong cek bukaan dulu. guess what? dah 8 cm. terus kena tolak masuk labour room. hahaha.. alhamdulillah, 5.25 pm, selamat lahirkan my baby boy.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny