Skip to main content

Posts

Ada masa

Ada masa ada ketika, terasa seakan ingin berhenti. Kadang terfikir adakah doaku sudah dimakbulkan? Buku appoinment yang belum habis lagi membuatkan sedikit serabut otak ini. Ya. Kali ini aku diuji bertubi tubi. Melihatkan dua orang putera ini, air mata tak payah mintak menitis. Confirm jatuh sendiri. Andai ummi pergi dulu, andai doa ummi yang dulu dulu dimakbulkan Tuhan, jaga diri kalian. Percayalah sepenat mana ummi jaga kalian, segarang mana ummi marah kalian, maaf kan ummi. Kerana ummi tak pernah jadi yang terbaik buat kalian. Cuma ummi harap ada sedikit kebajikan dan kebaikan yang ummi lakukan moga menjadi timbangan di neraca mizan. Ummi sayang Faqih dan Fateh
Recent posts

Pelik Tapi Benar

Dunia hari ini yang pelik. Yang dekat tidak diambil pusing. Atau mungkin diambil pusing. Cuma kurang. Mungkin mereka yang mengadu sakit di muka buku lebih diketahui berbanding dengan jasad yang berada di sekeliling yang pucat lesi. Ajaib sungguh dunia ini. Newsfeed di refresh berulang kali. Ajaib. Tapi jasad di sekeliling bosan bertanya soalan yang sama. Dunia teknologi ini kadang membuatkan orang take for granted

Bila nak habis?

Bila teringatkan soalan ni, bila nak habis? Bila nak habis apa?  Habis belajar. Hahahaha Kalau dulu, rasa macam nak harung je apa ada depan mata. Tapi sekarang, rasa dah penat. Mental pun koyak rabak.  Sampai sekarang, I still wonder, kenapa tak ramai orang sambung belajar.  For me, di sepanjang jalan master ni, ada BANYAK benda yang nak disesalkan. Tapi, tak baik menyesal. Selalu terpujuk dengan ayat di TV Al Hijrah. Kita doa apa yang kita nak, tapi Allah beri apa yang kita perlukan. For almost 4 years, stay kat UMT, tapi still tak grad. Orang duk tanya, bila nak habis, bla3.  Doing research, ada obstacles. Writing pun ada obstacles.  Actually, our life, tak sama dengan orang lain. If someone pointing jari, saying that Im not focus, bla3, whatsoever, tapi ada jugak orang lain yang still status yang sama, tapi still tak grad. Honestly, kadang muncul dalam diri yang feels like Im very useless. Tapi selalu kena pujuk diri. Tau tak macam mana...

Selepas 8 bulan

Fuh.. berhabuk teruk blog ummi last entry bulan september.  what happened next? 18 hb november, ummi berada dalam makma. cuba siapkan saki baki kerja. tapi rencana Allah lebih baik. due date yang sepatutnya jatuh pada 15 Disember, tapi baby Faqih nak keluar awal.  malam 19 hb November, air ketuban keluar, sedikit demi sedikit. pada jam 3 pagi. ummi bangun, dan kejut hubby, cakap air banyak keluar. dia panik. kelakar bila ingatkan balik. sampai tak tau nak grab apa.  alhamdulillah, walaupun ummi baru pada minggu ke 36, ummi dah siapkan beg ummi dan beg faqih. maklum pada adik, nak pergi hospital, dia  tolong ketuk pintu bilik ayah dan emak. ummi dan hubby jalan dulu pergi hospital. masuk dalam kereta, hubby pasang lampu emergency. dan syukur, rumah tak berapa jauh dari hospital.  sampai, still boleh jalan, dan pergi bahagian kecemasan PRIBA. PRIBA ni bahagian bersalin ibu dan anak di HSNZ. sungguh rasa eksklusif. sampai je, nurse tolong amb...

Love

cinta kepada insan yang belum pernah saya temui, belum pernah saya sentuh, hanya lihat dari mesin scan. cinta kepada anak ini, anak yang ummi kandungi. Alhamdulillah. si kecik ummi sangat behave. tak terluah rasa syukur pada Tuhan. ummi cuma alami alahan yang sedikit, dan sedikit pening-pening.  yang ummi tau, anak ummi memang baik. tak tergambar perasaan. dialah peneman ummi ke mana-mana. awal gerakannya ummi rasa seawal 5 bulan. halus. seperti angin lalu. cuma sekarang, anak ummi dah membesar. agak aktif. agak kuat menendang. dialah peneman ummi bersembang. alhamdulillah. Tuhan bagi sayang untuk teman ummi. teman ummi bebel. ummi suka sangat bercakap dengan sayang. sayang, ummi excited sangat bila lalu dekat kedai jual barang baby. harini ummi dah beli dua pasang baju sayang. nanti kita sambung beli lagi. ummi dah tak berapa larat nak jalan. lain kali kita pergi beli lagi ye sayang.  Alhamdulillah, kehamilan ini walaupun ada sedikit alahan, tapi alhamdulillah, ummi ...

Ogos

Blog bersawang. Tuan rumah terlalu 'rajin'. 'Rajin' update blog. Hanya rajin baca blog orang. Membaca untuk berkongsi pengalaman. dan untuk semua lukisan kehidupan.  Ramadhan kali ni, Allah beri saya peluang untuk sambut bersama insan yang bernama suami. Lebih dikenali dengan teman untuk saya pot pet2. Kesian. Hopefully tak bernanah telinga dia :) dan juga, Allah beri saya peluang untuk berpuasa bersama si kecik di dalam perut. dan tak dapat berpuasa penuh. Kerana kadang kesihatan tidak mengizinkan. sehingga sekarang, masih tertanya aktiviti apa yang dilakukan si khalifah kecil ini.  Syawal pertama bersama suami di kampungnya. Balik jenguk tok di petang hari. Kerana kehidupan sudah berubah. Jujurnya, malam raya, tika takbir berkumandang, ada sebak dalam hati. Sedih? mungkin. Kerna kami selalu bersama dan punya aktiviti tahunan. Hehehe. Tapi jujurnya, sejak mengandung, lebih beremosi. Sangat senang sedih. Alahai. Ksian baby. Sorry.  to be continued

Appreciate

Bila mana saya pernah ditanya sebegini oleh anak saudara "Apa kita nak buat kalau orang tak hargai kita?'' Dia masih penuntut di sekolah rendah, tetapi soalan itu yang diajukan. Saya fikir, orang dewasa lebih memahami atau mengerti rasa tu. Ye la, kadang kadang, seseorang yang masih berumur seperti beliau, lebih memilih untuk tidak menghiraukan. Bukan maksud saya di sini, dia seorang yang berkecil hati.  Bila difikirkan balik, otak saya hanya fikir satu benda. Tak kira seseorang itu dah matang atau pun tidak, sebagai manusia normal atau pun dengan erti kata lain, fitrah manusia, ingin rasa dihargai. Mungkin expectation kita, selepas apa yang kita lakukan, kita berharap orang akan menghargai sesuatu yang kita sumbangkan. Mungkin walau sekadar penzahiran rasa kasih sayang.  Jawab saya, "Jangan terlalu bersedih bila kita tidak dihargai. Tapi, bersedihlah tika mana kita tidak menghargai diri sendiri." Dia mengangguk, mungkin faham di sebalik ...