Skip to main content
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

harini, pemilik blog ni, meraikan ulang tahun yang ke, 21..hehehe..

syukur pada Allah, dipanjangkan usia ni..moga dengan pertambahan umur ni, maka bertambahlah amal yang akan dilakukan..moga setiap saat, termasuk dalam kerja2 berfaedah...

syukur pada Tuhan sekalian alam, kerana masih izinkan dia untuk bernafas, di bumi ini..sekalipun sering diuji..namun dia tau, Tuhan itu Maha Mengetahui atas segala kejadian...

dan puji-pujian buat Rasulullah, kerana telah berusaha sedaya upaya, menyampaikan dakwah, dan di atas izinNya juga, dia berada di dalam agama Islam..sesungguhnya nikmat iman dan Islam tu amat manis untuk dirasai...

sejuta terima kasih, buat ibu tercinta, kerana telah melahirkan puteri ini...berpenat lelah..membawa ke hulu ke hilir kandungan tu..lalu lahirlah dia..pada 27 Mac 1990..bersamaan 29 sha'ban...maaf ibu..dia telah menyusahkan ibu..berat yang ibu tanggung..dan ibu terpaksa mengqadha'kan sebulan puasa ibu setelah melahirkannya..maaf dan berjuta terima kasih buatmu ibu...moga dia sentiasa dalam restu dan redha ibu...

buat ayah, terima kasih..kerana telah berpenat lelah mencari rezeki buat sekeluarga..jasamu akan dia kenang sampai akhir hayat..terima kasih.kerana memahami hati puterimu yang cukup kecil itu..maaf kerana, hati puteri yang lain mungkin sebesar kolam, jika dibandingkan dengan hari puteri ini, hanya sebesar cawan..tiada lain ayah dan ibu di atas muka bumi ini...terima kasih untuk segala tunjuk ajar yang telah diberikan..sehinggalah dia ini meningkat dewasa..dan menjadi puteri buat kedua ibu bapanya...

buat adik beradiknya yang berada di mana-mana,bertebaran di bumi Allah demi ilmumu, terima kasih, untuk menerima diri ini sebagai adik dan kakakmu..maaf andai kadang menjadi garang sehingga gelaran anak singa itu tersandang di bahunya :)

buat sahabat, terima kasih..untuk persahabatan itu..moga Allah meredhai persahabatan mereka..moga kita menjadi cermin antara satu sama lain.."kerna ku tahu, sahabat yang baik, menegur sahabatnya tika membuat kesilapan..itulah persahabatan kerana Allah"..terima kasih, untuk menemani diri, tika susah dan senang..terima kasih untuk meluangkan masa, tenaga dan termasuk wang(yela, kan mesej..hehehe)

buat kawan-kawan, terima kasih juga buat kalian..terima kasih untuuk kata-kata semangat yang telah kalian hulurkan supaya dia menjadi kuat dan menunjukkan erti sebenar apa maksud di sebalik nama itu..termasuk rakan2 yang follow blog ni, terima kasih yep...maaf tym ziarah tu, takde air ngn kuih nk dihidangkan..ada tulisan rungutan je...hehehe :)
dan buat musuh-musuh(aishh..ramainye musuh..hehehehe) terima kasih.kamu semua telah membuat dia berdiri di sini..dan menjadi diri diri sebenar..seperti hari ini..meskipun dia pernah lemah, dan air mata tu mengiringi kelemahan tu, tidak mengapa..kerna dia belajar dari pengalaman..pengalaman2 tu, tidak akan dia lupakan...dan mudah-mudahan, sejarah takkan berulang setelah sejarah itu dipelajari dan diambil iktibar daripada apa yang terjadi...


harini, dia dah boleh daftar mengundi..heheehe..nk p undi apa yep cik adik? dh besar kan? dh boleh ckp psal politik kan? nk p undi bulan penuh la..heheheehe...

selamat hari jadi yang ke 21..moga Allah sentiasa bersamamu..meskipun dengan tarbiyyah yang menuntutmu untuk menjuraikan air mata itu..tidak mengapa..asal dia kuat dengan Khaliqnya.. :)

Comments

  1. salam miss yana ^_^

    selamat hari lahir ^__^
    moge diberkati dan dirahmati oleh ALLAH sepanjang hidup ini...


    "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelik Tapi Benar

Dunia hari ini yang pelik. Yang dekat tidak diambil pusing. Atau mungkin diambil pusing. Cuma kurang. Mungkin mereka yang mengadu sakit di muka buku lebih diketahui berbanding dengan jasad yang berada di sekeliling yang pucat lesi. Ajaib sungguh dunia ini. Newsfeed di refresh berulang kali. Ajaib. Tapi jasad di sekeliling bosan bertanya soalan yang sama. Dunia teknologi ini kadang membuatkan orang take for granted

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Ada masa

Ada masa ada ketika, terasa seakan ingin berhenti. Kadang terfikir adakah doaku sudah dimakbulkan? Buku appoinment yang belum habis lagi membuatkan sedikit serabut otak ini. Ya. Kali ini aku diuji bertubi tubi. Melihatkan dua orang putera ini, air mata tak payah mintak menitis. Confirm jatuh sendiri. Andai ummi pergi dulu, andai doa ummi yang dulu dulu dimakbulkan Tuhan, jaga diri kalian. Percayalah sepenat mana ummi jaga kalian, segarang mana ummi marah kalian, maaf kan ummi. Kerana ummi tak pernah jadi yang terbaik buat kalian. Cuma ummi harap ada sedikit kebajikan dan kebaikan yang ummi lakukan moga menjadi timbangan di neraca mizan. Ummi sayang Faqih dan Fateh