Skip to main content

susun sendiri ayat ni :)

Kenapa beragama tetapi tidak mereka yang belajar agama? Asal penulisan dalam iluvislam hari tu, artikel tu tentang pemilihan untuk mencari jodoh... bukan ke dinikahi perempuan itu kerana empat perkara? Kerana kecantikannya, keturunannya, harta kekayaannya, dan agamanya.... cantik, does fade... apa ada keturunan? Harta? Okay...sekarang, pasal agama... label ini bukan hanya diletak pada mereka yang bergelar ustaz atau ustazah... sesetengah beranggapan, merekalah yang sesuai.. tapi jika dilihat balik, tidak hanya melalui itu sahaja... sesetengah manusia telah mengotorkan nama ustaz dan ustazah... maksudnya, ada yang berpakaian seperti ustaz atau ustazah, tetapi mereka tidak seperti yang dijangkakan... ada sesetengah kes, anak anak yang bermasalah, akhirnya ibu bapa buntu... ke manakah anak remaja mereka dilempar? Tu! Di sana..sekolah pondok... “remaja adalah untuk didekati, bukan dimusuhi.” Apa yang kita predict dari mereka yang berdarah muda ni? Kes ni, saya lihat melalui kaca mata sendiri... jika anak mereka berubah, Alhamdulillah... tapi jika tak, malangnya nasib kita.. kes  A, anak perempuannya dilempar ke sekolah yang beragama... sebelum ni bukannya tak bersekolah agama..tetapi lepas ibu bapanya tahu remaja tersebut berkapel, dimasukkan pelajar tersebut ke sekolah pondok... budak tu berubah ke? Tak... kenapa mereka tidak didekati? Kenapa mereka dilempar? Kenapa tidak ibu bapa itu sendiri membentuk anaknya? Kenapa? Tidak mampu? Adakah itu jawapannya? Tidak sedarkah kita... generaasi itu dilahirkan demi menyambung umat nabi Muhammad... tapi apa yang kita buat? Salah orang lain, pandai kita menunding... tapi salah sendiri? Akhirnya, mereka bergelar ustaz dan ustazah.. nah.. masa tu, jangan tunding jari dkt orang lain.. sendiri mau ingat... ada satu lagi ni,.. pakai tudung labuh.. pertama kali saya lihat dia berubah, Alhamdulillah.. tapi, ya Allah... kenapa tidak mencorak keperibadian seperti pakaian.. lupakah kita apa yang kita pakai tu? Mengadu domba... itukah perlakuan seharan kita? Kalau mengadu domba sahaja tidak mengapa... tetapi mengapa mesti memutarbelitkan fakta... bila dah putar belitkan fakta, tu bukan namanya fakta lagi dah... lupakah kita sedang conteng arang dekat muka orang lain? Ya Rabbi.. apa enaknya bercerita dekat orang lain? Nah! Supaya kita digelar ramah tamah? Apa guna ramah tamah andai bercerita sesuatu yang tidak betul.. lupa ada mencatit? Wahai muslimah seagamaku, perbanyakkanlah amal ibadatmu... sedekah jariahmu.. kelak, golongan kita yang banyak mendiami neraka jahanam tu... bukannya syurga Firdausi.. kadang-kadang, kita perlu berhenti bercakap.. bercakap benda yang tidak perlu, baik didiamkan.. kalau rasa nak mengata sangat, tulis diari... tu lebih baik... takde orang yang tau.. sekarang pikir.. apa kaitan beragama dengan belajar agama... mereka belajar agama.. tetapi kenapa masih tidak mengamalkan apa yang diajarkan.. saya terlupa perkataan yang digunakan dalam artikel berkenaan.. tahu, amal dan ape lagi satu...

Saya mengingatkan diri..meski diri ini tidak memakai yang markah bonus, tapi, saya perlu menjaga nama muslimah dan mukminah yang menjaga tingkah laku dan adab mereka... terasa bersalah, andai saya telah menconteng arang, memburukkan nama wanita islam... ya Rabbi.. ampunkan dosaku... jika yang dipakai itu tudung, mengapa mesti didedahkan leher? Mengapa mesti berpakaian nangka? Bukan seperti nangka lagi dah.. memang nangka.. sedih saya lihat ada ahli kaum kerabat yang pakai sebegini.. apa nak jadi? Terlalu murah ke aurat kita? Hingga boleh dijual beli? Ooppss.. itu bukan jual beli lagi dah.. tapi free.. of course! Siapa yang lafaz akad nikah nanti? Suami.. habis tu? Kenapa dijaja ke seluruh masyarakat badan kau sedemikian sedemikian? Tidak malu? Oh.. tidak malu... badan saya cantik.. ya Rabbi.. apa masalah ni? Tunggu esok nak mati baru hari ni nak bertaubat? Lagi satu trend zaman sekarang.. si bonggol unta.. Ya Allah... kenapa? Ketinggian bonggol tu untuk tunjuk panjang rambut kita? Apa kaitan ni? Agak-agak la kan...kalau yang rambut pendek, ikat rambut... memang la tak Nampak... tapi tang rambut panjang... mungkin la...lepas dililit..diputar...

Saya takut apakah akan dihadapi masa akan datang....bagaimana dengan generasi kita?... jumlah umat islam terlaalu ramai.. tetapi berapa ramai yang berguna? Insafla.. dunia ni terlalu singkat... cuba kita pikir... apa kita akan buat andai kita tau, esok hari terakhir kita bernafas di muka bumi.. remaja memang sekali... tetapi hidup pun hanya sekali..tiada gunanya terlalu enjoy.. contohi para sahabat... apakah yang diisi tika mereka sebaya dengan kita.. lihatlah kegemilangan yang telah mereka lakukan di muka Bumi Allah... kita marah mereka yang buka Islam yang menyeksa saudara seagama kita. Tapi kita pun lupa.. kita sedang dijajah.. dijajah pemikiran!

Comments

Popular posts from this blog

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...

Solehah

Wardah tersungkur lesu. Berjuang di jalan solehah bukan mudah seperti yang disangka. Ujian hati yang menyapa seolah tahu, hati wardah belum seteguh karang. Ya,salah satu ujian untuk menguji hati, sudah cukup terbaik untuk menguji iman pada diri wardah. Ayat cinta islamik sudah cukup cekap untuk mengetuk hati itu berkecai. Istikharah. Perkataan itu yang dihadiahkan buat imannya yang lemah "Kenapa kau jadi begini? Kenapa hati kau begitu rapuh?", tanya ana. Wardah tertunduk. Periksa hubungan dengan Allah. Tambah Ana lagi. Dia hanya maen kan perasaan kau dgn perkataan istikharah. Dia tak serius. Jauhi dia! Jauhi dia si pendusta setia! Air mata yang bergenang,akhirnya tumpah. Tanpa dipinta. Dia tidak minta untuk dipermainkan. Dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan. Tangannya menggigil. Menahan perasaan di hati. Allah :( Jangan Kau ujiku sesuatu yang tidak mampu untuk ku tanggung. Emosinya berkocak. Umpama lautan tika musim tengkujuh. Pada Allah dia pulan...