Skip to main content

memegang agama, yakin pada kuasaNya, ibarat mengenggam bara api... adakah terlalu sukar? untuk tenang bersama Khaliq? untuk akur pada kalam Rabbi...begitu perit Rasullulah menyampaikan dakwah...tapi berapa byk org yang menghargai perjuangan Baginda? kita lupa pada Bumi mana kita berpijak... Bumi, yang bukan asalnya terjadi dengan sendiri.... tapi itu yang disebarkan oleh ideologi barat... tapi teori yang sebenar, melalui proses letupan Big Bang...

terlalu sukar untuk kita berubah...terlalu sukar untuk kita akur pada nikmat yang telah dikurniakan olehNYa...milik siapa kita ini? adakah kita adalah raja kepada diri kita? cuba tanya pada diri..hak apakah yang telah kita tunaikan pada harini? sebanyak manakah kezaliman yang telah kita lakukan? anugerah penglihatan yang tidak terhingga...lupa kita ucap sykur padaNya...mereka yang rabun, umpama dah ditarik sedikit nikmat itu....kita lupa...andai nikmat itu hilang....memandanglah kita menggunakan telinga...kedua dua tangan...apakah yang kita rasa? apakah mampu kita melihat sesuatu yang indah lagi? oh! indahnya dunia! mampukah?kita lupa...apa yang kita lihat pada hari ini..hanya sebahagian dari kekuasaanNya...oleh itu, kita disuruh supaya bermusafir...mudah mudahan kita mendapat sesuatu melalui musafir itu....

sesungguhnya agama di sisi Allah adalah agama Islam....ya Rabbi...kenapa sukar bagi hamba ini meninggalkan yang batil? sudah gelap hati hamba ini? mengapa terlalu sukar untukku mengucapkan syukur di setiap kali?

ya Rabbi... kenapa diri begitu pulas di katil pada subuh hari?
mengapa laungan bilal diendahkan oleh diri?
ya Rabbi...
ampuni hambaMu ini
hamba lupa lagi....
hamba lupa mengucapkan syukur tika bangun di pagi hari....
ya Rabbi...
hamba tertinggal pada tahajud lagi
ya Rabbi,...
hamba tinggalkan lagi puasa sunat pada hari ini...
ya Rabbi...
banyaknya khilafku ya Rabbi,.. 
itu baru tugas pada waktu pagiku...
entah berapa peratusnya dari jadual seharian...
belum dicampur lagi dengan kekufuran bila peroleh nikmat.....
tika sesuatu yang begitu biasa aku lakukan,..
tiba2 menjadi haram...
yang Rabbi...
sukarnya untuk aku lepaskan....

Ya Rabbi...
andai tiba-tiba kekasihmu berada dihadapan rumahku
bagaimana ku harus sambut baginda?
adakah pakaian ketat itu menjadi balutan tubuh ini?
adakah lagu rock metal itu yang bakal didengari oleh Baginda?
adakah kata kata kasar perlu diselitkan tika berbual?
ya Rabbi...
begitu dhaif diri ini
bukan alunan zikir yang menghiasi bibir
tapi, tu!
lagu sentimental yang melayan jiwa ini
terus, bergelodak lagi hati ini
ya Rabbi, andai aku dijemput hari ini
mampukah aku tinggal di syurga nanti?

ya Rabbi...
apa yang telah terjadi dengan dunia ini?
bahana menjadi jadi! 

ya Rabbi...
ampuni khilaf kami
moga kami mendapat jalan kebenaran
bukan jalan kebatilan
ya Rabbi
tunjukkan lah kami jalan yang hak
jalan yang Engkau redhai
ya Rabbi
berilah hidayah kepada kami
moga kami dapat syurgaMu nanti

ya Rabbi
begitu kuat dugaan pada harini
ibarat kami memegang bara api
apa pun tak boleh!

ya Rabbi...
kuatkah kami?
mampukah kami menjadi umat yang engkau redhai?

ya Rabbi...
mudah mudahan hidayah itu milik diri ini
moga hidayah milik ibu bapa kami
moga hidayah milik adik beradik kami
moga hidayah menjadi milik sahabat sahabat kami
moga hidayah milik pemimpin pemimpin kami
moga hidayah menjadi milik umat nabi Muhammad ini

ya Rabbi
jangan Kau jadikan kami selamanya sesat sebegini
kami takut ya Rabbi
kami takut azabMu ya Rabbi
moga jalan kemenangan kami temui....
ampunkan kami, 
Ya Rabbi....

ya Rabbi,..
faghfirlana...fargfirlana, ya Rabbi 

(T.T)

Comments

Popular posts from this blog

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...

Solehah

Wardah tersungkur lesu. Berjuang di jalan solehah bukan mudah seperti yang disangka. Ujian hati yang menyapa seolah tahu, hati wardah belum seteguh karang. Ya,salah satu ujian untuk menguji hati, sudah cukup terbaik untuk menguji iman pada diri wardah. Ayat cinta islamik sudah cukup cekap untuk mengetuk hati itu berkecai. Istikharah. Perkataan itu yang dihadiahkan buat imannya yang lemah "Kenapa kau jadi begini? Kenapa hati kau begitu rapuh?", tanya ana. Wardah tertunduk. Periksa hubungan dengan Allah. Tambah Ana lagi. Dia hanya maen kan perasaan kau dgn perkataan istikharah. Dia tak serius. Jauhi dia! Jauhi dia si pendusta setia! Air mata yang bergenang,akhirnya tumpah. Tanpa dipinta. Dia tidak minta untuk dipermainkan. Dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan. Tangannya menggigil. Menahan perasaan di hati. Allah :( Jangan Kau ujiku sesuatu yang tidak mampu untuk ku tanggung. Emosinya berkocak. Umpama lautan tika musim tengkujuh. Pada Allah dia pulan...