Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012
hari tu, bila ada gempa bumi, dengan skala yang besar, boleh akibatkan tsunami. tapi, dengan izin Allah, Dia masih izinkan hambaNya bertaubat. percayalah. Dia masih berikan kita peluang untuk bertaubat. pernah dulu, ayah bawak kami adik beradik. dan duduk kat tepi pantai. masa tu, malam,. gelap. tapi kat tepi pantai, macam-macam gaya yang saya lihat. ya. saya hanya tengok dan pandang. tanpa ada reaksi. ayah bawak kami, jauh dari mereka. memang mereka takde. saya tengok ombak. bila dengar deru ombak tu, terasa tenang. subhanallah. "air ni, kita boleh bermain dengan dia. tapi, air ni, tentera Allah. Dia tak perlukan tentera lain. cukup ombak besar, mampu untuk buat segala-galanya musnah. ya. sekelip mata.", ayah. sampai sekarang, saya ingat ayat tu. bila saya tengok laut, saya teringatkan benda yang sama. ya. setenang air di lautan, ia mampu menggugah bumi yang ditanggung. angin sepoi-sepoi bahasa yang selalu kita nikmati juga askarNya. kita lupa, dunia ni, hanya pinjaman...
satu pengumuman dibuat.. ya, saya tak salahkan pengumuman tersebut. tapi, tiba-tiba, satu cerita lain yang muncul di sebalik pengumuman tu. komunikasi di antara akhi dan ukhti ni, menimbulkan spekulasi. siapa yang dimaksudkan? sebenarnya, saya terasa. bila si ukhti sebut, si........ okay, isikan tempat tersebut. saya tak tunding jari pada orang lain. saya nak cakap kat sini, kalau benar orang tu adalah saya, moga Allah mengampunimu. 
kita tidak seperti umat yang dulu. ya, kita terlalu berlengah. berlengah dengan waktu. ya, kita selalu mengingatkan diri sendiri, argh.. lambat lagi mati. muda lagi belajar pun tak habis lagi kenapa dengan saya? em. kenapa dengan saya ya. belilah buku hijrah karangan abdul latip talib bermula dari kisah hadapan bermula dari pergerakan hijrah terima kasih sahabat kerana saya telah mengenali penulis tersebut terima kasih sahabat bila saya baca kisah-kisah yg ditulis tergambar di minda saya ya Rabbi takut, gerun permulaan cerita, mengisahkan Abu Jahal maaf, saya baru baca sket masih mencari masa yang betul-betul lapang supaya terkesan di hati percayalah, Islam yang ada pada diri kita hari ni telah disebarkan beribu tahun lamanya bukalah buku sejarah cubalah selami penderitaan yang dialami tak pun, dengar lagu Hamzah Asadullah kalau kita Islam, kita kena percaya, syurga dan neraka itu pasti dosa dan pahala itu pasti kita kena percaya, kita diciptakan oleh...

copy paste 3

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah. 1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. 7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

copy paste 1

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.” Riwayat Abu Daud
bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah..sempat lagi mencoret.. jari ni terasa nk menari kat keyboard ni.. hehehe.. alhamdulillah.. dah habis test.. lagi tinggal satu, bulan 5 ni.. lepas tiga paper.. fuhhh..leganya...boleh tarik nafas sket.. sekarang, dah boleh tumpu untuk projek tahun akhir.. huhu.. stress.. tension.. <erk..bukankah sama je?> paper etno, ada la saya study.. wah.. tak sangka sir bagi msuk sekali dengan nama saintifik pokok ngn compound dia.. memang hebat la soalan sir ni. tabik ('',)\ hehehe.. okay la.. saya letak je apa yang mampu, apa yg saya ingat time sir yg sebelum ni mengajar.. <p/s:sir yang laen2 ni..> utk wildlife plak, hehe..not bad.. dan utk paper tadi, sebenarnya saya tak membaca habis pun.. ooopppsss.. kantoi.. sebab? otak dah tepu.. saya duk tengok undang2 tu banyak sangat... tambah pulak, sakit dna terpaksa makan ubat.. dapat paper je tadi, fuhh... lega..mostly, general question.. tak banyak berkait dengan nota.. sama la macam wildl...
fieldtrip cancel..2 test done..1 test pending..will be settled by tomorrow.. P/S:pentarbiyahan dalam hidup seorang insan atau manusia adalah lumrah dan wajib ^.^
saya tak rasa dapat straight "A" tu dapat menjanjikan akhlak seseorang tu pun dah straight "A"..cultural shock adalah.FULLSTOP!
tiba-tiba, buat keje jahat.ada sekor lipas ni,masuk dalam plastik,dan saya pun ikat.<intentionally>.lepas beberapa jam, tengok keadaan dia.belum mati lagi?dia dah menunjukkan tanda-tanda stress.membuang najis.ini lah yang selama ni kami duk perhatikan pada haiwan-haiwan ni.biasanya serangga.bila duk pikir, kesian.lambat pulak dia mati kalau macam tu.kan dah menyeksa binatang namanya.cakap kat kawan, jaha plak aku.okayla.before stat study ni, bukak la balik ikatan tu.selamat la kuar wahai encik lipas.encik ke puan.ntahla.selamat bergembira.dah2.study2. p/s:otak tepu.tapi paksa jugak.wassalam
every time u feel like u cannot go on u feel so lost n dat u so alone all see is night and darkness all around u feel so helpless u cant see which way to go dont despair n never lose hope coz Allah is always by yourside inshaAllah, inshaAllah, inshaAllah u will find your way turn to Allah is never far away put your trust to Him oo Ya Allah guide my step dont let me go astray <dah...sampai sini je..x mampu nak menaip lagi> moga ketemu lagi

no entry

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dah tengah malam dah tika saya menaip entri ni....alhamdulillah, harini, beberapa kekusutan terlerai...subhanallah...alhamdulillah...Allahuakbar...subhanallah wa bihamdihi subhanallahil 'azim... dalam sibuk duk layan duniawi ni, alhamdulillah, masih sempat berbicara denganNya..ya...Dialah pencipta segala yang ada di langit dan di bumi. ralatnya saya sebagai hambaNya. Takde masa nak muhasabah diri sendiri. Tido pn, baca doa, terus terbang alam mimpi. Kadang-kadang, dalam tandas duk muhasah. Nasib baik ada masa. Kalau tak, macam bangkai la hidup ni. kita hidup atas dunia ni, atas tujuan apa ye? Sebagai seorang pelajar semata-mata? Ya. Kita boleh jadi pelajar semata. Tapi kita akan abaikan tanggungjawab yang lain. Masa tu, mungkin kita berjaya. "Wah, aku dapat 4 flat". " Wah, gempaknya result aku". Tapi, kita tak boleh lupa pada yang mentadbir bumi ni. Bukan kita yang tadbir bumi ni. Bukan manusia yang t...
dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... tika dirimu perlukan teman untuk berbicaralah, dirikanlah solat... tika dirimu resah dan gelisah, alunkanlah kalamNya... tika dirimu berhajat akan sesuatu, dirikanlah solat hajat... tika dirimu hanyut dan perlukan keampunan darinya, hubungi talian solat taubat tika kau punya kegelisahan, dilema untuk memilih, kau punya solat istikharah... tika kau inginkan dilimpahkan rezeki yang berkat, kau punya solat Dhuha.... tika kau ingin memujiNya, kau punya solat sunat tasbih...... tanpa kau sedar, kau tenang tika berbicara denganNya tanpa kau sedar, Dia telah menjawab persoalanmu melalui kalamNya tanpa kau sedar, soalan soalan yang masih belum terjawab, masih punya jawapannya.. namun Dia mengajar supaya dikau bersabar.... cuba renungkan, Allah itu Maha Penyayang... Dia Maha Mengetahui atas sesuatu,.... berbaik sangkalah pada Allah, dan jangan sesekali berpaling dariNya... ~peringatan untuk diri ...

sebelum tidur :)

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.... alhamdulillah...bernafas lagi kita kat muka bumi Allah ni...tadi, dunia kacau bilau sebentar bila amaran tsunami dikeluarkan....ya Rabbi...lindungilah hambaMu.... sekarang, masih bernyawa...esok lusa, masihkah hari itu milik kita....sebelum tidur, apa kata kita muhasabah balik diri kita sendiri...mintak maaf bila kita ada buat salah dan silap....mudah mudahan, esok kita akan bangun dan hati kita akan tenang..kalau tak nak maafkan, tu lain cerita...yang penting, mintak maaf... jangan lupa jugak...syukuri apa yang kita punya hari ni..ibu bapa..adik beradik...sahabat handai...kesihatan...wang ringgit..ucaplah alhamdulillah...terima kasih Ya Tuhan untuk apa yang telah Engkau kurniakan... dan sebelum tidur jugak, kalau ada perasaan nak marah, fikirkan kebaikan...tak pun ambik wudhuk...jangan sentiasa pikirkan keburukan orang laen, tapi pikirlah kebaikan yang telah mereka lakukan...dan lupakan segala kebaikan yang te...

berterima kasih dengan cara yang berlainan ^.^

bismillahirrahmanirrahim ^.^ malam ni, nampak gaya, saya jadik kaunselor...walaupun saya sebenarnya kesunyian..hahahha...mangrove oo mangrove... berterima kasih dengan cara yang berlainan..itu tajuk entri kita malam ni yep.. cara kita bersyukur dengan apa yang kita ada, sebenarnya sangat berlainan... ya...Tuhan dah tetapkan bahawa Dia lebih mengetahui hambaNya itu mampu atau tidak.... kala manusia yang sihat walafiat itu mampu untuk menguruskan kehidupan sehariannya,  bagaimana dengan insan yang tidak mampu? kanak-kanak istimewa? mnusia yang sihat, mampu untuk mencari senafkah rezeki..mungkin bukan untuk orang lain..tapi sudah cukup andai mampu untuk tanggung diri sendiri...tapi, kita masih mampu dan mahu mengeluh.... "argh...macam mana la nak keje nanti? nak keje apa nanti? lepas grad ni apa nak buat? " kita yang masih punya kemampuan untuk melakukan semua itu, masih mampu mempertikaikan...kita lupa pada mereka yang kurang upaya. saya tak r...
Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu, Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian. ••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu, Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian. ••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu, Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu. ••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu, Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya. ••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu, Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya. ••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu, Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya. ••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya, Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian. http://www.facebook.com/himpunanamutiara/posts/320183208035270 senyum tak perlu kata apa apa :)
alhamdulillah.. umur saya masih panjang ntuk mintak ampun dan taubat dari Allah... sama la..masih mampu ucapkan terima kasih kepada mak ngan ayah sebab dah besarkan saya hingga saya dah berumur 22 tahun..sebenarnya, saya masih ingat2 lupa dengan umur saya... pejam celik, saya bakal habiskan pengajian saya..tak lama je lagi...ya Rabbi... syukran buat semua yang wish birthday dekat saya...moga ukhuwah kita sentiasa diredhai... syukran jugak untuk hadiah2 yang telah diberikan... tiada apa yang lebih bermakna melainkan sebuah doa dan kebahagiaan sahabat2 sendiri... harini, saya duk tengok cter 7 petala cinta...ntah la..xtau berapa bintang nak kasi... p/s: saya teringatkan kata-kata kawan saya di sekolah dulu...lepas solat, lebih baek kita mintak dengan Allah supaya kita berjaya dunia akhirat daripada kita mintak berjaya pelajaran je :)