Skip to main content

Buat Wanita

Dari Dr Khalil Ismail Ilyas

Semoga Allah menjadikan kamu wanita yang alim dan pendidik yang solehah
Lelaki seorang, tetapi wanita ummah
Kerana dialah yang melahirkan lelaki
Dia isteri dan dialah ibu dan dialah anak perempuan
Kamu adalah pengasas masyarakat, kamu pengasas kepada segalanya
Jagalah dirimu sebaiknya, dan janganlah kamu menghina dirimu sendiri dengan perbuatanmu
Dan jangan jadikan hidup kamu hanya semata mata hidup untuk makan
Untuk memasak, untuk minum,
Hidup kamu lebih besar dari itu
Hidup kamu untuk mendidik generasi
Mencipta para ulamak
Tanggungjawab agung
Bukan sekadar memasak
Membuat pakaian atau menjahit atau juga membersihkan rumah
Kamu mampu melahirkan generasi alim yang akan menyelamatkan ummah
Sekarang, ganjaran ku berada di sini semuanya untuk ibuku,
Untuk isteriku kerana dia melepaskanku dengan sabar,
Untuk anak perempuanku kerana sanggup berjauhan dengan ayahnya kerana agama
jadilah seperti itu,
Hidup kerana Allah dan mati kerana Allah

"katakanlah solatku dan ibadatk dan kehidupanku dan kematianku hanya sanya untuk Allah, Tuhan Pencipta Alam,
Kita hidup untuk Allah dan mati untuk Allah
Janganlah membazirkan masa dan umur
Dengan perkara perkara yang penuh kebencian, hasad dengki, umpat mengumpat,dan menyebarkan kata kata yang menjadi kebiasaan kepada perempuan
Jangan!
Jadikanlah urusanmu kerena Allah, dan belajar kerana Allah dan mengajarlah kerana Allah
Dan berbanggalah kerana sesungguhnya Allah menjadikan ia sebab kamu berjihad di jalan Allah
Ketika kamu menolong dan berkhidmat untuk agamamu,
inilah jihadmu,
Kerana wanita ketika zaman Nabi S.A.W. ingin keluar berjihad
maka Nabi s.a.w berkata kepada mereka" Jihad kamu adalah pergi menunaikan haji"
Dan zaman sekarang, jihad kamu bukan pergi haji sahaja,
Jihad kamu adalah memberi tarbiah yang baik dan berkhidmat untuk agama Islam ini
Semoga Allah memberkati kamu semua 

Comments

Popular posts from this blog

Pelik Tapi Benar

Dunia hari ini yang pelik. Yang dekat tidak diambil pusing. Atau mungkin diambil pusing. Cuma kurang. Mungkin mereka yang mengadu sakit di muka buku lebih diketahui berbanding dengan jasad yang berada di sekeliling yang pucat lesi. Ajaib sungguh dunia ini. Newsfeed di refresh berulang kali. Ajaib. Tapi jasad di sekeliling bosan bertanya soalan yang sama. Dunia teknologi ini kadang membuatkan orang take for granted

Ada masa

Ada masa ada ketika, terasa seakan ingin berhenti. Kadang terfikir adakah doaku sudah dimakbulkan? Buku appoinment yang belum habis lagi membuatkan sedikit serabut otak ini. Ya. Kali ini aku diuji bertubi tubi. Melihatkan dua orang putera ini, air mata tak payah mintak menitis. Confirm jatuh sendiri. Andai ummi pergi dulu, andai doa ummi yang dulu dulu dimakbulkan Tuhan, jaga diri kalian. Percayalah sepenat mana ummi jaga kalian, segarang mana ummi marah kalian, maaf kan ummi. Kerana ummi tak pernah jadi yang terbaik buat kalian. Cuma ummi harap ada sedikit kebajikan dan kebaikan yang ummi lakukan moga menjadi timbangan di neraca mizan. Ummi sayang Faqih dan Fateh

Appreciate

Bila mana saya pernah ditanya sebegini oleh anak saudara "Apa kita nak buat kalau orang tak hargai kita?'' Dia masih penuntut di sekolah rendah, tetapi soalan itu yang diajukan. Saya fikir, orang dewasa lebih memahami atau mengerti rasa tu. Ye la, kadang kadang, seseorang yang masih berumur seperti beliau, lebih memilih untuk tidak menghiraukan. Bukan maksud saya di sini, dia seorang yang berkecil hati.  Bila difikirkan balik, otak saya hanya fikir satu benda. Tak kira seseorang itu dah matang atau pun tidak, sebagai manusia normal atau pun dengan erti kata lain, fitrah manusia, ingin rasa dihargai. Mungkin expectation kita, selepas apa yang kita lakukan, kita berharap orang akan menghargai sesuatu yang kita sumbangkan. Mungkin walau sekadar penzahiran rasa kasih sayang.  Jawab saya, "Jangan terlalu bersedih bila kita tidak dihargai. Tapi, bersedihlah tika mana kita tidak menghargai diri sendiri." Dia mengangguk, mungkin faham di sebalik ...