Skip to main content

Takdir Itu

takdir itu milik aku.

bila saya mula jejakkan kaki disini, saya sangat berharap, moga ada sinar kekuatan. menerima sesuatu yang boleh dikategorikan tidak termasuk dalam minat kita, sangat sukar untuk saya telan. saya tanam dalam hati, ini adalah jalan yang Allah berikan untuk aku. 

setelah beberapa bulan, setelah bertahun lamanya tidak punya insan istimewa, Allah hadirkan dia. saya berbangga kerana saya punya dia. saya fikir ini hikmah di sebalik percaturan saya di sini. saya fikir, ini balasan setelah lama menjaga diri. tapi hingga satu saat, saya rasa saya adalah manusia yang terbodoh di atas muka bumi. ditipu hidup-hidup. manusia memang suka menipu untuk menyelamatkan diri sendiri tanpa pernah fikir perasaan orang lain. menipu dengan alasan, ingin menjaga hati orang lain? arghh...

takdir ini, miik saya. setelah sekian lama saya berdoa, dan ini yang saya dapat. dan hari ini, saya pun tak tahu apa yang saya rasa. rasa yang blurr teramat sangat. dalam sebulan, akan ada satu hari, yang saya menangis seteruk-teruknya. 

apa saya rasa, bila saya dipeluk bakal kakak ipar, dan dia berpesan, kuatlah.. entah apa saya rasa. tapi yang pasti, air mata saya bertakung. saya teruskan perjalanan ni. saya teruskan perancangan asal. tidak memadam cita cita kerana seorang lelaki. tidak kelihatan lemah. tapi nyata nya, saya hanya manusia biasa. 

entah apa yang saya rasakan, bila mana saya masuk ke kedai kain, untuk belikan kain baju melayu untuk abang di hari akad nikahnya nanti. entah apa yang saya rasakan bilamana orang yang saya sayang, yang saya rancang untuk berkahwin beberapa bulan lagi, akan berkahwin dengan orang lain. entah apa saya rasa bila mana saya akan bertembung atau terjumpa dengan cara yang tidak sengaja, kerana saya, pusing pusing dunia saya, akan berjumpa jugak dengan mereka. entah apa yang saya rasa bila melihat bonda membelek kain baju untuk pengantin perempuan. entah apa yang saya rasa, bila pegang kek tu spanjang saya balik, tepak sirih sepanjang waktu pergi. tanpa saya sedar, saya pun tak tau apa yang saya rasa, air mata tu bertakung, dan menitis. 

Allah, jangan Kau uji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu

tapi saya tahu, Allah takkan pikulkan sesuatu yang saya tidak mampu. saya tahu, ujian ini adalah untuk mengingatkan saya bahawadalam hierarki cinta, Allah perlu diletakkan di tempat nombor satu. saya tahu, ujian ini mengajar saya hanya untk berharap dan meminta kepada Allah


Comments

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...

Solehah

Wardah tersungkur lesu. Berjuang di jalan solehah bukan mudah seperti yang disangka. Ujian hati yang menyapa seolah tahu, hati wardah belum seteguh karang. Ya,salah satu ujian untuk menguji hati, sudah cukup terbaik untuk menguji iman pada diri wardah. Ayat cinta islamik sudah cukup cekap untuk mengetuk hati itu berkecai. Istikharah. Perkataan itu yang dihadiahkan buat imannya yang lemah "Kenapa kau jadi begini? Kenapa hati kau begitu rapuh?", tanya ana. Wardah tertunduk. Periksa hubungan dengan Allah. Tambah Ana lagi. Dia hanya maen kan perasaan kau dgn perkataan istikharah. Dia tak serius. Jauhi dia! Jauhi dia si pendusta setia! Air mata yang bergenang,akhirnya tumpah. Tanpa dipinta. Dia tidak minta untuk dipermainkan. Dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan. Tangannya menggigil. Menahan perasaan di hati. Allah :( Jangan Kau ujiku sesuatu yang tidak mampu untuk ku tanggung. Emosinya berkocak. Umpama lautan tika musim tengkujuh. Pada Allah dia pulan...