Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Bilik Ini

bilik ni, dihuni hanya dua jantina.. lelaki dan perempuan. tempat kami menelaah kajian kami.. memerah otak yang dah tak berapa muda sangat ni.. cuba jugak hadam jurnal yang terpapar pada skrin.. kadang, muka serius.. kadang senyum sorang sorang.. mungkin itulah dunia kami sekarang..  kadang kami tersangkut dengan idea kami sendiri.. tersangkut dengan buah fikiran untuk intepret data yang tak seberapa.. paksa jugak otak untuk cari kat ana lubang keluar.. lubang keluar kepada persoalan yang muncul..  manusia ini, kadang, datang juga rasa jemu.. rasa putus asa.. iye.. mengharapkan result dapat lain, tapi lain hasilnya.. digodam semua metod.. mungkin untuk memuaskan hati sendiri.. dalam otak, jangan cakap.. macam benda bercampur gaul.. agaknya kalau makanan, dah boleh jadi basi..  macam macam gaya.. menghadap jurnal.. menghadap powerpoint.. gigih jgak buat slide.. isi borang tu borang ni nak pergi conference.. hadap microsoft word.. try jugak taip ilmu yang diced...

Andai

Andai manusia itu tau Bukan mudah untuk menjaga hati manusia Andai manusia itu tau Bukan mudah nak kekalkan sebuah rasa cinta Andai manusia itu tau Hati itu berbolak balik sifatnya Andai manusia itu tau Tiada manusia yang inginkan kegagalan Andai manusia itu tau Sekiranya air mata itu tumpah.. itu sudah cara terakhir untuk hilangkan segala rasa Andai manusia itu tau Tiada seorang pun perempuan yang ingin berdamping banyak lelaki sebelum kahwin Andai manusia itu tau Cinta yang pergi itu bukan manis rasanya Andai manusia itu tau Apa yang dirasa sekeping hati itu bukan mudah Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang Andai bisa ku kembali hapus semua pedih Andai mungkin aku bisa Kembali pulang segalanya Tapi hidup takkan bisa Meski berair mata
Alhamdulillah, pagi 19 September 2016, secara official, saya dah dapat kakak. dengan sekal lafaz, abang dah jadi suami orang. walaupun awal pagi tu, masa saya tengah berkemas di dapur, tengok abang ulang alik. dia mintak painkiller. mungkin sebab penyakit batu karang. last2 baba bawak abang pergi klinik, inject. pengantin pakai baju melayu putih, bersampin, kena inject. tapi alhammdulillah, he managed well. time akad nikah pun dia boleh control sakit. next, we are waiting for 26 September :) petang Sabtu, kami ke hospital. ziarah saudara. diagnosed leukimia. dah tahap yang teruk. dan dia pun baru tau dia sakit. masa lawat dia, rasa macam tak sanggup. sebab teringat masa dia sihat. betul la. kalau Allah nak ambik kesihatan, sekejap je. it just like, hargai apa yang kita ada. moga Allah beri yang terbaik untuk saudara tu. teringat pada Ma ngan Ateh yang dah pergi. ralat nye rasa hati. 

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...

satu ketika

satu ketika, bagi saya, menyayangi orang yang bakal mendirikan rumah tangga dengan kita adalah benda yang normal bagi saya, merindui seseorang yang ingin menjadi peneman kita adalah perkara biasa satu ketika, saya fikir, si dia yang memilih kita, punya banyak pilihan untuk memilih yang lain, berbanding kita, kerana kadang mungkin kita ini lebih banyak kelemahan berbanding mereka yang lain satu ketika, saya fikir untuk memberi yang sebaiknya untuk dia yang hadir, kerana saya mengajar diri untuk menghargai dan mengenepikan emosi sendiri

Entri Ogos

Entri Ogos assalamualaikum :D writing some short notes here; terima kasih, melayan saya yang banyak kerenah.. terima kasih kerana suka berterus terang dan menembak saya sesuka hati... terima kasih untuk jawapan YA.. terlalu banyak benda yang nak diterima kasihkan.. hahahaha.. for sure, thanx for being here..  tolong tegur saya andai ada salah silap saya buat..kerana saya manusia yang masih banyak kelemahan jika nak dibandingkan dengan kelebihan..dan saya masih belajar untuk perbaiki diri..harap awak tak expect sesuatu yang luar biasa..hahaha..i'm still zero :)  jujurnya, saya syukur dengan apa yang saya ada sekarang.. dan Tuhan tahu apa yang terbuku dalam hati ni.. hehehe.. maaf kalau saya kadang-kadang terbelek cerita lepas..  maafkan segala salah silap saya dan terima kasih  moga Tuhan redha dengan kita

Ramadhan

kiranya saya tak punya masa untuk entri di bulan jun.. hehehe Ramadhan datang lagi.. harini dah masuk 15 Ramadhan 1436. Alhamdulillah, bila Allah beri peluang lagi berjumpa dengan Ramadhan. kali ni, masih macam biasa, doa diperhebat, untuk apa sekalipun yang saya lalui.  Ramadhan ni, betul-betul ajar diri, sesungguhnya aku hamba yang sedang berpuasa. untuk apa keadaan sekalipun, waima tika memandu. hehehe. tapi rasa macam puasa ni makin tak sabar sabar nak sampai rumah. sebenarnya, agak bosan? atau apa word yang paling sesuai untuk keberadaan yang agak lama dalam kereta. hehehe.  bersahur macam biasa. berbuka macam biasa. cuma tahun ni banyak slot berbuka di surau. untuk pengajian di bulan Ramadhan, lebih banyak habiskan masa di bilik siswazah. writig draft in progress. dah lama tak writing. rasa macam otak sedikit tepu. tapi rasanya, macam puasa tahun ni bukan baik macam yang lepas. sebab time sahur rasa tak larat nak bangun. saya rasa, mungkin sebab ban...

Saat Dirimu Diuji

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dari dulu dan sampai sekarang, ayat tu, saya baca, dengan harapan, apa pun yang jadi, saya mampu bangkit lepas jatuh.  apa perasaan tika tu? sedih, geram, nak marah, rendah diri, hilang keyakinan, hilang semngat. masa tu, semua yang negatif datang serbu. rasa tu Tuhan yang tahu. ingatlah, tatkala diuji, mungkin ujian itu sebagai kafarah dosamu. ingatlah, tatkala diuji, mungkin banyak perkara yang kau perbetulkan.  ingatlah, tatkala diuji, Tuhan rindu benar akan dirimu. ingatlah tatkala diuji, kau memang punya banyak kelemahan.  kalau tak diuji, jarang benar kita menangis sampai mengalir air mata. jarang benar hayati makna bacaan dalam solat. jarang benar meminta doa dengan penuh harapan.  manusia lain hanya mampu menasihati, menasihati melalui logik akal. tapi, putus perhubungan, yang berkait rapat dengan hati, sangat susah untuk dikelola. sehari bersemangat. sehari seolah jat...

Saya Yang Tidak Sempurna

Saya yang tak sempurna, yang dah cecah 25 tahun, telah masih dan akan sentiasa bersyukur pada Tuhan atas segala nikmat yang Dia berikan.  kadang menggali hikmah segala benda yang berlaku, akhirnya akur dengan kekurangan diri.  fitrah hati ingin bina masjid, tetapi masih belum terbina, kerana Tuhan tahu, saya masih belum mampu. teringat satu kata, pembinaan masjid itu bkan untuk berlumba-lumba. bukan untuk tunjuk ''see, aku telah berkahwin''.  hingga saat ini, saya masih cuba menyediakan emosi, untuk menghadapi kerenah manusia yang bakal saya hadapi. mungkin satu hari nanti, saya perlu berdepan dengan kerenah suami hingga akhir hayat saya? mungkin nanti saya perlu hadapi kerenah anak anak yang belum tentu mampu untuk saya hadapi? membentuk manusia, bukan semudah membentuk plastisin. itu akal waras saya berkata.  ya, masih terngiang kata kata baba.. sebeum berkahwin, perlu ada banyak persediaan. ya, PERSEDIAAN. jelas ia bukan semudah ABC.  mengamb...

Ubatnya Pada Dia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang tatkala dia bertanya pada saya, "saya nampak yana ok, tak nanges pun" saya bertanya kembali kepada diri saya, apa yang buat saya capai tahap tu tanpa mengalirkan air mata... mungkin ini jawapannya "Disember yang saya lalui itu, terasa begitu sukar, lemah satu badan, 2 hari makanan langsung tak masuk perut saya. 2 hari tu jugak, memang saya dah redha, saya pegang tasbih tu, dan berzikir. seminggu saya ''jatuh''. seminggu tu, langsung makanan tak nak masuk perut saya. saya paksakan diri, sesuap, and im done. lepas makan, terus sakit perut, dan buang segala isi dalam perut, and again, im done. perut saya cramp. hari hari saya nanges yang memang nanges. and im done" "Januari yang saya lalui, saya menggeletar satu badan selepas tahu semua cerita. saya tak mampu membalas balik kata-kata dia. yang saya tau, jika benar saya ni perampas, biarkan saya jumpa dia untuk kali terakhi...

Kembali Bicara

tatkala saya kembali berbicara, mengenai dia, saya bertanya kepada diri, di mana untungnya? dia, yang hanya muncul seketika, dan pergi buat selamanya, yang takkan menjadi milik saya, di mana baiknya? di mana baiknya saya berbicara mengenai dia? menambahkan dosa? memberinya pahala? menunggu atau melepaskan? mengapa mesti saya menunggu? seseorang yang bakal mendirikan rumah tangga? di mana rasional akal ini tatkala masih memilih untuk menunggu? melepaskan itu lebih baik apa yang saya inginkan, belum tentu saya milik, apa yang telah Allah tuliskan, itu dinamakan rezeki, tapi ketahuilah, diri ini hanya manusia biasa, yang membawa pergi hati saya, setelah empat tahun dijaga, jelas, hati yang dijaga itu hanya sampah, yang boleh dirobek sesuka hati, kerna diri ini bukan malaikat, sakitnya masih terasa, malah, penat itu lebih berat, sehingga saya terasa ingin berputus asa, ingin dibunuh rasa ini, saya dah tak ingin berbicara mengenai dia, hanya menamb...

Reset Minda Yang Diuji

Berada dalam Zon Allah berada dalam zon Allah, memenuhkan dalam hati, dengan hanya yakin pada Allah. dan jangan sesekali kejar bayang-bayang yang hanya duniawi. berada dalam zon Allah, membuatkan diri kita seperti magnet, samada magnet bahagia, ketenangan atau yang lain-lain.. untuk mendapat magnet baik di sekeliling kita, kita kena beri untuk jadi magnet baik kepada orang yang lain. seperti mana kita menyuruh orang lain berdoa moga kita menjadi orang yang baik tapi tiada usaha. hidayah itu perlu dicari. kena cari ilmu. jangan hanya terikut-ikut.  bina diri sendiri dahulu. kerana dengan batu bata yang kuat akan melahirkan institusi yang kuat. dan doa. yakin dengan doa kita. dan cuba mencari taqwa dalam hidup kita. kerana pakaian yang terbaik ialah taqwa. ingat 3T tiap tiap hari; Taubat, Taqwa, Tauhid.  bersyukur dengan apa yang kita ada. jangan sibuk runsing dengan apa yang kita takde :) Ingin Membunuh Diri Kerana Cinta? Orang yang ingin membunuh diri bermak...

Takdir Itu

takdir itu milik aku. bila saya mula jejakkan kaki disini, saya sangat berharap, moga ada sinar kekuatan. menerima sesuatu yang boleh dikategorikan tidak termasuk dalam minat kita, sangat sukar untuk saya telan. saya tanam dalam hati, ini adalah jalan yang Allah berikan untuk aku.  setelah beberapa bulan, setelah bertahun lamanya tidak punya insan istimewa, Allah hadirkan dia. saya berbangga kerana saya punya dia. saya fikir ini hikmah di sebalik percaturan saya di sini. saya fikir, ini balasan setelah lama menjaga diri. tapi hingga satu saat, saya rasa saya adalah manusia yang terbodoh di atas muka bumi. ditipu hidup-hidup. manusia memang suka menipu untuk menyelamatkan diri sendiri tanpa pernah fikir perasaan orang lain. menipu dengan alasan, ingin menjaga hati orang lain? arghh... takdir ini, miik saya. setelah sekian lama saya berdoa, dan ini yang saya dapat. dan hari ini, saya pun tak tahu apa yang saya rasa. rasa yang blurr teramat sangat. dalam sebulan, akan ada...

Buat Wanita

Dari Dr Khalil Ismail Ilyas Semoga Allah menjadikan kamu wanita yang alim dan pendidik yang solehah Lelaki seorang, tetapi wanita ummah Kerana dialah yang melahirkan lelaki Dia isteri dan dialah ibu dan dialah anak perempuan Kamu adalah pengasas masyarakat, kamu pengasas kepada segalanya Jagalah dirimu sebaiknya, dan janganlah kamu menghina dirimu sendiri dengan perbuatanmu Dan jangan jadikan hidup kamu hanya semata mata hidup untuk makan Untuk memasak, untuk minum, Hidup kamu lebih besar dari itu Hidup kamu untuk mendidik generasi Mencipta para ulamak Tanggungjawab agung Bukan sekadar memasak Membuat pakaian atau menjahit atau juga membersihkan rumah Kamu mampu melahirkan generasi alim yang akan menyelamatkan ummah Sekarang, ganjaran ku berada di sini semuanya untuk ibuku, Untuk isteriku kerana dia melepaskanku dengan sabar, Untuk anak perempuanku kerana sanggup berjauhan dengan ayahnya kerana agama jadilah seperti itu, Hidup kerana Allah dan mati kerana Allah ...

Dia sebaik baik Perancang

bila saya mengadap dia, dan bercerita padanya, dia cakap pada saya.. "saya tengok awak ok je..x nangis pun" masa tu, saya senyum.. sebenarnya, air mata tu ada..cuma memang dah x nak keluar.. rasa tu hanya Allah yang tahu..  bila bangun tidur, saya rasa macam hilang sesuatu.. dan hari tu lagi jadi teruk bila malam tu dia muncul dalam mimpi Lepaskan saya teringat entri yang saya baca dalam reclaim your heart.. tajuk tu lebih kurang "kenapa kita susah untuk melepaskan sesuatu?'' point yang boleh diterima akal, kita susah nak lepaskan sesuatu terutamanya orang yang pernah muncul dalam hidup kita sebab, kita takut kita takkan jumpa orang sebaik dia, dan kita anggap dia adalah yang terbaik yang pernah kita jumpa. same goes with me. kenangan yang pertama tu baik, tapi kenangan kedua lebih baik.  manusia yang hadir, datang menyekolahkan kita yang memang tak tahu pape tentang dunia.  saya takut bila takkan jumpa lelaki sebaik dia. saya takut saya ...

being me

sebenarnya, bagi saya being me, bukan senang saat ni, saya rasa hati yang hancur, yang memang hancur, pluss blurr yang memang dah tak mampu nak alirkan air mata sakit yang amat sakit hanya Allah yang tahu sasar terpanar kaki dan tangan yang sejuk hati yang berdebar akhirnya hati dan mulut yang terkumat kamit Tidak Dia timpakan sesuatu yang tidak mampu hambaNya tanggung Allah, izinkanlah air mata ni menitis mengalir kerana dalam hati berat bebannya Allah

Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam

ku curi sedikit masa, di hening petang, membicarakan gelora hati yang melanda, sungguh, Tuhan lebih tahu apa yang mampu untukku tanggung, Dia tak pernah memberi sesuatu yang diluar tanggunganku, saat ni, tika ni, otak masih mencari jawapan, hati masih mencari ketenangan, Reclaim Your Heart, buku itu cuba ku habiskan, cuba ku hadamkan satu persatu, sungguh, hidup ini ujian, pernah ku dengar Mufti Ismail Menk berbicara, sebenarnya hidup ini umpama peperiksaan, pilih la jawapan kita, soalan MCQ, mungkin kita pilih jawapan lain, dan orang lain dengan jawapan mereka, dan aku, memilih untuk terus kuat di jalan ini, di jalan Allah, kerana tidak aku diciptakan, melainkan untuk beribadat padaNya, sebenarnya, jauh di dalam hati, ralat, sedih, tidak ku tahu apa yang ku rasakan, rasa nak muntah, cirit birit, tengok makanan pun nak muntah, rasa nak baring je, sampai satu saat, entah dari mana datangnya kekuatan, sehingga aku rasa kuat, Tuhan, berikan ...