Skip to main content

SUKA + DUKA

suka + duka
manis+ masin
maknanya?
ada makna ker?
minggu ni...
bulan ni...
sem ni...
agak memenatkan...
bukan agak tapi terlalu
kerja tak putus-putus
demi Allah, amat penat...
bukan semata2 assignment
tapi ujian yang uji saya juga
sebagai khalifah
bukan semata2 seorang pelajar
tapi alhamdulillah,

kawan saya yang saya lihat dia hampir tak waras,..
saya dah nampak dia waras
sebenarnya saya tau dia kuat
tapi  tika tu dia sedang berlawan dengan emosi
saya tau awak kuat
saya kan teman awak
percayalah
walaupun kadang2 saya terasa penat sangat nak melayan
tapi, awak masih kawan dan sahabat saya
awak tau tak
masa saya terima mesej2 tu
saya rasa macam nak cekik awak
dengan saya sekali rasa nak gila
emmm
jadilah kawan saya seperti dulu
saya rindukan kawan saya yang dulu
percayalah
saya akan teman awak
dan maaf kalau saya ada bersikap dingin
apa yang pasti, jadilah kuat
sekalipun bukan pada orang lain, 
jadilah kuat utk diri awk sendiri

dan alhamdulillah
bungkusan dari sahabat juga telah selamat 
saya terima
syukur sangat2
ingatkan dah xde rezeki
tapi, syukur alhamdulillah

dan jam saya
dulu terasa macam nak buang
dengan harapan
boleh melupakan segalanya
tapi sekarang
dia dah menghilangkan diri
mana jam tu? emm
rasa agak sedih
takpe la
dah tade jodoh dengan jam tu...
terima dengan redha
lpas ni beli jam baru
allahu robbi warabbukum a'lam

emmm
saya rindukan orang2 di rumah
ubat rindu dengan mimpi
jumpa mak dalam mimpi
jumpa ayah dalam mimpi
sabar ye fatma
jmpe adik beradik dalam mimpi
mak, nak balik
tak nak duk sini
takpe
sabar
setahun je agi
sabar, sabar dan sabar
hmmm
sabar, dan kuatlah :)

Comments

  1. As-salam...

    sabau miss yana...inilah perjalanan kehidupan awak...awak akan jumpe dan diterjah dgn pelbagai lagi catatan perjalanan kehidupan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

status di muka buku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... alhamdulillah..harini, saya menyambung kembali mencoret perjalanan yang masih bersisa dan yang punya saki baki ni...hati ralat...tika bibir mengukir senyuman, tetapi hati punya reaksi yang sebaliknya...saya malas nak menaip..alkisahnya...setahun yang lepas, bila salah faham tu berlaku antara kami...dan ramai yang turut masuk campur...saya tidak mengambil tahu tentang kisah mereka yang lain, kenapa mesti menyibuk akan perkara saya? kenapa mesti bercakap sesuatu yang belum pasti? tidak ingat Tuhan? tidak ingat dosa? okay...fine..status di muka buku tu menghangatkan segala-galanya...sehingga saya dipandang serong...setahun yang lepas...segalanya bertukar..hinggalah saat ini...ya..mereka tidak mengenali saya...mana mungkin mengenali saya jika tidak pernah bermusafir bersama saya..hanya tika di kelas, adakah itu sudah mampu untuk kalian membuat andaian bahawa kalian mengenali diri ini? perkara itu, saya tau di mana silapnya..tet...

Have Faith

dalam hati yang resah, sebab bakal present 5 hari lagi..jantung tu rasa macaam nak keluar dan berlari.. kadang jadi tertanya, mengapa jalan ini yang dipilih. hehehe.teringat ayat Puan Roza, Allah dah tulis jalan di sini.. seseorang yang sambung belajar tu Allah tulis jalan  begitu.. bila rasa patah semangat, rasa tak kuat, rasa kerdil dan bertanya mampukah aku, aku rasa macam arghh..down gila.. ye la, tengok orang lain perform macam diri ni sikit sangat ilmu.. tapi Alhamdulillah, cuba jugak kuatkan semangat, dengan usaha dan tawakal pada Dia.  majlis abang just around the corner. hehehe. moga Allah permudahkan, kami adik beradik cuba sedaya upaya mampu mana yang mampu. weekdays saya tumpu pada study, weekend tumpu untuk majlis abang.  dan untuk insan tu, saya cuba buat yang terbaik. cuba beri yang terbaik. dear me, tolong jangan sensitif dan emo saangat. hahaha.  sedari beberapa bulan yang lepas, dengan hati yang tawakal, dengan deap kaki yang lemah, mun...

Solehah

Wardah tersungkur lesu. Berjuang di jalan solehah bukan mudah seperti yang disangka. Ujian hati yang menyapa seolah tahu, hati wardah belum seteguh karang. Ya,salah satu ujian untuk menguji hati, sudah cukup terbaik untuk menguji iman pada diri wardah. Ayat cinta islamik sudah cukup cekap untuk mengetuk hati itu berkecai. Istikharah. Perkataan itu yang dihadiahkan buat imannya yang lemah "Kenapa kau jadi begini? Kenapa hati kau begitu rapuh?", tanya ana. Wardah tertunduk. Periksa hubungan dengan Allah. Tambah Ana lagi. Dia hanya maen kan perasaan kau dgn perkataan istikharah. Dia tak serius. Jauhi dia! Jauhi dia si pendusta setia! Air mata yang bergenang,akhirnya tumpah. Tanpa dipinta. Dia tidak minta untuk dipermainkan. Dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan. Tangannya menggigil. Menahan perasaan di hati. Allah :( Jangan Kau ujiku sesuatu yang tidak mampu untuk ku tanggung. Emosinya berkocak. Umpama lautan tika musim tengkujuh. Pada Allah dia pulan...